Aku ada banyak keje nak buat. Tapi takper la. Kasi aku rehat kejap setelah berhempas pulas menyiapkan story untuk kawan aku. Bukan mengelat ek. Tapi tarik nafas.. hehehe...
Kejap tadi anak bos datang kat area meja aku. Aku dengar dio dok borak2 ngan staff lain pasal trip ke Bali yang opis nak sponsor. Aku diam jer. Mana idaknya, walaupun aku dah dekat 10 tahun bekerja ngan company nih, tapi aku tetap dikatakan tidak layak untuk join trip tu sebabnya aku dengan anak syarikat nih baru beberapa bulan. So, mendiamkan diri adalah lebih baik. Idak ler aku jeles. Cuma takde sebab aku nak komen apa2 ngan diorang. Baguslah untuk diorang. Lagipun aku bukannya tak pernah gi Bali.
So, masa diorang syok2 bersembang, adalah sorang nih tegur aku. Dia tanya aku pegi tak? Aku sajer buat terpinga2 macam aku tak tau apa yang diorang sembang. Hahhaa.... berlakon kejap. :D Lepas tu anak bos cakap kat orang tu yang aku tak boleh pegi sebab tak layak. Tapi lepas tu dia tukar balik ayat. Dia kata aku boleh pegi, tapi kena sponsor sendiri – RM1500. Hahaha... Thanks but no thanks. Daripada aku kluar duit banyak tu semata2 nak pegi tempat yang aku dah pegi, baiklah aku kluar duit banyak tu gi negara lain. Err... tapi kat mana ek? Erm... takper. Lain kali leh pikir. Hehehe..
No comments:
Post a Comment