Pages

Monday, October 17, 2011

Tersurat + tersirat

Yang tersurat tak semestinya itulah jua yang tersirat.  Misteri sungguh kehidupan ini! Dan mujurlah kita ada dibekalkan dengan akal, iman, hati, ilmu dan pengalaman. Kalau tak, macam mana kita nak buat penilaian perihal sesetengah perkara tersurat dan tersirat ini?
Kata orang tua, jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya. Silap hari bulan, baru letak jari kaki kat dalam air sungai tu, terus kena ngap yang buaya. Erm... mujur gak kat Malaysia takde ikan pirana. Kalau tak, konfem orang tua2 akan cakap, jangan disangka sungai yang tenang tiada ikan piranha. Kalau masuk kaki dalam sungai, terus tinggal tulang. Hehehe....
Erm... maybe ada yang tertanya2, naper aku tiba2 membebel pasal tersurat dengan tersirat. Sebenarnya aku sajer nak mengingatkan diri aku dan jugak korang semua.... Jangan mudah percaya apa yang korang tengok, lihat atau dengar. Dan jangan jugak mudah percaya pada orang yang baik sangat ngan korang. Di depan kita, dia mungkin bagi senyuman yang nampak iklas. Tapi dalam hati boleh jadik jugak dia masam atau mencebik. Di depan kita, dia nampak macam bersimpati. Tapi rupa2nya dalam hati dia bersorak seronok dengan musibah yang menimpa kita. Di bibir dia kata dia sanggup tolong bagi sokongan kat kita. Tapi rupa2nya dalam diam dia tengah planning camana nak jatuhkan kita.
Begitulah manusia, walaupun bukan semuanya plastik camtu. Kita kena pandai buat penilaian supaya tindakan dan keputusan kita tak makan diri kita balik. Tapi kita jangan terlalu berprasangka sebab ia tak ubah seperti virus yang akan membunuh kebahagiaan kita. Dan paling penting, hidup kita tidak boleh terlalu bersandar pada orang walaupun orang itu suami kita. Bersandarlah kepada Allah dan mohonlah kekuatan daripadanya sebab itu lebih baik. Dan itu juga lebih selamat kerana Allah Maha Agung berbanding yang lain.
Kalaulah kita ni termasuk dalam kalangan  orang yang seronok melihat kejatuhan dan kesedihan orang lain walaupun atas alasan apa sekali pun, baiklah kita beringat. Hidup ini ibarat pusingan roda. Segala2nya sentiasa berkemungkinan. Mungkin hari ini kita ketawa berdekah2. Siapa tahu hari esok kita menangis meraung2. Wallahu’alam. Semoga Allah mensejahterakan hidup kita. Aminn... J

No comments: