Pages

Wednesday, September 21, 2011

~maap~

Maap… Memang mudah untuk dituturkan sebab perkataan tu pendek jer. Kalau nak taip pun takde hal. Pejam mata leh taip. Paling2 pun makan masa 40 saat. Bagi orang yang dah hafal lagi la cepat.
Masa aku baca paper utusan tadi pun ada sebut fasal maap. Mintak maap tu perkara biasa yang orang selalu sebut. Kita pun selalu cakap, kalau dah buat salah kena mintak maap. Betul! Memang kena mintak maap dan mengaku salah sendiri. Tapi kita jarang sebut maapkanlah orang tu.
Kadang2 bila kawan kita bercerita ada orang tu mintak maap kat dia, kita perangatkan lagi keadaan – “Buat apa nak maapkan orang tu? Dah orang tu buat salah, cari fasal, memalukan dan bla.. bla... blaaa...” Waktu kita cakap camtu, sure kita rasa best jer. Maklumlah... menambah perasa. Hahaha... Tapi bagi orang yang mengapi2kan macam tu, udah2la tu... Takde paedahnya buat camtu! J
Memberi kemaafan kat orang memang susah. Itu memang aku ngaku. Tapi percayalah cakap aku. Takde kesudahannya kalau kita tak mahu nak maapkan orang, lebih2 lagi kalau orang tu dah banyak kali mintak maap ngan kita. Selagi kita tak nak maapkan, selagi tu hati kita tak tenteram. Sakit hati jer memanjang. Jangan kata nak memandang, nak menengok bayang2 dia pun takleh. Panas jer hati. Jadik, kalau dah camtu gayanya, cam mana  kita nak idup aman? Leh ke kita hepi camtu?
Kata orang, barang yang berlaku jangan dikenang. Tapi kita amik pengajaran dan muhasabah diri. Tak yah nak simpan dendam. Tak yah nak simpan benci kat orang tu. Sebab bila ada orang buat tak baik kat kita, tentu ada bahagiannya nanti dari Tuhan. Kalau tak dapat kat dunia, insya-allah dapat kat akhirat. Lagipun saper la kita untuk tidak memaafkan orang, sedangkan Allah yang maha agung lagi hebat sebagai pencipta manusia pun Maha Pemaaf.
Jadik, marilah kita sama2 memaafkan agar dosa kita pun ada yang sudi mengampunkan...

No comments: