aku baru jer balik dari umah pakcik aku kat subang. dia buat kenduri kesyukuran plus tahlil. erm... tak tau la naper. bila aku gi sana, aku mesti teringat kat arwah opah aku. terbayang2 jer dia ada kat situ. dulu mulut dia mesti riuh suruh aku ngan cucu2 lain makan.
erm... semoga roh opah dicucuri rahmat hendaknya. begitu jugak arwah tok. aminn...
Saturday, March 29, 2008
Saturday, March 15, 2008
Perak dah bertukar tangan daaa....
pilihan raya dah pun selamat berlalu. tapi tak sangka lak aku bn leh tersungkur tahun nih. perak - negeri aku sendiri jatuh kat alternatif. selangor - tempat aku tinggal pun sama gak. cuma aku rasa perak lebih malang dari selangor kot.
ramai orang kata semua nih berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan tanda protes. itu aku setuju (walaupun pada hakikatnya aku tak balik ngundi bukan disebabkan itu). bagi aku tidak salah kalau kita hendak protes. tapi jangan kerana tindakan kita yang terlalu emosional dan melulu buat kita terlopong kemudian hari. sehari selepas pilihan raya, mak aku bagi tau ipoh lengang. member aku kat ipoh pun cakap yang sama gak. nth betul nth salah,aku pun tak tau. kalau betul, mungkin orang sana dah mula ternganga agaknya sebab perak akan alami era perubahan. mungkin perubahan tu positif. mungkin gak negatif. aku pun tak pasti. cuma apa yang aku faham, sebuah kerajaan yang sudah awal2 lagi nampak goyang seperti kerajaaan campuran (dap, pkr & keadilan) semacam memberikan tanda bahawa ia tidak ubah seperti istana pasir di tepi pantai.
sewaktu bersembang2, ada gak yang menyalahkan orang yang tak mengundi seperti aku. Kononnya orang macam aku ni la punca kejatuhan bn sekali gus menaikkan dap dan sewaktu dengannya. entahlah... tepuk dada tanya selera. tapi bagi aku, lebih baik tidak mengundi dari tersilap mengundi. dan lebih penting lagi, undi aku tu konfem tak jatuh kat tangan dap!

Thursday, February 28, 2008
Air dalam kepala
kelmarin aku gi interiview kat sungei way. budak tu kembar umur 3 tahun lebih. sorang sihat. lagi sorang sakit cerebral palsy plus hidrosefalus. dah dekat setahun budak tu tak bangun2. doktor kata dia tak berapa nak nampak dan tak berapa nak dengar. kepala dia dah beberapa kali kena tebuk sebab nak keluarkan air yang banyak terkumpul kat dalam kepala. lepas tu pulak ada tiub ataupun shunt ditanam kat bawah kulit (bahagian atas daging) dari kepala terus ke saluran kencing. mak dia tunjukkan kat aku kesan2 parut kat kepala dia. ishh... naik ngeri aku nengoknya.
lupa lak aku nak citer. hidrosefalus nih ada gak orang panggil air dalam kepala. dia boleh jadik masa dalam rahim lagi ataupun selepas lahir. kalau selepas lahir, biasanya disebabkan meningitis ataupun jangkitan kuman dalam kepala. budak kembar nih pun kena hidrosefalus sebab meningitis gak la. dia lambat dapat rawatan. simptom paling ketara kalau kena serangan meningitis ialah demam. so, kalau anak2 korang kena demam lama sangat dan tak baik2 walaupun dapat ubat, baiklah korang bawak terus dia gi hospital. jangan biarkan lama sangat. lagi satu budak yang kena hidrosefalus disebabkan meningitis akan selalu kena sawan.
penyakit ni melibatkan kepala dan otak. dan dalam otak pulak ada banyak saraf. jadik, kalau kena penyakit macam nih, iq dia akan terjejas. begitu juga dengan bahagian badan yang lain. tu sebab budak tadi tu leh kena cerebral palsy. aku ingat lagi masa aku kecik lagi dalam tahun 80an, aku selalu gak terbaca pasal budak berkepala besar. masa tu, orang panggil sebagai penyakit misteri. sekarang nih dah susah nak nengok budak berkepala besar sebab teknologi perubatan dan makin canggih.

Alahai kempen...
Adess.. Ngantuknyer mata nih. Tak sangka, makan maggi pun leh ngantuk gak. Ish... dapat tido pun sedap gak nih. Heheh..
Sekarang nih mana2 jer semua orang sibuk berkempen. Tak kira apa2 parti pun. Bercakap bukan main lantang. Tapi kadang2, tak leh pakai pun. Hehehe... Malam semalam ada parti buat ceramah kat area playground flat umah aku. Aku balik umah kol 11 lebih, tapi dia tak abih2 lagi berlepik2. Tensen tol. Dah ler aku baru jer drive balik dari area semenyih. letih tu! sampai2 jer, parking lak takde. Memang aku betul2 hangin. Malam nih tak tau ler camana lak keadaannya. terpaksa la wait and see... :D

Saturday, February 23, 2008
Mengundi ker aku??
siang tadi macam2 mende aku plan nak buat malam nih. tapi bila dah sampai waktu malam, tetiba jer timbul rasa malas. ishhh... susah betul nak buang habit malas nih! :-/
pejam celik, pejam celik... dah nak pilihan raya lagi sekali. rasa cam baru jer lagi aku gi ngundi. heheh... patutnya tahun nih aku ngundi kat sekolah rendah aku dulu - sekolah kebangsaan pengkalan pegoh. tapi aku rasa cam takde mood jer nak balik ngundi. erm... dengan kata yang lagi senang - aku malas nak gi ngundi. mesti korang ngutuk aku. kata aku nih tak responsible.. bla... blaa.... blaaa..... tapi aku tak kisah. lantak la korang nak kata apapun. sebab aku tau. aku gi ngundi atau tak, takde beza pun. bn gerenti menang kat tempat aku. :-D tapi kalau next election aku still berkampung kat shah alam nih, aku ingat nak tukar tempat mengundi. senang sikit sebab dekat dan menjimatkan... korang lak jangan lupa gi ngundi. tapi make sure tak buat undi rosak. nanti sia2 jer korang beratur panjang2.... :)
kelmarin aku gi tengok review teater nyonya kat istana budaya. leh tahan gak citer dan lakonan pelakon2nya. teater tu ambil latar belakang indon. so, bahasa yang dipakai pun bahasa indon. jalan ceritanya cam heavy skit. tapi ada gak lawaknya. kalau korang takde mender nak buat, korang leh la gi tengok. :) anyway, thanks to kak fiza sebab selalu selalu belanja aku tengok teater... i luv u, akak... heheh....
erm.... dah kol 1.30 pagi nih. baik aku buat keje aku sekarang. kang pending lagi keje2 aku yang berlambak tu. anyway... selamat mengundi! adiossss..........

Kau & Aku
Dulu kau dan aku
bagaikan lagu dan irama
menjadi pelengkap
menjadi penaung
sama-sama tenggelam
sama-sama timbul.
Tapi kini
kau jadikan aku
tempat menggalas beban
tempat melampiaskan keperitan
dan bila aku terjatuh
dek beban yang sarat
kau pandang ke lain
persis aku halimunan
yang cuma muncul
di kala kau kesusahan.
Kini ku sedar
betapa pudarnya kasihku
di mata hatimu...
Mon Feb 05, 2007 7:08 pm
Cinta
Cinta itu suci
cinta itu murni
tapi sayang
kadang-kadang ia ternoda
dek telinga yang tuli
dek mata yang buta
dek nafsu yang menyubur
dek iman yang mencetek
sehinggakan ada yang tak segan berkata
cinta itu seks
cinta itu body
sampaikan pencinta hilang harga diri
alahai...
dangkalnya hati.
cinta itu murni
tapi sayang
kadang-kadang ia ternoda
dek telinga yang tuli
dek mata yang buta
dek nafsu yang menyubur
dek iman yang mencetek
sehinggakan ada yang tak segan berkata
cinta itu seks
cinta itu body
sampaikan pencinta hilang harga diri
alahai...
dangkalnya hati.
Mon Jan 29, 2007 8:12 pm
Tuesday, January 22, 2008
si adik yang bijak
Baru jap tadi aku sembang ngan 2 member aku pasal adi putra anak pak ghani tu. bukan main banyak lagi citer dia sejak-menjak nih. mengalahkan artis wooo.... heheh...
Erm... Tujuan aku sentuh pasal adi ngan pak ghani nih bukan aku nak mengumpat diorang. Cuma aku rasa cam ralat sangat ngan bapak dia. Dia begitu obses ngan anak dia. segala2 tentang anaknya hebat. mungkin dia terlupa yang semuanya tu pinjaman jer. sekali tuhan amik kelebihan anak dia, baru la dia terduduk.
bapak dia angkuh sangat. dia banyak kali cakap kat aku yang adi nih low profile. tapi dia sendiri tak macam tu. dan aku tengok adi sekarang nih pun dah ikut jejak langkah dia. aku sian ngan adi. pendidikan yang dia terima tak konsisten. sekejap sekolah kat situ, sekejap sekolah sini. memanjang jer berhenti. alasan yang dibagi - tak sesuai. kononnya adi nih sebuah kereta ferrari yang diubah menjadi kancil. angkuh betul bunyinya...
bagi aku, budak yang tak pandai, kalau mendapat pendidikan yang sesuai, konsisten dan betul cara didiknya, tentu budak tu boleh berjaya. tapi kalau pun budak tu sangat pandai, tapi sekolah pun tunggang langgang (dan mendakwa tahap pendidikan yang diterima tak sesuai), dia tentu takkan ke mana. silap hari bulan, dia boleh jadik tak makin pandai.
sekolah tak sesuai dengan tahap kepandaian adi selalu dijadikan alasan. tapi aku hairan. tak terfikir ke oleh ayahnya yang hidup anaknya tak boleh hanya tau matematik dan agama sahaja? bagaimana dengan subjek sejarah, georgrafi, kemahiran hidup, sains dll? bayangkan kalau suatu hari nanti dia menjadi seorang pakar matematik, tetapi tidak tahu sejarah negara diri sendiri. mesti kelakar. tapi lebih buruk lagi, tak tahu apa2 tentang sejarah negara sendiri akan menyebabkan kecintaan terhadap tanah air tidak ada. kalau ada pun, berapa percent la sangat. ini akan menyebabkan negara lain akan mudah mempengaruhi dia supaya dia memberikan sumbangan kepakarannya kepada negara lain. ini tentu merugikan kita - bukan sahaja negara dan bangsa, tetapi juga orang melayu sendiri.
tak lama lagi adi akan masuk unisel. aku tak tau berapa bulan dia leh bertahan. hairan gak aku. malaysia nih banyak ipta macam um dan ukm. kenapa ipts macam unisel yang offer adi, dan tidak ipta lain? agaknya unisel hendak gunakan idea math adi supaya unisel boleh naik kot. ermm.. cam ada agenda jer.. heheh... macam mana la agaknya kalau adi sambung belajar kat sana. boleh ke dia seimbangkan antara pemikiran kanak2 dia ngan pemikiran remaja dan dewasa. kalau selama nih ayah dia ada kat sebelah, kalau kat unisel dah tentu dia kena berdikari. mampu ker dia hadapi pengaruh student2 kat sana? ishh... kalau tak betul cara, aku rasa leh rosak budak nih.
bagi aku, walau segenius mana pun seorang budak, dia tetap budak2. jadi, layan dia pun kena sama mcam layan budak2. cuma apabila bercakap tentang perkara2 ilmiah dengan dia, tentulah kita tak boleh melayan dia macam bercakap ngan budak2 lain. pengalaman menjadi kanak2 cuma sekali seumur hidup. dan ia bukan sekadar pengalaman, tetapi juga satu proses pembelajaran. jadik bagilah peluang kanak2 walaupun budak genius seperti adi menikmatinya puas2. jangan nanti bila dia dah besar akan timbul rasa bebal dan tertekan dalam diri dia kerana dia tak pernah rasa pengalaman sebenar jadik kanak2 seperti orang lain. bila dia dah besar dan ada ada anak suatu hari nanti, aku tak terkejut kalau adi didik anak dia macam ayah dia didik dia..
ermm... sekadar memberikan pendapat... :)

Monday, January 21, 2008
Alkisah tentang baju
Just want to share an interesting feature from utusan... :)
Tidak berbaju bukan isu
Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN
KETIKA para moralis kita tiba-tiba sibuk bercakap tentang moral penyanyi Faizal Tahir yang membuka baju semasa menyanyi, saya teringat kembali isu Sofea Jane berkemban dalam filem Perempuan, Isteri dan Jalang (1993). Dalam filem arahan U-Wei Haji Saari itu, Sofea berkemban ketika mandi di sungai.
Di luar panggung, banyak yang menjadi ahli moral menganggap filem itu menghina wanita. Salah satunya menonjolkan wanita dalam keadaan berkemban. Tetapi dalam majlis-majlis hiburan sama ada disiarkan di televisyen atau tidak, banyak juga wanita yang berkemban. Cuma mereka tidak berkemban dengan kain batik tetapi dipergayakan secara lebih moden. Ini tidak menjadi isu. Kenapa?
Saya percaya semua ini kerana sesetengah daripada kita tidak melihat secara luas dan menyeluruh. Mereka melihat sesuatu isu pada sesuatu masa saja. Sofea tidak boleh berkemban dengan kain batik tetapi kalau diperbuat daripada kain yang lebih mahal barangkali tidak menjadi isu. Maka mereka ini bukan prihatin fasal moral.
Apa isunya Faizal Tahir menyanyi dengan tidak berbaju? Secara jujur apakah yang para moralis kita bangkitkan? Memang banyak baiknya kita prihatin bab-bab moral seperti ini tetapi jangan memilih sesuatu isu saja. Malah memang tidak elok menyanyi tanpa memakai baju.
Tetapi sejak bila stesen televisyen kita tidak boleh menyiarkan lelaki yang tidak berbaju? Sejak bila persembahan pentas kita melarang lelaki tidak berbaju atau hanya bercawat membuat persembahan? Stesen televisyen kita selalu menyiarkan sukan bina badan dan kita tidak pernah melihat lagi peserta sukan bina badan pakai baju.
Kita juga selalu melihat persembahan kesenian tradisi yang menampilkan penari lelaki hanya bercawat. Penari tarian klasik India juga tidak berbaju. Apabila kita semua senyap sebelum ini bermakna kita telah menerima ini sebagai biasa. Adakah sekiranya Faizal diletakkan di pentas bina badan, dia mesti memakai baju? Kalau kita menerima Faizal tidak berbaju dalam sukan bina badan, isunya bukanlah tidak berbaju.
Isunya ialah persepsi. Kita tidak boleh menjadikan persepsi yang selalu berubah-ubah itu sebagai peraturan segera. Ini bukan tidak adil malah memperlihatkan pengendali dasar tidak ada pendirian yang boleh dihormati. Kita sendiri tidak pasti apakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai satu peraturan yang jelas mengenai ‘lelaki tidak berbaju’ dalam program televisyen?
Jangan mengukur isu daripada kontroversi. Apabila tercetus kontroversi maka isu itu dilihat berasingan daripada perlakuan lain yang tidak menjadi bahan kontroversi. Maka arahan yang dikeluarkan bolehlah dianggap seperti mi segera yang tiba-tiba saja dibuat sebagai reaksi kepada kontroversi. Kalau kita mengakui Faizal tidak berbaju sama seperti peserta bina badan atau penari yang hanya bercawat, tentu kita tidak melayan kontroversi ini.

Thursday, January 17, 2008
Rindu
Aku persis si pungguk
berteleku di dahan kayu
mendendangkan lagu rindu
sambil mata melirik asyik
pada sang rambulan
yang nun jauh meninggi
dan aku terus di sini
meriba malam menadah sinar
agar kejauhan mengakrabkan
antara aku dan si wulan pujaan...
weiii... windu arr kat korang semua. bila nak jumpa ekk??

Wednesday, January 16, 2008
Blurr..
Syoknyer keje dah siap. deadline pun dah abih. Lega betul. Leh ler aku tido lena malam nih. Erm... kalau amik cuti esok pun ok gak nih. Lepak kat umah dan tido... best woo... Tapi kalau dapat massage lagi best. Hehehe...
Ok la ek. Dah tak tau nak tulih apa. Syok sangat keje abih, sampaikan idea nak taip kat sini pun hilang. So... adiosss... :)

Tuesday, January 15, 2008
Antara aku dan dia
Tetiba jer tadi aku terjumpa nih. so, aku copy paste jer la kat sini ek..
psttt sally... nih spesel utk ko... hehehe....
Kisah ini perihal aku dan dia
tentang dua jiwa yang disatukan
oleh ego yang bercantum
membentuk keikhlasan kasih
kemudian terlerai dek bahang perbezaan
kerana sudah takdirnya
dia lelaki dan aku perempuan...
Persis fitrah berzaman
perbezaan itu cuma layak diijabkabulkan
dan bukan untuk dikongsi
lantaran jelik mata memandang
ekoran kotor fikiran bertandang
dia lelaki dan aku perempuan
pasrah meletak nokhtah
sedangkan ada naluri memberontak
namun harus akur dalam bantah
lantaran sedar takdirnya

Monday, January 7, 2008
Jantung di kanan dada
Sajer nak share cerita sebelum aku gi masuk tido jap lagi...
Petang semalam aku gi area Petaling Utama. Gi ziarah sorang baby nih. Umur dia baru lapan bulan. Tapi berat dia tak sampai pun 3 kg. Kecik jer... Sedih aku nengok dia. Sebelum aku gi sana, memang aku dah tau yang dia ada prob jantung yang kronik. Tapi rupa2nya prob dia bukan takat tu jer.
Normally, jantung terletak kat sebelah kiri dada. Tapi jantung budak nih terbalik sebab dia punyer kat belah kanan. Lepas tu pulak, jantung dia tak berapa nak lengkap menyebabkan darah bercampur. Paru2 dia pun prob gak. So, selepas beberapa bulan dok ICU, doktor lepaskan dia balik umah. Doktor kata baby nih dah takde harapan. Anytime jer boleh meninggal. Dia tak boleh menyusu cam biasa sebab jantung dia tak kuat. Jadik, bila nak bagi susu jer kena guna tiub. Dia tak boleh makan. Cuma amik susu jer. Tu pasal badan dia kecik.
Tak cukup dengan 2 prob tu, doktor sahkan ada saraf kat otak dia yang pecah. Jadik, ada pendarahan kat otaknya. Bila berlaku pendarahan, dia pun kena gak sawan. Aku nampak gak dia kena sawan masa aku pegi jenguk dia. Sian dia.
Aku cukup ngeri bila tengok dia nangis. Habis biru muka dia. Mak ngan nenek dia nampak cam relaks jer. Agaknya sebab dah lali kot. Tapi dalam hati sure diorang pun risau.
Erm... Ngantuk arr... Nak gi tido dulu.
Adiosss... :-)

Saturday, January 5, 2008
2008... welcome to uuuu....:D
Pejam celik, pejam celik... Sekarang dah pun masuk tahun 2008. Cepat tol aku rasa.
Walaupun tahun dah bertukar, tapi kehidupan aku still camtu gak. Bujang tetap bujang. Sengkek pun tetap sengkek. Memanjang jer gitu. entah bila nak berubah, aku pun tak tau.
Banyak mende yang berlaku sepanjang 2007 nih. Aku hilang kawan. Dan pada masa yang sama aku dapat kawan. Tapi lebih menyedihkan, tahun nih jugak (25 Disember) aku hilang sorang opah. Hubungan aku ngan opah tak serapat mana. Tapi frankly speaking, aku sedih sangat bila dia takde lebih2 lagi masa aku tengok muka dia ditutup dengan kain kapan. Tak sangka betul time tu aku leh ternangis. Aku ingat lagi masa jenazahnya masih kat dalam rumah. Aku tengok dadanya cam berombak jer. Sebijik cam orang tengah tido. Ish... Tiba2 jer aku teringat kat arwah tok dulu... adess... sadis lak rasanya. iskk... iskkk....
Tahun nih banyak mende yang aku plan kat kepala otak aku nih. nth menjadik, nth tak.... aku pun tak tau. Tapi harap2 menjadik la... Eh... Ehhh..... Leh masuk dalam list azam tahun baru ke tuh? Hehehe...
Sebelum aku lupa... Nih aku nak bagi tau. Aku dah tak pakai number 019 hari tuh. So, saper2 yang nak contact aku tu, call jer 012 aku - still lagi number yang sama ngan lima tahun dulu. :-)

Wednesday, October 31, 2007
Simposium si penulis
Sehari suntuk aku tolong kakak aku kemas dan bersihkan umah dia. Naik letih badan aku. Kalau ikutkan hati aku nih, memang la aku malas. Tapi kalau aku tak tolong, saper lagi yang nak tolong dia? Mujurlah umah yang dia pindah tak jauh dari umah lama dia. Kalau tak, jenuh jugak nak angkat barang.
Aku sebenarnya baru jer balik dari Kuantan beberapa hari lepas. Kat Pahang ada sambutan Hari Sastera. Kebetulan pulak DBP ada buat Simposium Penulis Pelbagai Kaum sempena hari tersebut. So, diorang invite aku pegi sana. Memandangkan semuanya under sponsor, aku pun pergila menyemakkan diri aku kat sana. Bos aku tak kasi cuti. So, aku pegi atas urusan keje. Dia suruh aku buat story pasal event tu. Aku bertolak ke sana Jumaat pagi. Stay kat Hotel Seri Malaysia Kuantan. Malam tu ada upacara perasmian Hari Sastera merangkap makan2 kat Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Dia kasi kitorang makanan kampung. Boleh tahan gak la rasanya. Tapi yang aku tak tahan sangat bila ada sorang pakcik nih bagi speech panjang lebar. Tak pasal2 event habih dekat kol 12. Lupa lak nak citer. Malam tu MB Pahang, Dato' Sri Haji Adnan Haji Yaakob nyanyi berduet dengan penyanyi dari Majlis Daerah Kuantan. Dua lagu lak tu. Ish... Masa tu baru la aku tau yang MB sorang nih suka menyanyi. Heheh...
Ramai penulis datang masa simposium tu. Naik segan lak aku. Maklumlah... Saperla aku kalau nak compare ngan diorang. Masa event tu aku dapat la tengok muka Datuk Kemala. Lagi best aku dapat amik gambar ngan Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said ngan wife dia dan jugak Faisal Tehrani. Selama tiga hari kat sana, aku dapatlah jalan2 kaki kat pekan Kuantan. Lenguh gak kaki aku menapak dari hotel ke pekan. Aku tak pegi shopping kat sana sebab gaji tak masuk lagi da masa tu. Tapi yang aku tau, harga makanan kat sana mahal. Nasi goreng kampung ngan nasi goreng ikan masin pun sampai RM4.50.
Sampai jer kat KL petang Ahad tu, aku gi ngan ery tengok ragbi lak kat Kelana Jaya. Aku tak tau apa2pun pasal ragbi. So, aku pun tengok la game tu dalam keadaan blur. Banyak gak mat salleh dan negro yang datang kat stadium. Masa game, aku tengok bersepah2 cawan plastik beer kat atas ngan tepi bangku. Pelik tol la diorang nih. Kalau dah minum, tak reti2 ker nak buang dalam tong sampah? Erm... Tapi yang paling aku hangin bila ramai betul yang merokok kat keliling aku. Tak pasal2 aku susah nak bernafas kejap.
Ok la. Dah ngantuk nih. Tido dulu. Gud nite....

Sunday, October 21, 2007
Al fatihah buat ida
Aku baru jer balik dari Ipoh. Jalan tak jem sangat. Agaknya sebab dah ramai yang balik kot. Raya nih aku tak gi mana-mana. Lepas sembahyang sunat raya, aku balik umah tok ngan nenek aku. Malam baru balik sini. Hari-hari lain aku lebih banyak lepak kat dapur umah aku.
Dalam seronok beraya nih, aku sedih gak sebab kakak aku tak balik raya. Lebih menyedihkan aku bila sorang kawan aku meninggal semalam. Aku tak rapat sangat ngan dia. Tapi terasa la jugak sebab aku baru jer jumpa ngan dia. Kitorang sempat borak-borak sebelum aku balik raya. Terkejut gak aku bila dapat tau dia dah takde. Sebab selama aku kenal dia, aku tengok dia sihat jer. Takde pun gaya cam orang sakit. Apa-apa pun aku doakan semoga roh Ida dicucuri rahmat oleh Allah serta ditempatkan di kalangan orang beriman. Aminn... ALFATIHAH..

Sunday, October 7, 2007
kad raya spesel :D
Tahun nih aku tak beli kad raya. Kad raya opis pun tak abih tulih lagi. Jadik, aku kasi yang aku buat sendiri la ek.. heheh...
Kepada semua member2... Aku ucapkan selamat hari raya. Terlebih terkurang aku mintak maap dan halalkan la apa yang patut. Nanti meh la datang ke rumah ek. Insya allah aku cuti seminggu :)
erm.. nih nak bagi pesan kat kak rusni... Jangan ngada2 nak raya sorang2! Nak tak nak, kena gak ikut balik raya kat ipoh... hehehe..

Sale!!!!
Sekarang nih JJ buat sales. Naik rambang biji mata aku menengokkan harganya semalam. Lebih-lebih lagi bila tengok harga jeans ngan baju. Rasa macam nak beli jer. Tapi bila pikirkan duit yang tak berapa nak cukup dalam poket nih, tak jadik aku nak beli. Hehe...
Adik aku cakap hari tu nak beli something untuk mak ngan bapak aku. so, aku ingat jap-jap lagi nak ajak dia pegi JJ kat Mid Valley. Sambil-sambil tu leh gak aku cuci mata lagi sekali.
Erm... Raya lagi seminggu jer. Naper aku cam takde feel nak raya jer nih ek.. konpius nih!

Wednesday, October 3, 2007
Sedihnyer pose...
Hari ni dah masuk hari ke 21 berpuasa. Tapi belum pernah lagi aku berbuka dan bersahur dengan mak ayah aku. Rindu gak nak makan masakan mak. Tapi setiap minggu ada jer benda nak kena settle kat sini. Kakak aku pulak hampir tiap-tiap minggu balik buka puasa dengan mak. Alahai... jelesnya aku!
Erm... Esok kena kerja. Malasnya.. :(
Erm... Esok kena kerja. Malasnya.. :(
Subscribe to:
Posts (Atom)