Tetiba jer tadi aku terjumpa nih. so, aku copy paste jer la kat sini ek..
psttt sally... nih spesel utk ko... hehehe....
Kisah ini perihal aku dan dia
tentang dua jiwa yang disatukan
oleh ego yang bercantum
membentuk keikhlasan kasih
kemudian terlerai dek bahang perbezaan
kerana sudah takdirnya
dia lelaki dan aku perempuan...
Persis fitrah berzaman
perbezaan itu cuma layak diijabkabulkan
dan bukan untuk dikongsi
lantaran jelik mata memandang
ekoran kotor fikiran bertandang
dia lelaki dan aku perempuan
pasrah meletak nokhtah
sedangkan ada naluri memberontak
namun harus akur dalam bantah
lantaran sedar takdirnya
dia lelaki dan aku perempuan...
No comments:
Post a Comment