Semalam masa drive kat area Shah Alam, aku dah terlanggar sorang budak sekolah nih. Hangin tol aku ngan dia. Tak pasal2 bercalar dah keta aku. Mujur tak kemek. Kalau dia ikut undang2 jalan raya, insya allah aku tak melanggar dia dan keta aku pun takde la tercalar macam tu sekali. Sempat la aku marahkan budak tu tepi jalan. Aku cakap kat dia, kalau tak sayang nyawa, buat ler lagi macam tu. Bila aku tanya dia camana nak buat nih, dia senang jer cakap, "Saya repair motor saya, akak repair la keta akak. Keta akak calar skit. Motor saya teruk." Betul2 bikin aku meradang. Rasa cam nak kasi pelempang jer.
Kepada adik2 sekalian terutamanya yang baru dapat lesen P tu, sila ikut peraturan jalan raya. Kalau tak nak ikut, tak yah pakai transport. Jalan kaki jer lagi bagus! Macam aku dolu2. Senang, tak menyusahkan orang.
No comments:
Post a Comment