Pages

Thursday, March 8, 2012

Tolong jangan banyak komplen, leh?

Sepanjang aku jadik wartawan mahupun dalam pekerjaan sekarang, bagi aku kualiti karya amat penting. Sebab ia akan bawak nama kita sebagai penulis mahupun editor selama2nya selagi tulisan tu tak hilang atau terpadam daripada artikel atau buku yang dicetak. Tapi walaupun aku cakap macam tu, tak bermakna aku hendak bagi tau semua orang yang apa yang aku hasilkan selama nih amat berkualiti. Betul, tak semua karya aku  begitu berkualiti. Tapi aku cuba untuk memastikan ia berkualiti. Bagi aku itu lebih baik daripada menghasilkan sesuatu karya sambil lewa. Biar lambat siap. Jangan bila cepat siap, tapi hasil macam hampeh!
Bila nak menjadik seorang pengkarya yang baik dan hebat, jangan sombong dan jangan angkuh. Mungkin kita sudah berpengalaman bertahun2 sebagai penulis, mungkin kita pernah menjadi seorang guru atau pensyarah bahasa bertahun2 sebelum nih... tapi semuanya tu tak guna kalau kita dah set kat kepala yang kita nih terlalu hebat. Kononnya takde saper yang layak menegur atau merejek karya kita, apalagi  si penegur atau perejek itu adalah ‘budak-budak’. Kalaulah kita nih masuk kategori orang yang cenggitu, sedarlah yang kita sebenarnya sangat bodoh, tak cerdik, tak profesional dan ego yang sangat tak bertempat. Kalaulah kita di kalangan orang yang macam tu, tak yah la cuba2 nak hasilkan karya lagi, sebab karya tu nanti tak mustahil boleh jadi serupa sampah.
Dalam hidup nih, proses belajar sentiasa berterusan. Tak kisah la apa pun position kita, takat mana level pendidikan kita dan berapapun umur kita. Jadik bagi orang yang nak hasilkan karya, cubalah buat betul2. Bila manuskrip tu  dikomen editor, janganlah banyak sangat komplen dan argument. Nanti tak pasal2 menampakkan kebodohan dan ketidakmatangan kita. Setiap komen tu mesti bersandarkan sebab tertentu. Bukannya editor sesuka hati nak mengomen. Orang yang tulis karya pun kena ingat, kalau karya yang dihasilkan itu bagus, berkualiti dan direprint banyak kali, yang kayanya korang juga. Editor cuma dapat gaji yang sama tiap bulan.
Apa2pun... maap kalau terlebih kata..



No comments: