Pages

Monday, January 7, 2008

Jantung di kanan dada

Sajer nak share cerita sebelum aku gi masuk tido jap lagi...

Petang semalam aku gi area Petaling Utama. Gi ziarah sorang baby nih. Umur dia baru lapan bulan. Tapi berat dia tak sampai pun 3 kg. Kecik jer... Sedih aku nengok dia. Sebelum aku gi sana, memang aku dah tau yang dia ada prob jantung yang kronik. Tapi rupa2nya prob dia bukan takat tu jer.

Normally, jantung terletak kat sebelah kiri dada. Tapi jantung budak nih terbalik sebab dia punyer kat belah kanan. Lepas tu pulak, jantung dia tak berapa nak lengkap menyebabkan darah bercampur. Paru2 dia pun prob gak. So, selepas beberapa bulan dok ICU, doktor lepaskan dia balik umah. Doktor kata baby nih dah takde harapan. Anytime jer boleh meninggal. Dia tak boleh menyusu cam biasa sebab jantung dia tak kuat. Jadik, bila nak bagi susu jer kena guna tiub. Dia tak boleh makan. Cuma amik susu jer. Tu pasal badan dia kecik.

Tak cukup dengan 2 prob tu, doktor sahkan ada saraf kat otak dia yang pecah. Jadik, ada pendarahan kat otaknya. Bila berlaku pendarahan, dia pun kena gak sawan. Aku nampak gak dia kena sawan masa aku pegi jenguk dia. Sian dia.

Aku cukup ngeri bila tengok dia nangis. Habis biru muka dia. Mak ngan nenek dia nampak cam relaks jer. Agaknya sebab dah lali kot. Tapi dalam hati sure diorang pun risau.

Erm... Ngantuk arr... Nak gi tido dulu.

Adiosss... :-)

No comments: