Pages

Thursday, February 28, 2008

Air dalam kepala

kelmarin aku gi interiview kat sungei way. budak tu kembar umur 3 tahun lebih. sorang sihat. lagi sorang sakit cerebral palsy plus hidrosefalus. dah dekat setahun budak tu tak bangun2. doktor kata dia tak berapa nak nampak dan tak berapa nak dengar. kepala dia dah beberapa kali kena tebuk sebab nak keluarkan air yang banyak terkumpul kat dalam kepala. lepas tu pulak ada tiub ataupun shunt ditanam kat bawah kulit (bahagian atas daging) dari kepala terus ke saluran kencing. mak dia tunjukkan kat aku kesan2 parut kat kepala dia. ishh... naik ngeri aku nengoknya.

lupa lak aku nak citer. hidrosefalus nih ada gak orang panggil air dalam kepala. dia boleh jadik masa dalam rahim lagi ataupun selepas lahir. kalau selepas lahir, biasanya disebabkan meningitis ataupun jangkitan kuman dalam kepala. budak kembar nih pun kena hidrosefalus sebab meningitis gak la. dia lambat dapat rawatan. simptom paling ketara kalau kena serangan meningitis ialah demam. so, kalau anak2 korang kena demam lama sangat dan tak baik2 walaupun dapat ubat, baiklah korang bawak terus dia gi hospital. jangan biarkan lama sangat. lagi satu budak yang kena hidrosefalus disebabkan meningitis akan selalu kena sawan.

penyakit ni melibatkan kepala dan otak. dan dalam otak pulak ada banyak saraf. jadik, kalau kena penyakit macam nih, iq dia akan terjejas. begitu juga dengan bahagian badan yang lain. tu sebab budak tadi tu leh kena cerebral palsy. aku ingat lagi masa aku kecik lagi dalam tahun 80an, aku selalu gak terbaca pasal budak berkepala besar. masa tu, orang panggil sebagai penyakit misteri. sekarang nih dah susah nak nengok budak berkepala besar sebab teknologi perubatan dan makin canggih.

No comments: