Namun, kalaupun ia sudah pun berlaku dan kita sudah nyata kalah, tidak ada gunanya kita menyesal tak sudah. Yang lepas biarkan berlalu. Lebih penting hidup perlu diteruskan dan kita kena amik iktibar daripada apa yang berlaku. Jangan biarkan kita jatuh tersadung berkali-kali di tempat yang sama. Tetapi, jikalau ia masih boleh diperbaiki, apa salahnya kita memberi peluang kepada diri untuk memperbetulkan keadaan. Yang penting, kita kena cuba jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Walau apapun yang berlaku dalam hidup – sama ada kita jatuh tersadung, tergolek atau terlentang, jangan biarkan ia menghilangkan keceriaan hidup kita. Kita kena selalu senyum. Sebab senyum itulah nanti yang bakal mengubat lara di hati. Dan berserahlah sepenuhnya kepada-Nya kerana Dia lebih mengetahui. :)
No comments:
Post a Comment