Pages

Friday, November 25, 2011

Aku pelik daa..

Aku tau takde sebab aku nak rasa pelik. Tapi kat sini aku tetap nak kata pelik. Pelik - kenapa ada segelintir hamba Allah yang suka amik tau pasal tepi kain orang. Kemudian buat ia macam pisang goreng panas yang dijual kat stall tepi jalan. Banyak sangat ke keuntungan yang dia dapat?

Dan aku tetap gak nak kata pelik bila seorang bos yang langsung tak heran ngan staffnya, biarkan staff terkontang-kanting sorang2? Bukankah tugas bos adalah untuk guide dan ajar new staff? Erm...

Monday, November 21, 2011

Senyum :)

Hidup ini banyak dugaannya. Hari ini kita mungkin boleh kata kita mampu menangani kemelut masa depan. Tapi benar ke begitu? Memang betul, kalau kita nak lebih berjaya dan bahagia pada masa depan, kita kena berani amik risiko. Tapi kalau kita sudah tahu risiko itu terlalu tinggi dan kebarangkalian untuk berjaya itu sangat tipis, mengapa pula kita hendak memberanikan diri mengambilnya? Adakah ia tindakan yang betul-betul berbaloi?

Namun, kalaupun ia sudah pun berlaku dan kita sudah nyata kalah, tidak ada gunanya kita menyesal tak sudah. Yang lepas biarkan berlalu. Lebih penting hidup perlu diteruskan dan kita kena amik iktibar daripada apa yang berlaku. Jangan biarkan kita jatuh tersadung berkali-kali di tempat yang sama. Tetapi, jikalau ia masih boleh diperbaiki, apa salahnya kita memberi peluang kepada diri untuk memperbetulkan keadaan. Yang penting, kita kena cuba jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

Walau apapun yang berlaku dalam hidup – sama ada kita jatuh tersadung, tergolek atau terlentang, jangan biarkan ia menghilangkan keceriaan hidup kita. Kita kena selalu senyum. Sebab senyum itulah nanti yang bakal mengubat lara di hati. Dan berserahlah sepenuhnya kepada-Nya kerana Dia lebih mengetahui. :)

Friday, November 18, 2011

Sembang petang time ujan

Kat luar ujan lebat. Kilat sabung-menyabung. Angin pun kuat. Konpem banyak ranting2 kecik kat pokok tu jatuh kat atas keta aku. Sian dia... Aku slalu plan nak gi basuh keta. Tapi memandangkan memanjang jer ujan, trus tak jadik. Adehh... makin kesian aku kat ketaku itu. Takper... nanti weekend nih kalau cuaca okeh, aku bawak dia gi mandi.

Erm... hari nih tak banyak keje aku leh buat kat opis nih. Ingat nak buat follow up ngan library negara pasal kesilapan info yang aku dah kasi diorang sebelum ni. Tapi linenya memanjang jer bz. kalu tak pon, call aku tak berjawab. Ish2... Ginila kalau deal ngan gomen gamaknya. Hehehe...

Jap2 lagi aku ada meeting. Erm... Nthlah. Lately nih aku rasa macam boring je keje. Rasa cam tak berapa semangat lak. Banyak masa aku habih depan pc. Sampaikan aku rasa la nih pipi aku dah makin tembab.. bulat jer. Adeh... jangan jadik bulat cam bola udah... Hahaha... Tapi betullah... aku rasa cam aku makin berisi. Tapi orang lain cakap aku nampak cam maintain jer. Erm... tak tau dah mana satu yang betul. Apapun yang penting aku sihat seadanya. :)

Semalam aku gi melepak kat opis lama aku. Lama gak la.. Dari kol 10am lebih sampai 12.50pm. Tujuan aku asalnya nak antar form jer. Tak sangka lak leh melepak lama kat situ. Ada sorang kawan aku nih cakap ngan aku, "Bila akak pegang majalah ni (jadik editor), akak nak tarik ko balik ke sini. Ko nak tak? Ko kena tolong akak buat editing. Mana2 story yang heavy tu ko pegang ek..." Aku gelak jer dengar dia citer. Bersungguh2 tol dia cakap ngan aku. Nth serius nth bergurau, aku pun tak tau. Tapi yang aku tau, kalau tol pun dia buat apa yang dia cakap, lom tentu anak bos akan setuju. Erm... kalau dapat pon ok gak. Aku memang rindu giler nak balik ngan keje lama aku. Erm... kalau la betol2 kawan2 aku berjaya tarik aku balik ke sana, aku nak cakap ngan dia - kalau aku kena buat kolum fashion, aku sanggup terus ngan keje boring aku sekarang nih. Hahahaha.... iyo2 jer aku nih :p

Tuesday, November 8, 2011

Akhirnya...

Setelah jenuh aku menggodek, akhirnya beginila rupa blog aku. Erm... Takde la lawa bebeno. Tapi kira ok la ek. Dah tak kuasa aku nak melayannya. Buang masa aku jer. Hahaha... :p

Blur sudaaa..

Ntah naper malam nih aku rasa cam gatal tangan lak nak menukar template. Lepas tu aku jadik blur. Tak paham aku ngan template nih. Nak kembali ke template sebelum nih, aku pun dah tak tau codenya. So, hentam sajerla. Lagipun malam nih internet cam hampeh. Menyakitkan hati aku jer... Hahaha..

So, takper la. Buat masa nih, aku pakai dulu template nih sebab mata aku pun dah ngantok teramat... Nanti bila aku ada masa dan blur aku hilang, aku akan adjust balik template nih.

Jadiknya... tata semua. Nite... Sweet dream :)

Monday, October 17, 2011

Tersurat + tersirat

Yang tersurat tak semestinya itulah jua yang tersirat.  Misteri sungguh kehidupan ini! Dan mujurlah kita ada dibekalkan dengan akal, iman, hati, ilmu dan pengalaman. Kalau tak, macam mana kita nak buat penilaian perihal sesetengah perkara tersurat dan tersirat ini?
Kata orang tua, jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya. Silap hari bulan, baru letak jari kaki kat dalam air sungai tu, terus kena ngap yang buaya. Erm... mujur gak kat Malaysia takde ikan pirana. Kalau tak, konfem orang tua2 akan cakap, jangan disangka sungai yang tenang tiada ikan piranha. Kalau masuk kaki dalam sungai, terus tinggal tulang. Hehehe....
Erm... maybe ada yang tertanya2, naper aku tiba2 membebel pasal tersurat dengan tersirat. Sebenarnya aku sajer nak mengingatkan diri aku dan jugak korang semua.... Jangan mudah percaya apa yang korang tengok, lihat atau dengar. Dan jangan jugak mudah percaya pada orang yang baik sangat ngan korang. Di depan kita, dia mungkin bagi senyuman yang nampak iklas. Tapi dalam hati boleh jadik jugak dia masam atau mencebik. Di depan kita, dia nampak macam bersimpati. Tapi rupa2nya dalam hati dia bersorak seronok dengan musibah yang menimpa kita. Di bibir dia kata dia sanggup tolong bagi sokongan kat kita. Tapi rupa2nya dalam diam dia tengah planning camana nak jatuhkan kita.
Begitulah manusia, walaupun bukan semuanya plastik camtu. Kita kena pandai buat penilaian supaya tindakan dan keputusan kita tak makan diri kita balik. Tapi kita jangan terlalu berprasangka sebab ia tak ubah seperti virus yang akan membunuh kebahagiaan kita. Dan paling penting, hidup kita tidak boleh terlalu bersandar pada orang walaupun orang itu suami kita. Bersandarlah kepada Allah dan mohonlah kekuatan daripadanya sebab itu lebih baik. Dan itu juga lebih selamat kerana Allah Maha Agung berbanding yang lain.
Kalaulah kita ni termasuk dalam kalangan  orang yang seronok melihat kejatuhan dan kesedihan orang lain walaupun atas alasan apa sekali pun, baiklah kita beringat. Hidup ini ibarat pusingan roda. Segala2nya sentiasa berkemungkinan. Mungkin hari ini kita ketawa berdekah2. Siapa tahu hari esok kita menangis meraung2. Wallahu’alam. Semoga Allah mensejahterakan hidup kita. Aminn... J

Friday, October 14, 2011

hepinyer... yeyyy... :)

I just want to say… I am so happy today. Alhamdulillah…
Hopefully everything will be settled as I planned before.  
Thanks ALLAH for your kindness…
And thanks to my beloved family for supporting me. Love u all. And wish me all the best J

Saturday, October 8, 2011

Pinjam jer kalau tak nak beli! ;-)

Dah lama aku dok cari. Bila dah jumpa, tak jadik lak beli sebab bajet tarak. Hahaha... Cam kedekut lak bunyinyer. Heheheh... Dan setelah sekian lama, akhirnya aku terjumpa lak kat library negeri. So aku pun dengan semangatnya terus la meminjam. Jenuh aku nak menghabihkan. Maklumla... tebal sangat. Kalau novel biasa,mau gak aku langkau2. Biar cepat skit abihnya. Tapi yang nih tak sampai hati lak aku buat camtu. Kang ada lak fakta yang tercicir. Rugi2... J

Aku pernah jumpa Kak Fatini sekali beberapa tahun sudah. Aku rasa dia pun konfem dah tak ingat kat aku. Hahaha.. Tapi tak kisah la tu. Cuma yang aku nak bagi tau, masa tu aku tak pernah terpikir Kak Fatini akan dapatkan hasilkan buku camni. Dan selepas abih baca, aku cakap terus terang yang aku bangga ngan dia. Dia memang (ex)wartawan yang bagus. :D

Kepada saper2 yang rajin membaca tapi lom baca buku nih lagi, gi la cepat2 beli. Kalau tak, buat jer macam aku. Gi library, lepas tu pinjam. Cukup time, pulang balik. Aiseh.... baru teringat aku lom return lagi buku yang aku pinjam kat library opis. Konfem lepas nih aku kena blacklist. Adehhh...

Thursday, October 6, 2011

Ngomel sat :D

Sajer jer nak bagi tau. Lately nih aku pressure. Bukan skit tapi banyak... hahaha...
Banyak tol mender aku nak kena fikir dan setelkan. Ada kawan aku cakap, releks... slow2. Adehh... nak slow camana lagi. La nih pun aku dah rasa tersangat la slow mengalahkan kura2. Hahaha....
Hal umah kakak aku lom setel lagi. Aku tak faham tol, naper la si mamat mangkuk tu nak menyusahkan idup aku? Dah orang suruh kluar dari umah tu, tapi nak lagi melepak for free kat situ. Dan paling aku pelik, camana dia boleh idup kat dalam umah yang takde water supply? Alien ker apa dia tu??? Ish... dan aku pun berangin gak ngan tnb. Dari last week aku gi jumpa diorang suruh kasi potong elektrik kat umah tu, sampai sudah tak potong2. Sat lagi aku nak talipon diorang balik. Ish... rasa cam nak cakap jer ngan diorang – “kalau tak reti nak buat keje kat situ, gi cari keje tempat lain. Dan kalau nak cakap ‘berlagak cam bagus’ ngan customer, pi  resign. Jadik jer politician!” hahaha... leh tak aku cakap camtu?? :D
Dok buat keje yang sekarang nih pun leh kasi aku stress gak. Mana taknya, asyik dok mengadap pc jer pagi petang. Mata aku letih. Bahu aku pun dah sakit nih. Rasa cam nak gi kat mesin massage yang letak duit RM1 tu la. Hehehe... tapi lepak kat spa pon ok gak kan? Erm... ada saper2 nak sposor tak?? sila angkat tangan tinggi2! Hahahah...

Thursday, September 29, 2011

citer pasal pakcik jaga

La ni aku nak citer pasal sorang pakcik jaga kat umah aku.  Aku tak pernah sembang ngan pakcik tu. Namanya pun aku tak pernah tau.Tapi aku suka pakcik tu. Sebabnya antara banyak2 jaga kat situ, dia jer yang rajin bagi salam tiap kali ada orang lalu nak touch access kad kat tempat guard tu. Aku selalu gak cuba nak bagi salam dulu kat dia. Tapi memanjang jer dia yang bagi dulu. Mana taknya. Baru jer tingkap aku turun separuh, dah dengar dia bagi salam. Kadang2 rasa cam berebut  bagi salam lak ngan pakcik tu. Hahaha...  Bagus la pakcik tu. I like! Hehehe...

Wednesday, September 21, 2011

~maap~

Maap… Memang mudah untuk dituturkan sebab perkataan tu pendek jer. Kalau nak taip pun takde hal. Pejam mata leh taip. Paling2 pun makan masa 40 saat. Bagi orang yang dah hafal lagi la cepat.
Masa aku baca paper utusan tadi pun ada sebut fasal maap. Mintak maap tu perkara biasa yang orang selalu sebut. Kita pun selalu cakap, kalau dah buat salah kena mintak maap. Betul! Memang kena mintak maap dan mengaku salah sendiri. Tapi kita jarang sebut maapkanlah orang tu.
Kadang2 bila kawan kita bercerita ada orang tu mintak maap kat dia, kita perangatkan lagi keadaan – “Buat apa nak maapkan orang tu? Dah orang tu buat salah, cari fasal, memalukan dan bla.. bla... blaaa...” Waktu kita cakap camtu, sure kita rasa best jer. Maklumlah... menambah perasa. Hahaha... Tapi bagi orang yang mengapi2kan macam tu, udah2la tu... Takde paedahnya buat camtu! J
Memberi kemaafan kat orang memang susah. Itu memang aku ngaku. Tapi percayalah cakap aku. Takde kesudahannya kalau kita tak mahu nak maapkan orang, lebih2 lagi kalau orang tu dah banyak kali mintak maap ngan kita. Selagi kita tak nak maapkan, selagi tu hati kita tak tenteram. Sakit hati jer memanjang. Jangan kata nak memandang, nak menengok bayang2 dia pun takleh. Panas jer hati. Jadik, kalau dah camtu gayanya, cam mana  kita nak idup aman? Leh ke kita hepi camtu?
Kata orang, barang yang berlaku jangan dikenang. Tapi kita amik pengajaran dan muhasabah diri. Tak yah nak simpan dendam. Tak yah nak simpan benci kat orang tu. Sebab bila ada orang buat tak baik kat kita, tentu ada bahagiannya nanti dari Tuhan. Kalau tak dapat kat dunia, insya-allah dapat kat akhirat. Lagipun saper la kita untuk tidak memaafkan orang, sedangkan Allah yang maha agung lagi hebat sebagai pencipta manusia pun Maha Pemaaf.
Jadik, marilah kita sama2 memaafkan agar dosa kita pun ada yang sudi mengampunkan...

Thursday, September 15, 2011

Tanduk kluar sudaa... Hahaha..

Dah berhari2 aku poning. Nih gara2 sorang mamat yang tak mau kluar dari umah kakak aku. Menyusahkan tol la. Report polis dah dibuat dua kali. Tapi leh lagi dia buat bodo. Kang kalau bawak ke court, aku lak yang susah. Nak kena bayar lawyer lagi. Takper2... Kali nih aku nak buat jahat. Kita kasi potong api air umah tu. Hahaha... (tandukku kluar sudaaa...) Aku gelak lagi sekali. Hahahaha.....

Pesanan kepada kengkawan semua... Kalau nak sewakan umah kat orang, kena tengok2 dulu saper orang tu. Jangan main kasi jer. Paling penting buat buat proper agreement ngan tenant. Jangan secara verbal jer atau buat agreement tanpa saksi.

Itu sahaja buat hari ini. Sekian terima kasih... :D

Friday, September 9, 2011

Mat Indera

Sekarang ini semua orang kalut bercerita tentang Mat Indera. Siapa Mat Indera? Komunis atau nasionalis? Aneh! Orang itu sudah lama mati. Kenapa baru sekarang mahu dipersoalkan lagi siapa dia?

Bagi segelintir orang terutamanya yang berkait dengan mangsa komunis khususnya di Bukit Kepong, membangkitkan isu ini tentulah tidak ubah seperti membuka kembali luka lama – berdarah dan menyakitkan.

Dalam kalangan pejuang negara terdahulu seperti bekas askar dan polis, mengagungkan Mat Indera oleh pihak-pihak tertentu yang kini hidup dalam kemerdekaan hasil pengorbanan mereka sudah pastilah suatu penghinaan. Paling tidak pun tindakan itu sudah cukup kuat untuk mengguris hati mereka yang sanggup menumpahkan darah sendiri demi tanah air suatu masa lalu. Dan bagi sesetengah yang lain pula, ia tidak lebih daripada satu propaganda untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Mungkin benar menentukan siapa sebenarnya Mat Indera adalah suatu yang penting. Namun, dalam keadaan rasa cinta rakyat yang kian luntur pada tanah air dan semangat kenegaraan mereka yang tambah pudar, bukankah ada baiknya pihak-pihak tertentu memikirkan cara terbaik untuk menanganinya?

Buat apa kita hendak bertegang leher untuk sesuatu yang sudah lama berlaku? Sebab ia tidak lebih daripada membuang masa dan menyakitkan hati antara kita. Lebih buruk lagi kita akan berpecah belah, tidak bersatu dan akhirnya memberi peluang kepada pihak tertentu untuk menjatuh serta meruntuhkan kita. Adalah amat tidak berbaloi untuk kita membuka ruang kepada kemusnahan kita sendiri. Sebaliknya adalah lebih baik kita saling ambil iktibar daripada sejarah silam berbanding bertelingkah tentang sejarah itu sendiri.

Wednesday, September 7, 2011

sedihnyer...

Aloha... hahaha...

Sajer jer aku nak ngadu domba kat sini. Bosan tol la keje skarang nih. Dok opis diam2. Dah tak leh nak kluar cam dolu2. Nak melawa pon cam takde mood jer. Hahaha.... Sian kat aku. L Tapi takper. Aku tetap lawa... Hahahaha... Jadik poyo lak kejap.  :P

Tapi idup aku la nih memang rasa berbeza. Dulu tak yah cari keje. Keje tu datang sendiri kat aku.  Tapi la nih aku lak yang terhegeh2  cari keje. Iyer la.. kalau tak, tak pasal2 makan gaji buta. Hehehe.. sian kat aku. Rindunya kat zaman dahulu kala... adehh...

Saturday, August 27, 2011

Selamat hari raya...

Cepat jer masa berlalu. Tak lama lagi dah nak raya.
So, dalam detik2 akhir ramadan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Kalau ada terlebih terkurang, kira kosong-kosong la ek. Hehehe...
Akhir kata, pandu cermat, jiwa selamat J

Tuesday, August 23, 2011

Tinggal kenangan...

Esok secara officialnya aku tidak lagi menjadi seorang wartawan. Adehh... Sadisnya... Sebaknya... Nak nangis leh tak??? :((

Aku sangat suka jadik wartawan walaupun aku selalu sangat tak mengaku kat orang yang aku nih wartawan. Lebih lapan tahun aku hidup sebagai wartawan. Aku tengok macam2 gelagat orang. Aku terpaksa layan macam2 kerenah orang. Dan kadang2 aku terpaksa jadik cam ‘plastik’ – senyum walaupun hati aku cakap, “Udah2 la senyum. Lenguh dah mulut ngan rahang aku nih hahh!” hahaha... Cam poyo lak bunyinya... :D

Lebih lapan tahun nih jugak aku belajar macam2 benda. Belajar bersyukur dan menginsafi diri, muhasabah dan tabah, berdikari dan macam2 lagi. Aku memang seronok sangat jadik wartawan dan kalau boleh aku tak nak tukar keje. Terlalu banyak pengalaman, suka, duka. Nthlah... banyak sangat yang aku nak tulih. Tapi tak terluah rasanya kat sini. Rasa cam jari-jari aku nih kaku lak nak menaip terus.

Aku tentu akan rindukan semua tu. Aku tentu akan rindukan banyak benda. Aku tentu akan rindukan ‘cikgu2’ aku. Tapi nak buat camana. Hidup kena diteruskan. Dan ini jugak pilihan aku kan? So, nak tak nak kena terima. :D

So, buat aku – all the best! Selamat meninggalkan dunia kewartawanan untuk beralih ke dunia baru... Moga2 ini yang terbaik untuk aku. Aminnn.... J

aku ~ hari ini ~


Ramadan... Banyak tol dugaannya. Tapi takper la. Harap2 dugaan itu membawa banyak kemanisan dalam hidup aku.
Hari ini cam last week – bersantai cam orang mati kutu. Nih la first time aku rasa camni sepanjang dekat sedekad aku bekerja makan gaji. Mujur gak la aku boleh akses internet plus berym (walaupun itu pun satu aktiviti yang membosankan gak).  Tapi takper la. Apa2 pun aku kena try gak thinking positive and be positive. Anggap jer la ini masa untuk aku berpoya2. Hahahah... Bunyi cam best jer... Saper nak join the club angkat tangan!! Hahaha...
Apa2 pun... semoga Allah memberikan yang terbaik untuk aku. Aminn... J

Friday, August 19, 2011

sadis... :(

Semalam secara rasminya team aku dibubarkan dalam syarikat. Sedih lak rasanya. Tapi takper la... Harap2 itu yang terbaik untuk semua. Budak2 team aku semua dah diserapkan ke tempat lain. Aku jer yang lom dikonfemkan lagi. Kalau ikut apa yang diberitahu dek anak big boss, aku mungkin diserapkan ke anak syarikat lain. Kalau itu plan diorang aku memang suka jer. Hehehe... Tapi keputusan muktamad akan diberitahu kat aku isnin nih. Tapi memandangkan aku nak amik cuti isnin ni, so aku akan dapat tau selasa nanti. Harap2 keputusan yang terbaik berpihak pada aku. Aminn...

Malam ni insya allah aku ngan ahli2 team aku yang telah dibubarkan bersama ex boss aku akan berbuka pose sama2 - sempena pembubaran team aku. :)

Sunday, August 14, 2011

Hepi :)

Ada orang tanya kat aku – ko bahagia? Aku senyum jer. Sebenarnya terpikir gak kat kepala otak aku. Apa sebenarnya jawapan yang dia nak dengar dari mulut aku. Dia nak aku jawab bahagia ke tak? Dan kalau aku tau apa yang dia nak dengar, dah tentu jawapan itu jugalah yang aku bagi. Biar dia rasa puas hati dan dia tak perlu lagi tanya kat aku soalan tu lagi. Dan lepas tu bolehlah dia tanya pulak kat diri dia – adakah dia bahagia?

Aku pernah cakap ngan seseorang – aku doakan dia bahagia. Dan dia cakap ngan aku – lebih baik aku mendoakan kebahagiaan diri sendiri dulu daripada orang lain. Aku senyum jugak. Dan aku cakap balik – dah tentu aku doakan kebahagiaan aku, tapi aku jugak doakan kebahagiaan orang lain termasuk dia.
Ada orang cakap dia bahagia, tapi sebenarnya tidak. Ada orang kata dia tak bahagia, tapi sayangnya rupa2nya dia tak sedar dia sebenarnya ‘bahagia’. Perlu ke bahagia tu dilafazkan dengan kata2? Perlu ke kebahagiaan itu dihebah2kan sampai membuatkan orang yang tak bahagia rasa tersinggung?
Bagi aku, kebahagiaan tak perlu dicanang. Dan kebahagiaan jugak tak perlu ditanya. Kebahagian boleh dilihat dari raut wajah dan sinar mata. Dan kita juga tak perlu kedekut membahagiakan orang. Sebab untuk membahagiakan diri, kita jugak kena membahagiakan orang lain walaupun bukan semua orang.
Kebahagiaan itu milik Allah. Dia akan bagi pada saper2 yang dia nak bagi dengan cara yang dia mahu. Dan dia jugak boleh tarik kebahagiaan itu bila2 masa sahaja.
Tapi Allah tak akan bagi kebahagiaan kalau kita tak berusaha ke arah itu. Macam mana kita hendak bahagia kalau diri kita sendiri menciptakan ketidakbahagiaan dalam hidup kita. Macam mana kita hendak bahagia kalau kita rasa setiap yang ada di sekeliling kita membebankan, menyusahkan? Kita tak akan mampu bahagia kalau kita tak tau bersyukur, tak tahu menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Kita juga tak akan bahagia tanpa memberikan kemaafan kepada diri mahupun pada orang lain. Sentiasa mencari salah dan aib orang serta selalu menyalahkan orang tanpa kita cuba muhasabah diri pun akan membuatkan kita rasa tidak bahagia.
Bahagia... setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza. Ada orang kata, dia bahagia sebab dia mempunyai keluarga dan rumah tangga yang sempurna. Ada pulak kata dia bahagia sebab dia mempunyai harta dan status hidup yang tinggi. Tapi ada jugak yang cakap dia bahagia dengan kehidupan yang sederhana walaupun tak mempunyai harta, pangkat, isteri @ suami @ anak. Dan bagi aku, asas kebahagiaan adalah ketenangan jiwa. Sebab hati tak tenang akan menyebabkan keseluruhan diri dan hidup jadik tak bahagia.
Semoga kita semua bahagia selalu... Amin... :)