Ada orang tanya kat aku – ko bahagia? Aku senyum jer. Sebenarnya terpikir gak kat kepala otak aku. Apa sebenarnya jawapan yang dia nak dengar dari mulut aku. Dia nak aku jawab bahagia ke tak? Dan kalau aku tau apa yang dia nak dengar, dah tentu jawapan itu jugalah yang aku bagi. Biar dia rasa puas hati dan dia tak perlu lagi tanya kat aku soalan tu lagi. Dan lepas tu bolehlah dia tanya pulak kat diri dia – adakah dia bahagia?
Aku pernah cakap ngan seseorang – aku doakan dia bahagia. Dan dia cakap ngan aku – lebih baik aku mendoakan kebahagiaan diri sendiri dulu daripada orang lain. Aku senyum jugak. Dan aku cakap balik – dah tentu aku doakan kebahagiaan aku, tapi aku jugak doakan kebahagiaan orang lain termasuk dia.
Ada orang cakap dia bahagia, tapi sebenarnya tidak. Ada orang kata dia tak bahagia, tapi sayangnya rupa2nya dia tak sedar dia sebenarnya ‘bahagia’. Perlu ke bahagia tu dilafazkan dengan kata2? Perlu ke kebahagiaan itu dihebah2kan sampai membuatkan orang yang tak bahagia rasa tersinggung?
Bagi aku, kebahagiaan tak perlu dicanang. Dan kebahagiaan jugak tak perlu ditanya. Kebahagian boleh dilihat dari raut wajah dan sinar mata. Dan kita juga tak perlu kedekut membahagiakan orang. Sebab untuk membahagiakan diri, kita jugak kena membahagiakan orang lain walaupun bukan semua orang.
Kebahagiaan itu milik Allah. Dia akan bagi pada saper2 yang dia nak bagi dengan cara yang dia mahu. Dan dia jugak boleh tarik kebahagiaan itu bila2 masa sahaja.
Tapi Allah tak akan bagi kebahagiaan kalau kita tak berusaha ke arah itu. Macam mana kita hendak bahagia kalau diri kita sendiri menciptakan ketidakbahagiaan dalam hidup kita. Macam mana kita hendak bahagia kalau kita rasa setiap yang ada di sekeliling kita membebankan, menyusahkan? Kita tak akan mampu bahagia kalau kita tak tau bersyukur, tak tahu menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Kita juga tak akan bahagia tanpa memberikan kemaafan kepada diri mahupun pada orang lain. Sentiasa mencari salah dan aib orang serta selalu menyalahkan orang tanpa kita cuba muhasabah diri pun akan membuatkan kita rasa tidak bahagia.
Bahagia... setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza. Ada orang kata, dia bahagia sebab dia mempunyai keluarga dan rumah tangga yang sempurna. Ada pulak kata dia bahagia sebab dia mempunyai harta dan status hidup yang tinggi. Tapi ada jugak yang cakap dia bahagia dengan kehidupan yang sederhana walaupun tak mempunyai harta, pangkat, isteri @ suami @ anak. Dan bagi aku, asas kebahagiaan adalah ketenangan jiwa. Sebab hati tak tenang akan menyebabkan keseluruhan diri dan hidup jadik tak bahagia.
Semoga kita semua bahagia selalu... Amin... :)
No comments:
Post a Comment