Pages

Wednesday, February 24, 2010

Putih atau kuning?

Baru2 nih masa gi umah member kat Nilai, kitorang ada citer pasal bab kawin. Dan dia tanya kat aku - aku pilih cincin emas putih atau emas kuning? Kalau korang, apa pilihan korang? :)

Dulu masa kawan aku kawin, dia pilih cincin emas kuning. Aku tanya kenapa? Jawabnya mudah ajer. Kalau emas kuning, sentiasa laku. Bila2 masa leh jual balik. Tapi kalau emas putih tak.

Bila dia jawab camtu, aku diam jer. Malas nak balas balik. Tapi dalam kepala otak aku nih dah tentu la bercakap jugak. Aku tahu jawapan itu logik. Cuma aku agak kurang paham. Kenapa jawapan itu yang dijadikan alasan?

Kalau korang pun memberikan jawapan ataupun alasan yang sama, meh sini aku nak tanya. Apa sebenarnya tujuan cincin kawin @ tunang dibeli? Adakah kerana ia hendak dijadikan sebagai perlaburan jangka panjang (untuk dijual semula) ataupun ia sebenarnya menjadi simbol ikatan, hadiah, kasih sayang dan penghargaan buat korang? Apa pun jawapannya, terserah kat korang.

Cuma bagi aku, tak sepatutnya timbul isu sama ada ia boleh dijual semula atau tak. (Ini tak kisahlah emas jenis apa sekalipun). Sebabnya cincin risik, tunang mahupun nikah adalah hadiah dan pemberian daripada orang yang cukup istimewa dalam hidup kita. Ia adalah tanda kasih sayang dan penerimaannya kepada kita. Jadi, ia tak harus dijual. Dan kalaulah belum apa2 kita dah pikir tentang 'jual', adakah itu tanda kita betul2 sayang dan menghargai pasangan kita? Atau adakah kita ingin menunjukkan bahawa nilai cincin itu sama seperti nilai cinta kita yang boleh dijual beli? Adakah tergamak untuk kita menjual sesuatu yang menjadi petanda bahawa dia telah memilih kita? Erm... Entahlah... Tepuk dada, tanyalah selera... :)

Monday, February 22, 2010

Tak abih2 deadline!!!

Selasa nih deadline. Selasa depan dan lagi, lagi, lagiiii.... depan pun deadline gak. Adess... Makin lama aku rasa macam makin desperado la pulak. Kepala otak aku pun dah macam makin sengal. Hahaha... Padan ngan muka aku! Tu ler... Elok2 buat monthly, lepas tu gatal nak tukar buat weekly. Meh aku gelak lagi sekali kat diri aku... Hahaha...

Korang nak tau tak satu perkara... (off the record ek... heheheh... - poyo lak aku! :P) aku sebenarnya dah bosan idup macam nih. Aku dah bosan idup mengikut rentak orang. Aku dah bosan terpaksa buat keje bila mana aku sepatutya tengah tidur dan bermimpi yang best2 ataupun bila mana aku sepatutnya tengah bersantai @ bercuti tanpa pikir apa2 pasal story dan deadline. Aku memang betul2 dah bosan!

Lepas deadline bulan 5 nih nanti, aku nak plan something. Something untuk aku... :) Nak tau apa? Hehehe....

Aiseh... kena sambung ketuk story daa... :(

Friday, February 19, 2010

Dulu dan sekarang

Kelmarin aku bagi tau bos cadangan aku nak berenti keje. Hahaha... Cuak dia kejap! (Tapi takde la secuak masa member aku lagi sorang dulu nak berenti keje. Lagipun dia tau aku takkan berenti sekarang. Hehehe... )

Semalam dan kelmarin, aku ngan beberapa bebudak mag aku yang lain menggelabah giler nak kejar deadline PDF. Sampaikan nak lunch pun tak sempat. Patutnya kalau ikutkan belah editorial, editor aku yang patut fully incharge mender tu. Tapi sebab dia ada kursus dua hari, terpaksa la aku ngan member2 aku berkorban skit. Takper la. Bukan selalu kot. Hehehe... Tapi masa tu aku terpikir gak satu mender - kalaulah team aku nih ada assistant editor kan senang. Bila editor takde jer, dia yang akan take over. Dan aku plak leh lepak depan laptop ngan jayanya (dan konon2 buat keje :p).

Aku ingat lagi masa kat mag lama. Aku amat jarang pening kepala pasal mender nih. Yang aku aku kena make sure ialah story aku siap on time. Dan bila tiba masanya, aku akan cek layout (atas paper) lak dan buat payment. Kalau aku terlebih rajin, aku akan gi kat tempat grafik, dan cek layout kat pc budak grafik. Selebihnya aku memang tak amik tau. Bos aku dulu selalu bising sebab aku tak rajin nak amik tau pasal schedule, client dan bla... blaa.... blaaa... Assistantnya pulak bising kat aku sebab aku tak pernah ingat page berapa aku punyer kolum. Hahaha... Memang teruk betul aku masa tu! :P

Tapi masa tu aku boleh buat camtu sebab bos aku ada assistantnya. Bos aku yang sekarang pulak kena buat keje sorang2 sampaikan dia tak menang tangan nak buat semua tu dalam satu masa sebab takde assistant. Aku nak buat perangai cam dulu pun jadik tak sampai hati. Budak2 dalam team aku sekarang nih banyak budak baru. Yang lama aku ngan sorang lagi mamat. Jadik nak tak nak aku ngan mamat tu la yang kena banyak tolong bos aku nih. Tapi mujur gak ada lagi sorang budak team aku nih, walaupun baru dah banyak pengalaman. Jadik, dia pun banyak gak back up kitorang satu team.

Erm... Dah nak kol 12pm nih. Deadline untuk next issue hari selasa depan. Tapi satu story pun aku tak buat lagi. So, aku beransur dulu arr... Adios semua! :)

Saturday, February 13, 2010

Sebelum ayam berkokok!

Serabut! Aku memang tengah serabut. Banyak mender nak kena pikir. Banyak mender nak kena buat. Lepas raya cina nih aku akan start ngan weekly deadline. Adesss... Leh mengah aku camni!

Esok pagi2 morning sebelum ayam berkokok, aku akan balik Ipoh. First time dalam sejarah hidup aku, aku balik time camtu. Pecah rekod nih. Hehehe... Dan pecah rekod gak tadi, aku stay back sampai kol 9 lebih sebab nak siapkan keje. Rajinnyer aku. Cam tak caya jer! Hehehe... Err... Leh ker aku bangun awal nih??? Musykil kejap.... :(

Erm... okehla... Nak bersiap2an untuk gi beradu. So, gute nacht everybody! :)

Monday, February 8, 2010

Resign!

Lately ada satu mender yang asyik dok menyinggah kat kepala otak aku - berenti keje! Errr... Leh ker aku pikir gitu?? Hehehe...

Kalau diikutkan hati, mau ajer aku antar surat resign sekarang. Tapi aku masih ingat lagi pesan orang2 tua - ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadik kesimpulannya idak ler aku jadik aku berenti. Iyer la... Kalau aku berenti, camana la aku nak bayar utang aku yang keliling pinggang tu ek. :D

Tapi apa pun, kalau tak leh nak resign sekarang, suatu hari nanti aku tetap akan resign gak. Tak tau bila... Ujung tahun nih kot. Kalau tak pun, anjak jer la tahun depan. Kalau tak pun, tahun lagi2 depan. Uikss... Sesuka hati aku jer... Hahaha... Belasah jer lahhh! :P

Monday, February 1, 2010

Susah bercakap dengan enggang!

Sebenarnya ada banyak mender aku tak puas hati tentang sesuatu. Kalau ikutkan hati, aku nak cakap terus-terang. Aku nak bagi tau kat dia betapa dia sebenarnya sedang menempah @ mencari masalah. Aku nak bagi tau kat dia yang kalau dia terus leka, padahnya bukan sahaja kat dia. Tapi padahnya akan menimpa gak kat aku ngan kawan2 aku. Aku tau dia sayangkan orang tu. Tapi kalau orang yang disayang dah mula amik kesempatan, wajarkah dibiarkan? Tak bolehkah dia bukak mata luas2. Tengok balik hidden agenda orang tersayang. Tak bolehkah dia nampak yang orang tu sudah mula susun strategi? Tak nampakkah dia satu persatu tembelang orang tersayang? Kalau pun betul matanya buta kerana cinta, tak bolehkah mata hatinya melihat sesuatu yang semakin jelas. Alahai... Susahnya nak bercakap apabila berada di level yang berbeza. Erm... Bilalah agaknya si enggang sudi mendengar bicara si pipit ek? :(

Friday, January 29, 2010

Lepak :)

Malam tadi aku lepak2 ngan Zawie, Mennie dan Khairil kat Old Town White Coffee kat Sunway. Ralit bersembang, tak sedar dah nak kol 11pm. Lama dah aku tak jumpa Mennie ngan Khairil. So, bila dapat bersembang, maka panjangla citernya. Yang sadisnya bila aku nak balik, keta aku kena block ngan van. Jenuh aku dok tekan hon. Lama gak la. Naik panas hati aku dibuatnya. Mujur si Zawie nemankan aku. Kalau tak, tak tau ler aku nak buat apa sorang2 menekan hon. Hehehe..
okeh la... dah lewat nih. Nak gi tido. Adios :)

Wednesday, January 27, 2010

Cuti ~ letih!

4 hari aku bercuti. Tapi sepanjang 4 hari, aku tak rasa bercuti pun. Letih arr... Memanjang jer dalam keta sampaikan lenguh dah pinggang aku nih hah. Nih pun kepala kena pikir bab keje opis yang tak siap. Adess... leh pressure ini macam!

Tapi alhamdulillah, aku sempat setelkan beberapa perkara. Kurang skit beban kat kepala otak aku nih.

Erm... Ngantuk arr... Gud nite :)

Friday, January 22, 2010

Cikguku... :)

Tadi cikgu sekolah rendah call aku. Terkejut tol aku. Tak sangka dia ingat lagi kat aku. Bayangkanlah.. Masa dia ajar aku, waktu itu umur aku baru 11, 12 tahun. Sekarang nih umur aku dah pun 30. Uishh... Memang terharu tol aku. Mana taknya, cikgu yang mengajar aku masa sekolah menengah pun dah lupa kat aku. Add aku kat facebook pun tak sudi. Tapi takper. Yang penting aku masih diingati orang, lebih2 lagi orang tu adalah cikgu yang memang baik ngan aku, ngajar aku sampai aku betul2 paham, tak anggap aku nih bodoh dan menyusahkan dan dia memang betul2 seorang cikgu. Tak macam beberapa orang cikgu lain yang nama jer cikgu tapi tak serupa cikgu! Uikss.... cam berpusing2 lak ayat aku nih!! Hahahaha....

Okeh... Nak blah dulu. Banyak mender nak buat lepas nih. Adioss... :D

Tuesday, January 19, 2010

Horoskop

Korang percaya pada horoskop?

Siang tadi sorang kawan aku menyuruh aku baca horoskop. Dengan horoskop dia kata kita boleh mengenal orang. Dan kita jugak boleh tau sejauh mana keserasian kita dengan seseorang. Korang percaya?

Sejak zaman budak sampai la sekarang, aku tak pernah percaya horoskop. Dulu masa sekolah aku suka gak baca. Tapi bukan aku percaya pun. Sajer suka2. Sebenarnya kawan aku tu bukan orang yang pertama. Ada lagi beberapa orang kawan aku yang lain mencadangkan aku perkara yang sama - baca horoskop! Entahlah... Banyak sebab sebenarnya aku tak berapa nak layan horoskop. Dan kadang2 aku rasa horoskop mengarut. Tapi bagi orang yang percaya ngan horoskop dah tentu tak setuju ngan pendapat aku.

Mengenali dan memahami personaliti seseorang memang suatu perkara yang patut dibuat. Tapi menggunakan horoskop sebenarnya tak begitu tepat. Dan kalau terlalu percaya sangat dengan horoskop pun tak elok juga. Cubalah korang nilai betul2 - sejauh mana horoskop korang sama ngan korang? :)

Saturday, January 16, 2010

Panjang tol aku membebel.. Musykil nih!

Siang tadi masa aku buat story tentang cinta siber, terus aku teringat masa zaman muda belia dulu. Nak kata aku ketagih chatting masa tu, tak jugak. Biasanya aku chat masa buat assignment kat CC. Kira macam selingan la. Dengan kata lain menjadi tempat aku melepaskan boring, tension dan blur. Hehehe..

Selalunya aku guna nick yang langsung takde ciri feminin. Tapi bila tiba masa aku dah betul2 tak leh nak buat keje, boring plus blur, konfem aku guna nick pompuan. Masa tu berebut2 la lelaki satu malaya menegur sapa aku. Kalau diikutkan aku sebenarnya tak kisah pun borak ngan lelaki ke pompuan ker. Mana2 pun boleh. Cuma aku rasa layan pompuan bersembang nih kadang2 cam boring skit. Satu yang aku perasan (masa tu) - kebanyakan pompuan bila borak ngan lelaki, ayatnya cukup membosankan. Jiwang karat... cam baik... cam bersopan...pendek kata, diorang nih suka kontrol ayu. Bila dapat tau jer aku pompuan, terus senyap tak nak layan aku sembang dah. Nth apa2 jer. Lelaki pulak lain skit. Ngan sesama lelaki pun diorang leh berborak. Cuma cara borak dan topik yang disembangkan tak sama dengan kalau diorang sembang ngan pompuan (nih pemerhatian aku pada masa tu sahaja). Tapi satu mender yang paling aku tak suka masa berchatting bila pihak lagi satu bertanya - asl. Ish.. Meluat tol aku nak jawab! Cam takde soalan lain! Biasanya kalau orang tanya camtu, aku buat tak tau jer. Padan muka! Hehehe..

Dolu2 aku nih agak nakal skit. Bila chat ngan lelaki, kadang2 aku akan mintak nombor talipon mamat tu. Lepas tu aku akan talipon dan kacau dia. Cam biasa la. Mamat tu konfem ayat aku. Dan aku pun layan la dia. Kasi dia syok skit. Tapi selalunya lepas tu aku dah tak talipon dia dah. Tapi bukan semua nombor yang aku amik tu aku akan talipon.Ikut mood aku gak. Bila aku rasa boring, takde mender nak buat, masa tu la aku start kacau orang. Tapi bukanlah tiap2 hari. Lagipun aku buat mender tu pun sajer suka2. Apa yang mamat2 tu cakap pun bukannya masuk kat kepala aku. Sebab tu diorang ayat aku camana dasat pun, aku tak cair.

Selalunya aku guna public phone. Masa bercakap ngan mamat tu semua, aku pakai nama lain. Lokasi sebenar aku pun aku kelentong. Tak kuasa aku nak jadik orang jujur masa tu. Dulu2 bila ada orang mintak nombor talipon, aku memang tak bagi. Lagi pulak dulu aku memang takde handphone. Tapi kalau dah orang tu mengada2 sangat, nak gak nombor, aku pun bagi la satu nombor nih. Nombor tu sebenarnya bukan untuk bergayut. Tapi just tempat nak tinggalkan masej. So, ramai la mamat yang menalipon nombor tu. Semuanya tensen sebab setiap kali talipon jer, suara operator yang kluar. Sian diorang. Hehehe... Seingat aku, aku pakai handphone masa hujung part 2. Tu pun bersebab. Lepas aku pakai hp, ada gak la aku bagi nombor tu kat orang yang aku chat. Tapi tak semua. Dan aku tak bagi terus masa tu pun. Biasanya bila orang tu memang leh ngam dan boleh dipercayai sebagai kawan, baru la aku kasi number tu. Tu pun leh dibilang ngan jari.

Ada gak budak2 chatting yang aku pernah jumpa. Dan ada gak antaranya yang aku pernah jumpa sekali jer dan lepas tu aku tak hingin nak jumpa dia dah. Biasanya orang2 camni memang takkan tau nama betul dan nombor talipon aku. Tapi ada gak antara mereka yang jadik kawan baik aku. Tapi sayang, lepas sorang2 lost contact ngan aku terutama lepas aku tukar nombor. Ada beberapa orang yang aku masih ingat sampai sekarang. Paling baik ngan aku ialah Azam. Lepas tu Mael. Mael nih pun rapat gak ngan aku. Kadang2 aku rasa cam dia nih abang aku lak. Lepas tu Firdaruddin (ish.. betulker ejaan aku nih?). Dia pun baik gak ngan aku. Sangat baik... Ada gak beberapa nama lain. Tapi aku tak berapa nak ingat dah. Lama sangat... Semuanya tu masa zaman aku tengah study. Habih study, aku dah tak rajin nak berchatting kat internet. Kalau chat pun, aku dah tak rajin nak jumpa2 semua. Aku malas dan tak berminat!

Dalam tahun 2005 atau 2006 kot (tak sure), aku selalu masuk alamak. Masa tu aku tak rajin pun chat. Aku masuk situ setakat nak ilangkan bosan - baca sembang mengarut (selalunya kelakar) bebudak kat situ, kemudian aku gelak sorang2. Letih gelak, aku sambung balik buat keje. Tapi ada gak sesekali aku menyebok kat situ. Sekadar nak ilangkan bosan. Tapi walaupun aku jarang bersembang kat situ, aku ada geng aku sendiri kat situ. Dulu aku pernah gak melepak ngan diorang gi minum ngan jalan2. Masa tu memang best. Tapi lepas aku dah dapat memo daripada opis pasal alamak, aku dah stop. Hubungan aku ngan bebudak tu pun renggang. Kemudian aku masuk TDC lak. Yang nih memang aku tak aktif. Hehehe...

Kadang2 bila aku nengok berita pasal citer budak pompuan kena rogol atau kena tipu ngan kawan internet, aku rasa cam sedih pulak. Naper leh jadik camtu? Sedangkan dulu pun aku pernah gak buat camtu. Erm.. Nih cuma pendapat peribadi aku jer la.... Budak2 zaman sekarang nih walaupun dah ramai yang bijak dari segi IQ, tapi dia lemah dari segi lain. Sebab dia pikir dia pandai, jadik apa yang dia buat semuanya dipikirkan betul. Dia tak pikir panjang dan tak cuba belajar macam mana nak menilai ataupun nak meletakkan kepercayaan pada seseorang. Diorang nampak matang, tapi sebenarnya masih kebudak2an. Bagi yang kurang kasih sayang keluarga pulak, bila disogok dengan ayat2 lentok oleh lelaki, dia mula mudah lentok. Siannya aku ngan diorang.

Erm... panjangnya aku membebel malam nih. Err... Kalau ada yang tiba2 terasa hati, aku mintak maap ek. Okeh la. Masuk tido dulu. Gud nite bebeh... Hehehe...

Wednesday, January 13, 2010

Quit! Not quit?

Awal tahun nih ramai budak kat opis aku yang berenti keje. Ada antaranya yang memang aku dah sedia maklum akan sebabnya. Apa pun aku harap diorang hepi dengan apa pun keputusan yang diorang amik. Dan aku pulak... Tempoh maksimum lima tahun yang pernah aku letak dulu dah lama berlalu. Dan setiap kali ada staff yang berenti terutama yang baik ngan aku, tentu aku akan rasa jeles. Aku akan bertanya kat diri aku – Kenapa aku tak berhenti macam diorang? Kenapa aku tak amik keputusan camtu? Kenapa aku tak dapat peluang sebaik diorang? Apa jadik ngan cita2 aku? Adess... Bila timbul soalan2 camni, aku mula sakit hati ngan tensen.


Aku pernah cakap ngan seseorang pasal mender nih. Dan dia kata kat aku, kalau ada rezeki dan izin Tuhan, dia akan realisasikan cita2 aku. Erm... Bunyinya cam best jer. Tapi masalahnya, itu cita2 aku. Bukannya cita2 dia. Kenapa aku perlu bergantung harap pada orang lain semata2 nak jadikkan impian aku satu kenyataan? Erm... Tapi masalahnya sekarang, aku masih lagi di sini. Aku masih tak berusaha ke arah tu. Naper ek??


Erm... kalaulau impian aku tercapai... :)


Tuesday, January 12, 2010

Lagi aku mengomel...

Dalam banyak2 jalan untuk ke satu tempat, mengapa perlu mengikut jalan yang bengkang-bengkok dan bersimpang-siur kalau sudah ada jalan lurus yang lapang? Adakah dengan memilihnya, itu menunjukkan kita ini seorang yang hebat, berani dan bijak? Tidak mengapa kalau kita memilihnya hanya kerana kita tidak tahu jalan yang lain. Tapi, kalau sudah tahu, kenapa masih mahu menyusahkan diri dan juga orang lain. Bukankah itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran kita?

Kadang2 orang tertentu sengaja mereka2 peraturan atau prosedur yang tak perlu. Kononnya memudahkan keadaan, lebih tersusun, lebih berdisiplin, lebih bagus dan bla... bla... Tapi betul ke itu matlamatnya yang sebenar? Kalau itulah tujuannya peraturan dan prosedur dibuat, ia sepatutnya tidak akan menyusahkan orang, lebih praktikal, lebih sistematik. Dan pada masa yang sama, orang terbabit kena bersedia menerima teguran dan berani melakukan perubahan selagi matlamat tersebut tidak berjaya dicapai. Tapi, kalau ini semua tidak berlaku, baru ditegur sedikit sudah melenting seolah2 dialah bagus dalam serba-serbi, itu tandanya syok dan perasan sendiri. Boleh jadi, dia juga mewujudkan peraturan dan prosedur itu kerana ada agenda yang tersirat ataupun sengaja mahu meraih populariti.

Aku juga musykil dengan beberapa golongan yang 'lurus bendul' yang kononnya tidak berani mengubah hanya kerana itu atas arahan bos. Bukankah bos itu juga manusia? Kalau kita berjumpa dia dan memberikan sebab kenapa kita mencadangkan sesuatu itu diubah, tentu dia akan menerimanya jika ia relevan. Kalau dia menolak, itu tak mengapa. Sekurang2nya kita dah meluahkan pendapat kita. Tapi kalau kita cuma berdiam diri dan mengikut, erm... entahlah... aku tak nampak di mana letaknya tahap kepuasan kita bekerja. Dalam melakukan sesuatu, kita harus membebaskan diri daripada hanya berada dalam satu skop atau ruang kecil kepada yang lebih luas supaya kita lebih kreatif. Dan bagi orang yang menerima idea, cubalah lihat dengan fikiran yang lebih terbuka. Bukalah luas2 empati diri anda...

Sunday, January 10, 2010

Mana peginya idea? Blurrr...

Aku nak tulih something kat sini. Tapi aku takde idea. Idea aku dah kering kontang. Mungkin sebab aku dah banyak sangat perah kepala otak last week kot. Ataupun mungkin gak aku takde idea sebab kepala otak aku nih dah letih sangat dan berserabut dengan macam2 mender.

Bermula dari Januari nih, keje aku kat opis memang berlambak. Kalau dulu, kol 6 lebih skit jer, sure aku dah blah tinggalkan opis. Tapi sekarang nih kol 7 lebih aku masih lagi tercangak kat opis. Lagi lambat bila aku kena dok check layout dan mengedit kat grafik macam last week. Sangat letih dan sangat stress! Tapi takper la. Yang penting hasil yang dah diprint nanti (yang akan korang tengok nanti) lebih baik daripada 1st edition yang dah kitorang keluarkan bulan Disember tahun lepas.

Erm... Tak sabar nak bercuti. Aku nak balik kampung! Aku nak rehat!! Nak relax puas2... Erm... Tapi leh ker??? :(

Wednesday, January 6, 2010

Gud nite lagi...

Beberapa hari pertama pada Januari 2010 tak ada banyak yang menarik. Cuma yang ketaranya aku makin sibuk. Sangat2 sibuk ngan keje opis yang menimbun. Semalam ngan hari ini aku menghabiskan masa dari pagi sampai petang kat tempat bebudak grafik. Esok pagi lepas meeting jap ngan bos dan bebudak lain, aku akan melepak semula kat tempat grafik. Sambil2 tu melayan mamat dua orang tu bersembang. Ok gak tu... At least kurang skit ketensenan aku mengadap skrin monitor nih hah. Hehehe...

Lately banyak mender yang kena aku pikir dan jugak yang kena aku setelkan. Adess... Poning kepalo den. :( Harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn....

Erm... Dah start ngantok dah mata nih. So, aku gi tido dulu ek. Gud nite semua... :)

Monday, January 4, 2010

:)

Hepi birthday mak... :)

Wednesday, December 30, 2009

Selamat tahun baru :)

Esok last day sebelum tahun baru. So far aku belum ada perancangan lagi. Mak aku suruh aku balik. tapi minggu ketiga bulan Januari nanti aku kena balik gak. Erm... Aku lom decide lagi. Tengok la macam mana. Masih ada masa lagi untuk plan something.

2009 banyak dugaan untuk aku. Tapi takper la. Dugaan memanglah susah untuk kita hadapi. Tapi dugaan itu penting untuk mewarnai kehidupan kita, supaya kita lebih matang, bijak dan pandai menghargai. Malah, ada kalanya pengakhir dugaan itu akan menyebabkan kita lebih tersenyum manis. Sebab kita tahu pengakhirnya adalah suatu yang terbaik untuk kita - hadiah dari Allah SWT. :)

Seperti biasa, aku memang tak rajin mencipta azam. Memang kadang2 azam itu penting sebagai cara untuk kita memotivasikan diri. Tapi kalau azam cuma sekadar hangat2 tahi ayam (macam yang selalu berlaku dulu kat aku), baiklah tak payah. Buat letih jer. Hehehe... Cuma aku kena akur. Banyak pengorbanan yang kena aku buat pada 2010. Dan pada masa yang sama, banyak jugak mender yang aku kena plan secara proper. Tak leh tibai cam aku buat selalu. Apa2 pun aku akan cuba buat yang terbaik...

Kepada kawan2 semua, aku ucapkan selamat tahun baru. Semoga 2010 menjadi tahun yang cukup bermakna dan membahagiakan buat kita semua. Amin...

Tuesday, December 29, 2009

Kenal diri guna fingerprint

Banyak cara nak mengenal diri. Dulu aku pernah belajar guna Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Sebelum tu ada yang ajar aku guna kekuatan tangan. Ada jugak yang cuba2 nak kenal diri melalui macam2 cara seperti yang pernah dibagi tau oleh Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Misalnya tarikh lahir etc. Antara banyak2 cara tu, aku rasa MBTI antara yang paling relevan (nih pendapat aku sendiri) :)

Baru jap tadi, aku jumpa ngan orang2 dari Airborne Discovery Sdn Bhd. Diorang perkenalkan satu lagi kaedah yang (mungkin) lebih praktikal dan (mungkin) boleh dipercayai. (aku letak mungkin sebab aku tak tau sejauh mana ketepatannya). Kaedah yang digunakan ialah fingerprint analysis. Menggunakan satu gadget dan special software, kita hanya perlu scan cap jari semua jari kita. Lepas tu ia akan dianalisis untuk melihat siapa kita - kekuatan, bakat etc. Ia dikatakan bukan ramalan tetapi lebih kepada analisis genetik. Dikatakan jugak, resultnya 80 peratus tepat dan relevan seumur hidup.

Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang tengok la kat website nih. www.airbornediscovery.com. (Aku sendiri pun lom sempat tengok. Hehehe..)

Jalan2 kat negeri orang...

Baru2 ni masa aku pegi ke Singapore, aku betul2 rasa Malaysia lagi best. Memang aku akui kat sana dengan kat sini tak banyak beza (melainkan mata wang mereka yang lagi tinggi dari kita). Bahkan masa kat sana, aku tak rasa pun macam aku berada kat luar negara.

Masa mula2 aku naik MRT (tengah hari) aku rasa Singapore macam sunyi sepi. Tak nampak padat pun. Tapi bila start petang sampailah ke malam, baru aku dapat rasa yang Singapore memang padat. Masa tu kat tepi jalan, shopping complex ngan stesen MRT penuh ngan orang. Kepadatannya memang mengalahkan kita kat sini sampaikan aku rasa naik rimas. Dan mender yang paling aku tak suka ialah cara dia melayan orang kita masa kat imegresen - kasar dan tak bersopan. Malah driver bas yang nak cross dari sana ke sini pun sangat teruk. Orang yang jaga bas tu pun sama gak. Masa aku nak naik bas 950 dari sana ke sini, aku tak dibenarkan naik bas dengan alasan aku salah tempat Q. Dia bukan sahaja tak nak bagi aku naik, tapi dia bercakap dengan cara yang sangat kurang ajar. Lepas tu bila aku dah lepas kat imegresen M'sia, lagi sekali aku tensen bila bas 950 tu tak datang2. Ada sorang aunty (orang S'pore) cakap, bas tu dah dua kali lalu, tapi tak nak berenti bagi dia naik. Hangin tol aku ngan bas tu. Dah la bayar mahal, tak pasal2 aku kena amik bas lain dan beli tiket bas baru. So, kalau korang nak naik bas, jangan naik bas 950!

Kat sana aku banyak menghabiskan masa kat Orchard Road. Situ memang ada banyak shopping complex. Tapi dah tentulah harganya mahal2. Memang tak sesuei orang macam aku nak gi shopping kat situ. Heheh... Masa jalan2 kat situ, aku ada try ais krim dia (jual kat tepi jalan je). Harga untuk satu potong cuma S$1 jer. Saiznya lebih kurang sama besar dengan hp Nokia E72. Tapi tebal. Bahagian depan ngan belakangnya diletakkan dengan biskut nipis. Ada banyak perisa dan memang sedap. Member aku cukup giler ngan aiskrim nih. Dan cam biasa, bila dia beli, sure aku akan cilok sikit. hehehe...

Kat shopping complex area Orchard Road memang susah nak jumpa surau. Rasa2 aku memang takde kot. Jenuh berpusing mencari surau, akhirnya aku semayang kat Masjid al Falah. Masjid tu tak macam masjid biasa. Ia bersambung dengan bangunan lain. Kalau tengok kat luar tanpa baca signboard, mungkin kita tak perasan itu adalah masjid. Lepas tu, aku pegi tempat lain lak. Aku tak tau area mana. Aku main ikut jer member aku bawak. Last sekali sebelum balik member aku bawak gi Jalan Sultan - pekena murtabak. Boleh tahan gak rasanya. Kedai yang aku makan tu betul2 berdepan ngan masjid. Kat jalan Sultan tu banyak kedai kain.

Ada dua perkara lagi yang aku suka pasal S'pore. Esculatornya laju2 belaka. So, kalau korang nak naik ke atau nak turun kena careful. takut terjatuh. :) Lepas tu tiket MRT tu kita boleh jual balik. Satu tiket tu leh dapat S$1. Kira ok la tu kan? Hehehe.. Kat sana pun agak susah nak mencari makanan halal melainkan kalau pegi ke kawasan orang Islam macam Jalan Sultan.

Ok la. Dah panjang dah aku membebel. Lain kali sambung lagi. Adiossss...

Tuesday, December 15, 2009

Sekadar memberi pendapat

Malam beberapa hari lepas, ramai yang datang ke rumah aku di Ipoh. Antaranya termasuklah beberapa orang yang memang berkhidmat dalam bidang agama. Macam biasa, bila berjumpa kami mulalah bersembang2. Dan sudah tentulah ia ada berkaitan dengan agama termasuklah tentang Dr. Asri dan Wahabi.

Sebelum nih pun masa aku menjual majalah aku (tabloid) yang kebetulan ada gambar Dr. Asri, ada public (terutamanya golongan pakcik2) yang tak nak beli. Diorang bukan sahaja sinis, tapi menolak dengan alasan dalam tu ada Dr. Asri yang Wahabi. Menggeleng aku dibuatnya. Alahai... Kenapalah dangkal dan emosionalnya manusia bernama Melayu nih?

Aku bagi tau diorang, Dr. Asri menafikan dia orang Wahabi. Balas mereka pulak, Dr. Asri menafikan sebab dia sendiri tak sedar yang dia dah mengikut Wahabi. Bila diorang jawab macam tu, aku pun terdiam. Maklumlah... Kalau nak dibandingkan dengan diorang, pengetahuan agama aku tak banyak mana pun. Apa aku cakap pun, bukan ada yang nak mendengar sangat.

Sebenarnya kat sini aku bukan nak bercerita pasal Dr. Asri. Dan aku pun bukan penyokong dia. Cuma yang aku nak timbulkan kat sini ialah kenapa kita dengan senangnya membuat satu kesimpulan mudah?

Rata2 kita semua tau, orang Melayu Islam secara turun temurun. Sebab itu banyak perkara tentang agama seperti bab semayang dan puasa yang kita tahu dan lakukan adalah bermula daripada ikut2an. Kalau korang tak percaya, korang boleh lihat secara psikologinya dalam masyarakat kita terutamanya bagi korang yang ada anak atau adik kecik dalam umo antara 3 dengan 5 tahun. Masa korang semayang, masa tu la si kecik tu nak menyebok semayang sekali. Korang tak payah suruh pun, dia sendiri akan nak buat tanpa dia tahu apa tujuan dan falsafah sebenar di sebalik semayang.

Apabila kita lebih kepada Islam turun-temurun dan ikut2an, kita kurang terdorong untuk belajar lebih lanjut tentang agama kita sendiri. Kita juga kurang membuat research menyebabkan apabila ada seorang guru yang kita percaya dan yakin bercakap tentang sesuatu, kita terus menerimanya dengan mudah tanpa berfikir, menilai dan mencari sumber lain. Sebab itu apabila ada pihak lain yang menyatakan sesuatu dengan hujah yang berbeza atau bercanggah dengan tok guru tersebut, kita akan mudah melatah. Dan akhirnya dengan mudah kita melabelkan orang tersebut sesat.

Macam kita, guru agama atau ulama pun orang biasa. Dia tak sempurna dan pengetahuannya bukan menyeluruh. Mungkin dia tahu tentang sesuatu perkara, tetapi tidak beberapa perkara lain. Sebab itu apabila timbul sesuatu isu tentang agama, orang2 berkaitan tidak harus hanya berusaha untuk menegakkan pendapat sendiiri. Tetapi cuba lihat pendapat yang lain dengan cara berbincang dan berdebat. Pada masa yang sama, ia kenalah disertakan dengan hujah2 yang tepat dan bukti yang sahih seperti hadis etc. Bukalah minda agar kita lebih matang, bijak dan berilmu. Tak rugi sebenarnya kita cuba menerima pandangan orang. Yang baik dan betul kita terima. Tapi yang tak betul dan tak baik kita janganlah pula ambil. Bukankah itu lebih baik daripada masing2 bertelagah tak tentu kira macam orang dungu?

Maap kalau aku tersalah tulis ataupun ada yang tersinggung hati. Ini cumalah pendapat peribadi aku - orang yang masih cetek ilmu :)