Pages

Saturday, March 15, 2008

Perak dah bertukar tangan daaa....

pilihan raya dah pun selamat berlalu. tapi tak sangka lak aku bn leh tersungkur tahun nih. perak - negeri aku sendiri jatuh kat alternatif. selangor - tempat aku tinggal pun sama gak. cuma aku rasa perak lebih malang dari selangor kot.

ramai orang kata semua nih berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan tanda protes. itu aku setuju (walaupun pada hakikatnya aku tak balik ngundi bukan disebabkan itu). bagi aku tidak salah kalau kita hendak protes. tapi jangan kerana tindakan kita yang terlalu emosional dan melulu buat kita terlopong kemudian hari. sehari selepas pilihan raya, mak aku bagi tau ipoh lengang. member aku kat ipoh pun cakap yang sama gak. nth betul nth salah,aku pun tak tau. kalau betul, mungkin orang sana dah mula ternganga agaknya sebab perak akan alami era perubahan. mungkin perubahan tu positif. mungkin gak negatif. aku pun tak pasti. cuma apa yang aku faham, sebuah kerajaan yang sudah awal2 lagi nampak goyang seperti kerajaaan campuran (dap, pkr & keadilan) semacam memberikan tanda bahawa ia tidak ubah seperti istana pasir di tepi pantai.

sewaktu bersembang2, ada gak yang menyalahkan orang yang tak mengundi seperti aku. Kononnya orang macam aku ni la punca kejatuhan bn sekali gus menaikkan dap dan sewaktu dengannya. entahlah... tepuk dada tanya selera. tapi bagi aku, lebih baik tidak mengundi dari tersilap mengundi. dan lebih penting lagi, undi aku tu konfem tak jatuh kat tangan dap!

No comments: