Pages

Thursday, March 8, 2012

Tolong jangan banyak komplen, leh?

Sepanjang aku jadik wartawan mahupun dalam pekerjaan sekarang, bagi aku kualiti karya amat penting. Sebab ia akan bawak nama kita sebagai penulis mahupun editor selama2nya selagi tulisan tu tak hilang atau terpadam daripada artikel atau buku yang dicetak. Tapi walaupun aku cakap macam tu, tak bermakna aku hendak bagi tau semua orang yang apa yang aku hasilkan selama nih amat berkualiti. Betul, tak semua karya aku  begitu berkualiti. Tapi aku cuba untuk memastikan ia berkualiti. Bagi aku itu lebih baik daripada menghasilkan sesuatu karya sambil lewa. Biar lambat siap. Jangan bila cepat siap, tapi hasil macam hampeh!
Bila nak menjadik seorang pengkarya yang baik dan hebat, jangan sombong dan jangan angkuh. Mungkin kita sudah berpengalaman bertahun2 sebagai penulis, mungkin kita pernah menjadi seorang guru atau pensyarah bahasa bertahun2 sebelum nih... tapi semuanya tu tak guna kalau kita dah set kat kepala yang kita nih terlalu hebat. Kononnya takde saper yang layak menegur atau merejek karya kita, apalagi  si penegur atau perejek itu adalah ‘budak-budak’. Kalaulah kita nih masuk kategori orang yang cenggitu, sedarlah yang kita sebenarnya sangat bodoh, tak cerdik, tak profesional dan ego yang sangat tak bertempat. Kalaulah kita di kalangan orang yang macam tu, tak yah la cuba2 nak hasilkan karya lagi, sebab karya tu nanti tak mustahil boleh jadi serupa sampah.
Dalam hidup nih, proses belajar sentiasa berterusan. Tak kisah la apa pun position kita, takat mana level pendidikan kita dan berapapun umur kita. Jadik bagi orang yang nak hasilkan karya, cubalah buat betul2. Bila manuskrip tu  dikomen editor, janganlah banyak sangat komplen dan argument. Nanti tak pasal2 menampakkan kebodohan dan ketidakmatangan kita. Setiap komen tu mesti bersandarkan sebab tertentu. Bukannya editor sesuka hati nak mengomen. Orang yang tulis karya pun kena ingat, kalau karya yang dihasilkan itu bagus, berkualiti dan direprint banyak kali, yang kayanya korang juga. Editor cuma dapat gaji yang sama tiap bulan.
Apa2pun... maap kalau terlebih kata..



Wednesday, February 29, 2012

Apa2 jer...

Setelah agak lama, hari nih aku dengar balik ada orang cakap kat aku, “Ko pelik.” Aku pun tanya la, “Apa yang peliknya?” Dia pun jawablah ala-ala serba salah. Takut aku tersentap kot. “Nth... Tak tau nak explain. Tapi bukan la pelik cam alien. Ko jangan salah anggap lak,” katanya lagi buat aku terus tergelak.  Aku pun dengan selamba cakap la ngan dia, “Kalau tak reti nak cakap, cer tulih.” Hahahaha... Jahat tol aku nih :P
Aku sebenarnya tak kisah pun apa orang nak kata. Katalah apa yang korang nak kata. Yang penting aku bahagia. Hehehe...
Lagipun pelik tu menjadi aku nih unik kan, kann, kannn??? Hahahaha.... i likee!!

Wednesday, February 15, 2012

Free trip

Aku ada banyak keje nak buat. Tapi takper la. Kasi aku rehat kejap setelah berhempas pulas menyiapkan story untuk kawan aku. Bukan mengelat ek. Tapi tarik nafas.. hehehe...
Kejap tadi anak bos datang kat area meja aku. Aku dengar dio dok borak2 ngan staff lain pasal trip ke Bali yang opis nak sponsor. Aku diam jer. Mana idaknya, walaupun aku dah dekat 10 tahun bekerja ngan company nih, tapi aku tetap dikatakan tidak layak untuk join trip tu sebabnya aku dengan anak syarikat nih baru beberapa bulan. So, mendiamkan diri adalah lebih baik. Idak ler aku jeles. Cuma takde sebab aku nak komen apa2  ngan diorang. Baguslah untuk diorang. Lagipun aku bukannya tak pernah gi Bali.
So, masa diorang syok2 bersembang, adalah sorang nih tegur aku. Dia tanya aku pegi tak? Aku sajer buat terpinga2 macam aku tak tau apa yang diorang sembang. Hahhaa.... berlakon kejap. :D Lepas tu anak bos cakap kat orang tu yang aku tak boleh pegi sebab tak layak. Tapi lepas tu dia tukar balik ayat. Dia kata aku boleh pegi, tapi kena sponsor sendiri – RM1500. Hahaha... Thanks but no thanks. Daripada aku kluar duit banyak tu semata2 nak pegi tempat yang aku dah pegi, baiklah aku kluar duit banyak tu gi negara lain. Err... tapi kat mana ek? Erm... takper. Lain kali leh pikir. Hehehe..

Friday, February 3, 2012

Citer pasal landlord ngan tenant..

Macam2 manusia nih. Kalau bab duit, akal panjang jer nak menipu. Kadang2 aku rasa cam kesian jer ngan orang2 yang menyewakan umah kat manusia yang ‘hampeh’ nih. Salah seorang mangsanya adalah kakak aku sendiri.
Tadi aku dengar fly FM. Ada sorang pompuan nih mintak tolong mamat DJ nih talipon tenant sebab tenant tu dah tak bayar tiga bulan, langsung tak jawab call. Kalau jawab call pun, bagi macam2 alasan supaya dia  boleh letak talipon. So, bila mamat DJ nih call, si tenant pun jawab la sebab tak sangka yang dia kena bercakap ngan owner. So, owner ngan tenant bertengkar kat stesen radio. Cam kelakar lak. Hehehe...
Berbalik kepada owner ngan tenant tu tadi, tenant tu bagi macam2 alasan. Mula2 dia kata dia dah gunakan monthly rental tu untuk repair kerosakan toilet kat dalam umah. Lepas tu bila owner ngan DJ tanya ada bukti tak macam resit ke gambar ke... dia kata takde. Lepas tu bila owner pertikaikan takkan repair semua tu kosnya RM3ribu. Si tenant kata ye. Cam mengarut jer. Lepas tu DJ katalah, apa2 pun yang bersalah ialah tenant sebab dia tak bayar dan dia takde bukti apa2 nak support dia. Last2 si tenant kata, dia takkan bayar rental tu sampai tuan umah betulkan kerosakan kat toilet. Hahaha... Nampak sangat dia memang mengelat. Dia tak repair apa2 pun dan pada masa yang sama tak bayar sewa.
Pening... peninggg....

Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah... :)

Alhamdulillah... Akhirnya Tuhan makbulkan juga permintaan aku. Syukur sangat2. :)
So, start bulan 3, insya Allah kehidupan aku akan berubah. Tak tau la camana agaknya aku nanti. Tapi konpem aku akan bz memanjang. Tak dapek la aku nak melepak2, bersenang-lenang ataupun membuang masa macam sekarang. Tapi takper... Semoga pengorbanan aku kali ini akan membuahkan hasil. Dan semoga aku dapat upgrade kehidupan aku supaya menjadi lebih baik kelak. Aminnn...

Tiba2 jer rindu ngan itm... Heheh...

Thursday, January 26, 2012

Sorii... aku dah rejek! heheh...

Lama dah aku tak taip kat sini. Hahaha... Malasnya akuuu... :)

La ni aku tengah pening kepala membaca a few manuskrip nih. Geram dan rasa nak marah pun ada. Orang2 yang tulih cerita nih, tau menaip dan buat ayat. Tapi naper la tak reti nak buat citer tu berdasarkan logik akal? Kan ker Tuhan dah kasi akal. Jadik, tiap kali nak buat citer tu, gunalah akal yang Tuhan bagi tu. Takkan la nak mengharapkan editor buku tolong pikirkan pasal logik ke tak citer yang dibuat. Ermm.. Kalau bab langgar tatabahasa, aku leh terima lagi. Tapi kalau bab citer tak logik dan caca marba... mintak maap la. Memang nak kena rejek jer ngan aku. Nih pun aku baru jer rejek satu citer mengarut. Erm... Cam kejam lak aku nih ekkk.. Hehehe...

Kepada saper2 yang nak buat manuskrip novel ke dan seumpamanya... baguslah. Aku sokong jer. Tapi hasilkanlah karya yang bermutu ek. Jangan hasilkan 'sampah'. :)

Tuesday, January 3, 2012

Tahun baru sudaa...

Tiga hari melepasi tahun baru. :)

Hari nih aku betol2 bz - terkejar2 ngan deadline. Dah lama giler aku tak rasa suasana macam nih. Tapi elok la tu. Sekurang2nya bergerak la jugak minda dan badan aku nih. Idak ler statik jer. Hehehe... Pagi tadi aku dah submit satu advertorial. Petang nih lak aku kena submit satu lagi story. Insya Allah aku leh buat punyer. Cam tak biasa jer kan... Hahaha... Poyo tol aku nih! :P

Esok aku kena plan untuk interview orang lain lak. Dah janji ngan editor sorang nih nak kasi lagi dua advertorial tengah bulan nih. Tiba2 jer aku rasa macam dah jadik wartawan balik. Hehehe... Tapi banyak lagi mender lain aku nak kena setelkan. Manuskrip lom setel edit lagi nih. Projek wacana nih pun kena kasi jalan gak. Adesss.. Januari nih betul2 banyak keje. Tapi tak per. Bila banyak keje, barulah lebih berkat gaji aku tiap2 bulan ek tak? :D

Okeh la. Perut dah lapar. Nak gi tapau jap. Adios dan selamat tahun baru!
:)

Wednesday, December 28, 2011

Dah nak datang dah... :)

Tinggal tiga hari jer lagi nak masuk tahun baru. Cepat tol ek. Hehehe... Apa2 pun macam biasa la... Aku takde azam. Aku cuma ada plan jer. Tu pun tak tau lagi menjadi ke idak. Harap2 la menjadik dengan jayanya. Dan kalau menjadik, sedikit sebanyak hidup aku akan berubah. Tak tau la berubah camana. Wait and see jer la. Hehehe...

Kali ni takde conclusion yang aku nak buat untuk tahun 2011. Bagi aku, yang lepas biarla lepas. Bak kata orang2 Melayu – barang yang lama jangan dikenang. Jadik, jom la kita kenangkan barang yang baru ek. :)

Harapan aku di penghujung tahun ni... Moga2 kita semua akan bergembira dan berbahagia selalu hendaknya. Hepi dan senyum2 slalu. Pikir2 yang baik2 belaka. Tak mau dah pikir negatif. Buat sakit kepala jer. Hahaha...

Akhir kata – adios! :)


Thursday, December 22, 2011

Sakit

Lately nih aku memanjang jer tak berapa sihat. Minggu sudah aku kena sakit mata. Mujur tak teruk mana. Lepas tu pulak aku aku kena selsema. Boleh tahan gak la teruknya. Kemudian bila macam dah ok skit, aku rasa cam badan tak berapa nak stabil. Gi klinik, tapi doktor kata takde apa2. La ni aku rasa macam nak demam. Selsema datang balik. Tekak sakit. Asyik batuk jer.

Agaknya ni semua petanda supaya aku sedar diri kot. Betapa kerdilnya aku di sisi Tuhan....

Thursday, December 8, 2011

Malas!

"Asyik2 malas!" Tu yang orang selalu cakap ngan aku sebab aku suka sangat sebut perkataan tu. Hahaha... tak tau la naper. Tapi memang betul. Aku memang suka sangat sebut MALAS. Perkataan tu cam best jer. Hehehe...

Tapi walaupun aku suka menyebutnya, idak ler aku malas setiap masa. Kata orang, nak malas pun berpada2 gak la. Cam kat opis nih... kalaupun aku cakap malas nak buat keje,  aku still gak buat. Sebab tu kan ker dah amanah yang mesti aku setelkan. Nanti kalau tak siap, aku gak yang susah. Tol tak? Cuma kalau dah tahap boring atau blur, kenalah buat mender lain jap. Untuk refreshment gitu... :D

Tapi aku tetap gak setuju kalau orang kata bila kita asyik dok menyebut perkataan MALAS akan menyebabkan kita betul2 malas. Sebab tu pun selalu gak berlaku kat aku. Apa2pun yang penting aku hepi. Yup, I'm hepi now! Hehehe...

Tuesday, December 6, 2011

Eksiden Ngan Budak

Semalam masa drive kat area Shah Alam, aku dah terlanggar sorang budak sekolah nih. Hangin tol aku ngan dia. Tak pasal2 bercalar dah keta aku. Mujur tak kemek. Kalau dia ikut undang2 jalan raya, insya allah aku tak melanggar dia dan keta aku pun takde la tercalar macam tu sekali. Sempat la aku marahkan budak tu tepi jalan. Aku cakap kat dia, kalau tak sayang nyawa, buat ler lagi macam tu. Bila aku tanya dia camana nak buat nih, dia senang jer cakap, "Saya repair motor saya, akak repair la keta akak. Keta akak calar skit. Motor saya teruk." Betul2 bikin aku meradang. Rasa cam nak kasi pelempang jer.

Kepada adik2 sekalian terutamanya yang baru dapat lesen P tu, sila ikut peraturan jalan raya. Kalau tak nak ikut, tak yah pakai transport. Jalan kaki jer lagi bagus! Macam aku dolu2. Senang, tak menyusahkan orang.

Saturday, December 3, 2011

Masej Untuk Kawan :)

Kawan,

Hakikat kadang2 memang menyakitkan. Tapi itulah kehidupan. Apa saja yang berlaku, kita kena terima dengan redha. Sesakit dan sesukar mana pun ia, kita kena telan. Tapi usahlah bersedih. Sebab percayalah cakap aku, dalam apa jua keadaan pun, ko tak akan bersendirian kerana Allah sentiasa ada di samping ko. Dia maha mendengar, maha pengasih, maha penyayang dan maha mengetahui. Jadi, mengadulah kepada Dia. Sebab dia saja yang boleh bantu ko, bukan aku atau sesiapa pun. Hanya Dia.

Dan simpanlah aib orang tu baik2. Sebab kalau kita bukak aib orang, suatu masa nanti Allah juga akan bukak aib kita. Banyakkan bersabar dan bertenang. Jadiklah orang yang positif agar ko akan nampak lebih banyak jalan di hadapan nanti.

Aku sentiasa doakan ko hepi dan ceria selalu - sama macam ngko yang aku kenal dulu. So, senyum2 slalu ok! :)

Friday, November 25, 2011

Aku pelik daa..

Aku tau takde sebab aku nak rasa pelik. Tapi kat sini aku tetap nak kata pelik. Pelik - kenapa ada segelintir hamba Allah yang suka amik tau pasal tepi kain orang. Kemudian buat ia macam pisang goreng panas yang dijual kat stall tepi jalan. Banyak sangat ke keuntungan yang dia dapat?

Dan aku tetap gak nak kata pelik bila seorang bos yang langsung tak heran ngan staffnya, biarkan staff terkontang-kanting sorang2? Bukankah tugas bos adalah untuk guide dan ajar new staff? Erm...

Monday, November 21, 2011

Senyum :)

Hidup ini banyak dugaannya. Hari ini kita mungkin boleh kata kita mampu menangani kemelut masa depan. Tapi benar ke begitu? Memang betul, kalau kita nak lebih berjaya dan bahagia pada masa depan, kita kena berani amik risiko. Tapi kalau kita sudah tahu risiko itu terlalu tinggi dan kebarangkalian untuk berjaya itu sangat tipis, mengapa pula kita hendak memberanikan diri mengambilnya? Adakah ia tindakan yang betul-betul berbaloi?

Namun, kalaupun ia sudah pun berlaku dan kita sudah nyata kalah, tidak ada gunanya kita menyesal tak sudah. Yang lepas biarkan berlalu. Lebih penting hidup perlu diteruskan dan kita kena amik iktibar daripada apa yang berlaku. Jangan biarkan kita jatuh tersadung berkali-kali di tempat yang sama. Tetapi, jikalau ia masih boleh diperbaiki, apa salahnya kita memberi peluang kepada diri untuk memperbetulkan keadaan. Yang penting, kita kena cuba jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

Walau apapun yang berlaku dalam hidup – sama ada kita jatuh tersadung, tergolek atau terlentang, jangan biarkan ia menghilangkan keceriaan hidup kita. Kita kena selalu senyum. Sebab senyum itulah nanti yang bakal mengubat lara di hati. Dan berserahlah sepenuhnya kepada-Nya kerana Dia lebih mengetahui. :)

Friday, November 18, 2011

Sembang petang time ujan

Kat luar ujan lebat. Kilat sabung-menyabung. Angin pun kuat. Konpem banyak ranting2 kecik kat pokok tu jatuh kat atas keta aku. Sian dia... Aku slalu plan nak gi basuh keta. Tapi memandangkan memanjang jer ujan, trus tak jadik. Adehh... makin kesian aku kat ketaku itu. Takper... nanti weekend nih kalau cuaca okeh, aku bawak dia gi mandi.

Erm... hari nih tak banyak keje aku leh buat kat opis nih. Ingat nak buat follow up ngan library negara pasal kesilapan info yang aku dah kasi diorang sebelum ni. Tapi linenya memanjang jer bz. kalu tak pon, call aku tak berjawab. Ish2... Ginila kalau deal ngan gomen gamaknya. Hehehe...

Jap2 lagi aku ada meeting. Erm... Nthlah. Lately nih aku rasa macam boring je keje. Rasa cam tak berapa semangat lak. Banyak masa aku habih depan pc. Sampaikan aku rasa la nih pipi aku dah makin tembab.. bulat jer. Adeh... jangan jadik bulat cam bola udah... Hahaha... Tapi betullah... aku rasa cam aku makin berisi. Tapi orang lain cakap aku nampak cam maintain jer. Erm... tak tau dah mana satu yang betul. Apapun yang penting aku sihat seadanya. :)

Semalam aku gi melepak kat opis lama aku. Lama gak la.. Dari kol 10am lebih sampai 12.50pm. Tujuan aku asalnya nak antar form jer. Tak sangka lak leh melepak lama kat situ. Ada sorang kawan aku nih cakap ngan aku, "Bila akak pegang majalah ni (jadik editor), akak nak tarik ko balik ke sini. Ko nak tak? Ko kena tolong akak buat editing. Mana2 story yang heavy tu ko pegang ek..." Aku gelak jer dengar dia citer. Bersungguh2 tol dia cakap ngan aku. Nth serius nth bergurau, aku pun tak tau. Tapi yang aku tau, kalau tol pun dia buat apa yang dia cakap, lom tentu anak bos akan setuju. Erm... kalau dapat pon ok gak. Aku memang rindu giler nak balik ngan keje lama aku. Erm... kalau la betol2 kawan2 aku berjaya tarik aku balik ke sana, aku nak cakap ngan dia - kalau aku kena buat kolum fashion, aku sanggup terus ngan keje boring aku sekarang nih. Hahahaha.... iyo2 jer aku nih :p

Tuesday, November 8, 2011

Akhirnya...

Setelah jenuh aku menggodek, akhirnya beginila rupa blog aku. Erm... Takde la lawa bebeno. Tapi kira ok la ek. Dah tak kuasa aku nak melayannya. Buang masa aku jer. Hahaha... :p

Blur sudaaa..

Ntah naper malam nih aku rasa cam gatal tangan lak nak menukar template. Lepas tu aku jadik blur. Tak paham aku ngan template nih. Nak kembali ke template sebelum nih, aku pun dah tak tau codenya. So, hentam sajerla. Lagipun malam nih internet cam hampeh. Menyakitkan hati aku jer... Hahaha..

So, takper la. Buat masa nih, aku pakai dulu template nih sebab mata aku pun dah ngantok teramat... Nanti bila aku ada masa dan blur aku hilang, aku akan adjust balik template nih.

Jadiknya... tata semua. Nite... Sweet dream :)

Monday, October 17, 2011

Tersurat + tersirat

Yang tersurat tak semestinya itulah jua yang tersirat.  Misteri sungguh kehidupan ini! Dan mujurlah kita ada dibekalkan dengan akal, iman, hati, ilmu dan pengalaman. Kalau tak, macam mana kita nak buat penilaian perihal sesetengah perkara tersurat dan tersirat ini?
Kata orang tua, jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya. Silap hari bulan, baru letak jari kaki kat dalam air sungai tu, terus kena ngap yang buaya. Erm... mujur gak kat Malaysia takde ikan pirana. Kalau tak, konfem orang tua2 akan cakap, jangan disangka sungai yang tenang tiada ikan piranha. Kalau masuk kaki dalam sungai, terus tinggal tulang. Hehehe....
Erm... maybe ada yang tertanya2, naper aku tiba2 membebel pasal tersurat dengan tersirat. Sebenarnya aku sajer nak mengingatkan diri aku dan jugak korang semua.... Jangan mudah percaya apa yang korang tengok, lihat atau dengar. Dan jangan jugak mudah percaya pada orang yang baik sangat ngan korang. Di depan kita, dia mungkin bagi senyuman yang nampak iklas. Tapi dalam hati boleh jadik jugak dia masam atau mencebik. Di depan kita, dia nampak macam bersimpati. Tapi rupa2nya dalam hati dia bersorak seronok dengan musibah yang menimpa kita. Di bibir dia kata dia sanggup tolong bagi sokongan kat kita. Tapi rupa2nya dalam diam dia tengah planning camana nak jatuhkan kita.
Begitulah manusia, walaupun bukan semuanya plastik camtu. Kita kena pandai buat penilaian supaya tindakan dan keputusan kita tak makan diri kita balik. Tapi kita jangan terlalu berprasangka sebab ia tak ubah seperti virus yang akan membunuh kebahagiaan kita. Dan paling penting, hidup kita tidak boleh terlalu bersandar pada orang walaupun orang itu suami kita. Bersandarlah kepada Allah dan mohonlah kekuatan daripadanya sebab itu lebih baik. Dan itu juga lebih selamat kerana Allah Maha Agung berbanding yang lain.
Kalaulah kita ni termasuk dalam kalangan  orang yang seronok melihat kejatuhan dan kesedihan orang lain walaupun atas alasan apa sekali pun, baiklah kita beringat. Hidup ini ibarat pusingan roda. Segala2nya sentiasa berkemungkinan. Mungkin hari ini kita ketawa berdekah2. Siapa tahu hari esok kita menangis meraung2. Wallahu’alam. Semoga Allah mensejahterakan hidup kita. Aminn... J

Friday, October 14, 2011

hepinyer... yeyyy... :)

I just want to say… I am so happy today. Alhamdulillah…
Hopefully everything will be settled as I planned before.  
Thanks ALLAH for your kindness…
And thanks to my beloved family for supporting me. Love u all. And wish me all the best J