Baru jap tadi aku sembang ngan 2 member aku pasal adi putra anak pak ghani tu. bukan main banyak lagi citer dia sejak-menjak nih. mengalahkan artis wooo.... heheh...
Erm... Tujuan aku sentuh pasal adi ngan pak ghani nih bukan aku nak mengumpat diorang. Cuma aku rasa cam ralat sangat ngan bapak dia. Dia begitu obses ngan anak dia. segala2 tentang anaknya hebat. mungkin dia terlupa yang semuanya tu pinjaman jer. sekali tuhan amik kelebihan anak dia, baru la dia terduduk.
bapak dia angkuh sangat. dia banyak kali cakap kat aku yang adi nih low profile. tapi dia sendiri tak macam tu. dan aku tengok adi sekarang nih pun dah ikut jejak langkah dia. aku sian ngan adi. pendidikan yang dia terima tak konsisten. sekejap sekolah kat situ, sekejap sekolah sini. memanjang jer berhenti. alasan yang dibagi - tak sesuai. kononnya adi nih sebuah kereta ferrari yang diubah menjadi kancil. angkuh betul bunyinya...
bagi aku, budak yang tak pandai, kalau mendapat pendidikan yang sesuai, konsisten dan betul cara didiknya, tentu budak tu boleh berjaya. tapi kalau pun budak tu sangat pandai, tapi sekolah pun tunggang langgang (dan mendakwa tahap pendidikan yang diterima tak sesuai), dia tentu takkan ke mana. silap hari bulan, dia boleh jadik tak makin pandai.
sekolah tak sesuai dengan tahap kepandaian adi selalu dijadikan alasan. tapi aku hairan. tak terfikir ke oleh ayahnya yang hidup anaknya tak boleh hanya tau matematik dan agama sahaja? bagaimana dengan subjek sejarah, georgrafi, kemahiran hidup, sains dll? bayangkan kalau suatu hari nanti dia menjadi seorang pakar matematik, tetapi tidak tahu sejarah negara diri sendiri. mesti kelakar. tapi lebih buruk lagi, tak tahu apa2 tentang sejarah negara sendiri akan menyebabkan kecintaan terhadap tanah air tidak ada. kalau ada pun, berapa percent la sangat. ini akan menyebabkan negara lain akan mudah mempengaruhi dia supaya dia memberikan sumbangan kepakarannya kepada negara lain. ini tentu merugikan kita - bukan sahaja negara dan bangsa, tetapi juga orang melayu sendiri.
tak lama lagi adi akan masuk unisel. aku tak tau berapa bulan dia leh bertahan. hairan gak aku. malaysia nih banyak ipta macam um dan ukm. kenapa ipts macam unisel yang offer adi, dan tidak ipta lain? agaknya unisel hendak gunakan idea math adi supaya unisel boleh naik kot. ermm.. cam ada agenda jer.. heheh... macam mana la agaknya kalau adi sambung belajar kat sana. boleh ke dia seimbangkan antara pemikiran kanak2 dia ngan pemikiran remaja dan dewasa. kalau selama nih ayah dia ada kat sebelah, kalau kat unisel dah tentu dia kena berdikari. mampu ker dia hadapi pengaruh student2 kat sana? ishh... kalau tak betul cara, aku rasa leh rosak budak nih.
bagi aku, walau segenius mana pun seorang budak, dia tetap budak2. jadi, layan dia pun kena sama mcam layan budak2. cuma apabila bercakap tentang perkara2 ilmiah dengan dia, tentulah kita tak boleh melayan dia macam bercakap ngan budak2 lain. pengalaman menjadi kanak2 cuma sekali seumur hidup. dan ia bukan sekadar pengalaman, tetapi juga satu proses pembelajaran. jadik bagilah peluang kanak2 walaupun budak genius seperti adi menikmatinya puas2. jangan nanti bila dia dah besar akan timbul rasa bebal dan tertekan dalam diri dia kerana dia tak pernah rasa pengalaman sebenar jadik kanak2 seperti orang lain. bila dia dah besar dan ada ada anak suatu hari nanti, aku tak terkejut kalau adi didik anak dia macam ayah dia didik dia..
ermm... sekadar memberikan pendapat... :)
No comments:
Post a Comment