Pages

Friday, August 19, 2011

sadis... :(

Semalam secara rasminya team aku dibubarkan dalam syarikat. Sedih lak rasanya. Tapi takper la... Harap2 itu yang terbaik untuk semua. Budak2 team aku semua dah diserapkan ke tempat lain. Aku jer yang lom dikonfemkan lagi. Kalau ikut apa yang diberitahu dek anak big boss, aku mungkin diserapkan ke anak syarikat lain. Kalau itu plan diorang aku memang suka jer. Hehehe... Tapi keputusan muktamad akan diberitahu kat aku isnin nih. Tapi memandangkan aku nak amik cuti isnin ni, so aku akan dapat tau selasa nanti. Harap2 keputusan yang terbaik berpihak pada aku. Aminn...

Malam ni insya allah aku ngan ahli2 team aku yang telah dibubarkan bersama ex boss aku akan berbuka pose sama2 - sempena pembubaran team aku. :)

Sunday, August 14, 2011

Hepi :)

Ada orang tanya kat aku – ko bahagia? Aku senyum jer. Sebenarnya terpikir gak kat kepala otak aku. Apa sebenarnya jawapan yang dia nak dengar dari mulut aku. Dia nak aku jawab bahagia ke tak? Dan kalau aku tau apa yang dia nak dengar, dah tentu jawapan itu jugalah yang aku bagi. Biar dia rasa puas hati dan dia tak perlu lagi tanya kat aku soalan tu lagi. Dan lepas tu bolehlah dia tanya pulak kat diri dia – adakah dia bahagia?

Aku pernah cakap ngan seseorang – aku doakan dia bahagia. Dan dia cakap ngan aku – lebih baik aku mendoakan kebahagiaan diri sendiri dulu daripada orang lain. Aku senyum jugak. Dan aku cakap balik – dah tentu aku doakan kebahagiaan aku, tapi aku jugak doakan kebahagiaan orang lain termasuk dia.
Ada orang cakap dia bahagia, tapi sebenarnya tidak. Ada orang kata dia tak bahagia, tapi sayangnya rupa2nya dia tak sedar dia sebenarnya ‘bahagia’. Perlu ke bahagia tu dilafazkan dengan kata2? Perlu ke kebahagiaan itu dihebah2kan sampai membuatkan orang yang tak bahagia rasa tersinggung?
Bagi aku, kebahagiaan tak perlu dicanang. Dan kebahagiaan jugak tak perlu ditanya. Kebahagian boleh dilihat dari raut wajah dan sinar mata. Dan kita juga tak perlu kedekut membahagiakan orang. Sebab untuk membahagiakan diri, kita jugak kena membahagiakan orang lain walaupun bukan semua orang.
Kebahagiaan itu milik Allah. Dia akan bagi pada saper2 yang dia nak bagi dengan cara yang dia mahu. Dan dia jugak boleh tarik kebahagiaan itu bila2 masa sahaja.
Tapi Allah tak akan bagi kebahagiaan kalau kita tak berusaha ke arah itu. Macam mana kita hendak bahagia kalau diri kita sendiri menciptakan ketidakbahagiaan dalam hidup kita. Macam mana kita hendak bahagia kalau kita rasa setiap yang ada di sekeliling kita membebankan, menyusahkan? Kita tak akan mampu bahagia kalau kita tak tau bersyukur, tak tahu menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Kita juga tak akan bahagia tanpa memberikan kemaafan kepada diri mahupun pada orang lain. Sentiasa mencari salah dan aib orang serta selalu menyalahkan orang tanpa kita cuba muhasabah diri pun akan membuatkan kita rasa tidak bahagia.
Bahagia... setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza. Ada orang kata, dia bahagia sebab dia mempunyai keluarga dan rumah tangga yang sempurna. Ada pulak kata dia bahagia sebab dia mempunyai harta dan status hidup yang tinggi. Tapi ada jugak yang cakap dia bahagia dengan kehidupan yang sederhana walaupun tak mempunyai harta, pangkat, isteri @ suami @ anak. Dan bagi aku, asas kebahagiaan adalah ketenangan jiwa. Sebab hati tak tenang akan menyebabkan keseluruhan diri dan hidup jadik tak bahagia.
Semoga kita semua bahagia selalu... Amin... :)

Sunday, August 7, 2011

Salam Ramadan...

Assalamualaikum..
Salam Ramadan...
Sedar tak sedar dah seminggu kita pose. Cepat sangat masa berlalu. Cam tak caya je.. Hehehe...
Kepada kengkawan semua, aku ucapkan selamat menjalani ibadah sepanjang bulan yang penuh barakah ini. Dan semoga segala amal kebajikan kita diterima Allah hendaknya. Amin... :)

Tuesday, July 26, 2011

Salam terakhir Sabtu24 julai 2011 ~ 2.40pm

25 Julai – kali terakhir aku dapat tengok muka Opah Yam. Kali terakhir jugak aku cium opah. Selalu aku cium pipi opah. Tapi pada tarikh itu dalam jam 10.40 pagi, aku cium dahi opah – pertama dan terakhir kalinya. Sejuk jer dahi opah. Terasa sedih sangat aku masa tu. Masa makcik tu kafankan opah, air mata aku tak leh nak control dah. Adehh.. sadisnya.. tak sampai hati aku nak tengok. Aku dah takde opah lagi. Alahai... macam tak caya jer opah dah takde.
 
Tadi masa aku baring depan tv, aku cam terbayang jer opah membebel dan mengarut kat atas katil. Last aku jumpa opah, opah dah tak kenal aku. Tapi kalau aku datang dua minggu sudah, tentu dia leh cam aku. Sebab masa tu dia dah mula kenal orang balik. Selalu kalau aku nak balik, aku akan salam opah, peluk opah. Tapi tadi rutin tu dah takde. Rasa cam pelik lak.
 
Aku sayang opah. Dia sporting. Masa aku tengah budak2 dulu, aku selalu ngekor dia gi pekan khamis (pasar pagi). Dia selalu belikan aku kuih koci. Dulu2 jugak aku selalu tido sebelah dia. Tapi lepas aku tertendang dia masa tido, terus aku tak nak dah tido ngan dia sebab aku sian kat dia. Tak pasal2 opah sakit badan sebab aku lesak masa tido. Tapi tu masa aku tengah sekolah rendah la... hehehe.. opah tak pandai masak sangat. Tapi ada satu resipi opah yang aku cukup suka masa aku kecik2 dulu. Kalau takde lauk nak masak, tu la yang akan opah masak untuk aku – sambal ikan bilis spesel.  Hehehe... Opah suka manjakan cucu termasuk aku. Dia takkan kasi anak ngan menantunya marah cucu2nya. Kalau buat gak, nanti opah marah diorang balik. Mak aku pun pernah gak kena marah sebab marah aku. Sebab tu aku cakap opah memang best!
 
Tadi aku tengok jenazah opah dimandikan. Aku tak mandikan opah. Aku jadik tukang jaga paip air je. Lepas tu aku ikut antar opah gi kubur. Aku tengok sampai opah masuk ke dalam liang lahad. Rezeki opah... Semua urusan bermula dari dia meninggal sampai selesai kebumi berjalan lancar. Dan mungkin gak dah tertulis sejak awal lagi – opah akan setia sebelah tok – sebab kubur opah betul2 sebelah tok.
 
Walaupun opah dah takde secara hakikatnya, tapi realitinya dia tetap hidup dalam hati dan memori aku. Aku sayang opah sangat2. Sebab tu bila aku teringat dan terbayangkan opah, mulalah air mata aku nak kluar. Apa2pun semoga roh opah dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman, bertakwa penghuni syurga Allah. Aminnn...

Wednesday, June 29, 2011

Ngomel pagi

Kalau orang dah tak suka, buat camana pun tak akan suka. Buatlah pertolongan banyak mana sekali pun, bukan senang dia nak ingat. Dalam 50 kebaikan yang kita buat kat dia, maybe satu dua jer yang dia ingat. Tu pun kalau dia ingat. Silap2 haribulan, dia tak ingat langsung. Yang paling senang dia ingat, benda2 tak comel yang aku buat. Hahaha... Bunyi cam tak berbaloi jer buat baik ngan orang macam tu. Tapi takper la... Yang penting buat baik kerana Allah. So, kena kasi iklas lebih sikit kat hati tu ek.. hehehe..

~pesanan penaja untuk diri aku sendiri :) ~

Monday, June 20, 2011

Aku mengomel...Hehehe..

Agak meluat gak aku sebenarnya. Takde sebab dia nak letakkan salah kat aku, tapi aku kena gak. Lebih baik sebelum bagi ‘tazkirah’ kat orang, tengok diri dulu. Bukan kata diri aku betul. Yup! Memang ada salah tang part aku. Tapi orang lain pun sama gak. Termasuk diri orang yang bagi tazkirah tu sendiri. Aku dah malas nak amik kisah. Mana2 jer la. Yang aku nak bagi tau kat sini, aku dah muak, jemu, boring dan bla.. blaa... Itu sahaja yang aku nak mengomel. Sekian terima kasih...  :)

Tuesday, June 14, 2011

Sharing pagi2.. :)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya.” (Sahih Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a daripada Rasulullah SAW dalam doanya yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa penakut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan.” (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, maksudnya: “Wasiatkan kepadaku.” Sabda baginda: “Jangan marah.” Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda baginda: “Jangan marah.” (Sahih Bukhari)

Abu Sa’id Al Khudri r.a. mengatakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh solat sesudah solat Subuh sehingga matahari telah meninggi, dan tidak boleh solat sesudah solat Asar sehingga matahari telah sempurna terbenam.” (Sahih Bukhari)

Monday, May 30, 2011

Aku takde citer

Yuhuu... Lama dah tak update. Bukan apa... Aku tak larat arr nak taip panjang2 kat sini. Dah seminggu lebih aku tak sihat. Dah beberapa kali MC gak aku amik. Tapi takper la. Aku bukannya VIP yang kena update blog selalu. So, kalau setakat aku bertapa tu, apa ada hal? Betol tak?? Hahahah...


So, apa aku nak citer hari nih??


Erm... Kalau ikutkan banyak benda aku nak citer. Tapi takper la. Simpan jer semua tu. Lain kali bila mood nak cerita datang, maka bercerita la aku. Sekarang nih mood aku cuma nak membebel mender yang aku sendiri pun tak tau. Sebab tadi bos aku pun dah membebel kat telinga aku. Bikin panas jer bos aku pagi2 morning nih. Tapi takper la.. Aku malas nak melayan. Harap2 permohonan aku kat anak bos diluluskan. Nanti leh la aku cakap – sayonara pakcik!! Hahaha... Sempat lak aku mengarut lagi! Poyos tol! :D


Erm.. Ok la.. Seblum tambah poyos, aku adios dulu! Sayonara bebeh!! Doa2 kanlah aku cepat sihat! Tataa...


:)








Wednesday, April 20, 2011

Terjumpa makcik!

Semalam tengah aku dok bekerja dengan tekunnya kat Masjid Besi, tetiba lak aku dipanggil oleh seorang makcik. Aku pun dengan jaya memandang la kat makcik itu. Dek kerana kerabunan mata, terpaksa la aku memandang 2 kali. Err... macam pernah aku nampak itu orang. Tapi di mana ek?? Hahaha... Musykil aku kejap.

Rupa2nya orang itu adalah si Jepon. Adehh.... Camana la ko leh sesat kat situ weh?? Hahaha... Apa2 pun selaku orang 'SELANGOR' (hehehe..) aku ucapkan welcome to my state... :D


Monday, April 11, 2011

Sorry.. :)




Tak sabarnya nak nunggu bulan depan. Rasa excited, teruja, gabra dan nth macam2 lagi dok main dalam diri aku nih. Harap2 semuanya berjalan dengan baik dan lancar macam yang aku dah plan. Dan jugak aku harap sebelum aku pegi, semuanya dapat disetelkan dengan jayanya supaya pemergian aku nanti dalam keadaan tenang, aman dan damai. Aminn... :)
Dan buat semua kengkawan, aku nak mintak maaf zahir dan batin. Maapkan aku kot ada mengumpat, mengata, mencela, menganiaya atau apa2 sahaja yang buat korang makan hati dan sakit hati ngan aku. Maklumlah... aku nih cuma manusia biasa yang selalu lalai dan lupa. Kalau ada hutang piutang aku kat korang yang lom aku bayar, harap bagi tau ek.
Hahaha... aku tau korang sure pelik. Iyer la... Jangan kata raya, poser pun lom lagi. Tapi aku dah mengeluarkan statement mintak maap. Hehehe... Tapi apa pun tak kisahlah... Yang penting aku betul2 iklas nak mintak maap nih. Mintak maap ek kengkawan.. :)

Monday, March 21, 2011

Aku yang malas!

Yuhuu...
Sajer makcik nak citer...
Makcik malas nak buat keje... Makcik takde mood.. Hahaha...
Tu la padahnya bila bercuti selama seminggu. Padan muka makcik.
Meh nak gelak lagi sekali. Hahaha...

Friday, March 11, 2011

Selamat bercuti!!

Nxt week adalah hari cuti untuk cikgu2 dan budak2 sekali. So, selamat bercuti untuk engkorang semua. Dan aku pun sajer nak announce... Aku pun nak cuti gakkk... Hahaha... Itu sajer aku nak tulih.. Sekian, terima kasihh... Hehehe...

paintball

Alkisahnya... aku main paintball kat bukit cerakah. Lwn ngan media lain. Tapi tak banyak pun teamnya. Ada 4 jer. Aku nih kalau bab2 main tembak-menembak nih, aku kira kategori slow banyak arr. Kalau main kat komputer atau play station pun, lebih banyak kalah dari menang. So, masuk jer kat tempat game tu, aku jadi blur. Baru melepaskan tembakan dua kali (tembak hentam jer sebab tak nampak sasaran :D), dah aku kena tembak kat kepala. Maka syahid la aku.. :(( Dan lebih menyedihkan aku team aku pun kalah...

Lepas tu 2nd game team aku lawan ngan group yang kalah. Kali nih aku pun main dengan jayanya (sebab dah nampak sasaran. hehehe... ) Tengah2 aku syok buat aktiviti menembak jarak jauh, sekali bullet aku abih daa... hahaha... Apa lagi, terpaksa la aku kluar padang. Tapi tu tak berapa cukup menyedihkan. Yang paling menyedihkan, masa otw aku nak kluar, ada la sorang mangkuk berayun ni tembak aku. Terus terkena kat tepi bahu. Sakit woo... Tak pasal2 aku kena 'suntikan BCG' lagi sekali... Hampeh tol! Melanggar peraturan permainan betol! Mujurlah team tu dapat nombor 4, team aku dapat nombor 3. hehehe...

Team aku dapat hadiah baucer jusco RM300. So, lepas dibahagikan sama rata, maka dapat la RM60 sorang. So, cik jepun jangan jeles ek.. Nanti aku nak gi shopping kat jusco! Hahaha...

Friday, March 4, 2011

~

Adehh... Cepatnya dah masok bulan tiga. Terasa makin 'muda' lak... hahaha...

Lately nih aku diserang kebizian. Kat opis macam tak menang tangan. Nih pun aku stop kejap sebab aku dah ala2 'mengah' buat keja. Lepas nih terus sambung balik. Kat umah, idak la aku bizi. Tapi aku malas nak bukak laptop. Aku malas nak mengadap laptop sebab kat opis dah jenuh mengadapnya. Naik boring lak aku bila asyik mengadap muka laptop tu jer. So, masa kat umah adalah masa untuk bersenang-lenang, bermalasan dan beristirahat.

Esok insya allah aku akan gi main paint ball. Ni ler first time aku nak gi try. Macam mana nth mainnya, aku pun tak tau. Erm... belasah jer la nanti. Yang penting aku leh menembak! Jom kasi mati semua orang! Hahaha... Kill2, die2.. ahaks...:)

Okeh la.. nak sambung balik keje (sebelum bos aku berleter macam mak nenek... hehehe...).

Wednesday, February 16, 2011

New Opis!

Hari nih aku masuk opis baru. Meja baru, kerusi baru... pendek kata macam2 yang baru. Tapi tak tau la naper, dapat mender baru tak dapat nak renew semangat keje aku hari nih. Serius, aku cam blur jer... Hahaha... Maybe sebab aku letih memindah barang sejak Isnin lepas buat aku takde mood nak buat keje. Sengal satu badan aku!
Erm... Ok la. Takde mender pun aku nak citer. Adios :D

Sunday, February 6, 2011

Qarin

Tetiba pagi ni aku rasa nak share citer pasal Qarin. Err.. Saper Qarin??Hehehe... Meh sini aku nak citer... :D

Qarin ni maknanya teman. Dia ni bukanlah spisis orang ataupun binatang. Tapi dia ni jin. Kalau korang nak tau, dlm diri setiap manusia ada pendamping drp golongan jin @ syaitan. Dan itulah Qarin. Nabi pun ada gak Qarin. Tapi Qarin nabi dah ditundukkan Allah.


Nih dipetik daripada satu hadis Muslim:

"Sudah dtg kepadamu syaitanmu." Aisyah bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah dalam diriku ini ada syaitan?"
Nabi Muhammad menjawab: "Ya benar. Pada diri setiap manusia itu ada syaitan penggodanya."
"Bagaimana dgn mu?" tanya Aisyah.
Kata Nabi Muhammad: "Pada diri aku ada syaitan, tetapi Allah sudah menundukkan sehingga syaitan itupun menyerah."

Tuesday, January 25, 2011

Spekulasi - Fitnah!

Manusia memang suka bercakap. Dapat pulak kalau topik tu pasal mender tak best melibatkan orang dan bukan melibatkan diri sendiri. Pendek kata perihal keburukan dan kebaikan orang, tetapi bukan keburukan dan keaiban diri sendiri. Hal2 menjaga tepi kain orang jadik satu kemestian. Tapi anehnya, kalau kain orang tu koyak, bukan dia nak bagi tau kat orang empunya kain, tapi dijaja citer. Agak aku, mungkin tujuannya baik - untuk meningkatkan lebih banyak saham di neraka nanti.

Aku tidaklah kata aku ni bagus. Aku tidak juga kata aku nih maksum. Maklum la... Aku nih pun manusia biasa macam korang jugak. Cuma alhamdulillah setakat hari ini, idak ler aku rajin menyebok nak tau keruntuhan rumah tangga kawan2 aku. Idak ler aku nak menyebok hubungan cinta kawan2 aku yang putus di tengah jalan. Bagi aku, kalau korang nak bagi tau, aku dengar. Nak tanya, aku tak rajin. Unless korang memang kawan2 rapat aku. Tapi itu pun bukan untuk disharing pada umum. Dan kalau boleh aku tolong, aku tolong. Jadik, bila aku buat camtu kat orang, aku berharap orang pun buat macam tu kat aku.

Dari dulu sampai sekarang pun, aku memang jenis tak amik tau pasal orang. Pendek kata, gasak la engkorang. Sebab tu aku tak kenal ramai orang. Dan dalam ramai2 yang aku kenal, ramai gak aku tak tau nama. Disebabkan itu, aku selalu pikir, sure ramai yang tak berapa kenal aku, tak berapa nak kenal aku, dan tak kisah pun kewujudan aku. So, aku pikir, mode invisible yang aku selalu buat sejak dulu membuatkan aku lebih selamat, tenang dan aman.

Tapi bila hidup dalam dalam dunia 'reporter' nih, mode invisible aku jadik tak berapa praktikal. Orang tetap nak menyebok pasal aku. Lagi best suka bagi soalan yang menyentap.

Apa2 pun yang berlaku dalam hidup aku - aku kahwin, aku bercerai, aku ada anak, anak aku mati, dan blaa... blaaa... semua tu adalah hal aku. Bukan hal orang lain. Cuma apabila berkawin, ada anak anak, ada cucu dan sewaktunya... memang itu patut dishare (kalau mahu) sebab ia citer yang hepi dan menyeronokkan. Tapi kalau kes cerai berai, anak mati, kena pecat keje dan bla.. blaaa... buat apa kita nak share kat ramai orang? Sebab lagi banyak orang bercerita, lagi sakit hati si polan. Dan ia takde kaitan langsung dengan orang lain. Dan kenapa perlu diriuh2kan kepada orang? Bukankah itu membuka aib orang? Dan bukankah itu berdosa namanya?

Dan jugak pls no more speculation. Bila spekulasi dibuat, dan kita pas kat orang lain spekulasi kita, dari situ timbullah fitnah. So, kalau saper2 antara kita nak merasa makan daging manusia, buatlah dan jajalah spekulasi tu banyak2. Apa2pun, aku doakan orang yang menjaja citer tak baik pasal aku berbahagia selalu. Dan terima kasih sebab tolong naikkan saham aku untuk syurga Allah. Untuk yang bercakap banyak - alhamdulillah status aku masih sama.

Monday, January 24, 2011

Sindrom SS

Syok sendiri - ada masanya tak mengapa - setakat untuk menghiburkan hati - it's OK aku rasa. Tapi kalau dah sampai merosakkan diri dan orang lain - i'ts not OK!

Kadang2 kalau kita dok ralit ngan syok sendiri, kita mula la tenggelam. Kita mula rasa diri kita bagus sesangat. Sampaikan NO PERSON IS ALLOWED TO GIVE ANY COMMENT - NOT EVEN FOR HIS @ HER OWN GOOD! Hahaha... Punyer la cam berlagak!!! :P

Harapnya aku tidaklah menjadik spisis cenggitu. Aminn.. Ishh!! Mintak simpang la...

Apa2 pun aku nak amik jalan mudah. Bila berdepan ngan spisis gini, aku nak buat bodo jer. Buat la apa yang korang rasa betul sangat. Buat la sampai korang rasa letih ataupun sampai korang dapat surat cinta atau something not good jadik. Sebabnya - AIMAN DAH TAK KISAH! Hahaha!! (gelak dengan tanduk kat kepala :D)

Saturday, January 22, 2011

Acara buang masa!

Start daripada petang tadi sampai la ni, aku dok godek blog nih jer. Dah macam takde keje lain lak. Sungguh membuang masa aku!!! Hahaha...
Err... Amacam? Lawa tak??? Hahaha... (Apa punyer soalan poyo daa... :P)

Sunday, January 16, 2011

Hidup dan mati...

Hidup mesti akan mati. Kalau dah lom ajal, buat macam mana pun takkan mati. Dan kalau memang dah ajal, buat macam mana pun tetap innalillah…
Baru2 ni aku berjumpa ngan sorang nih. 10 hari dia koma sebab denggi. Dia kata masa koma, roh dia naik ke langit. Dia nampak ada cahaya. Tapi masa dia naik tu dia berdoa kat tuhan supaya dia mati dalam iman. Dan kalau dia ada utang lagi kat dunia, dia minta supaya ajalnya dilambatkan supaya dia leh setelkan semua tu. Dia menangis sungguh2 masa tu. Sepanjang dia koma tu jugak, dia boleh dengar suara orang baca yassin. Dan akhirnya dia tersedar. Doktor yang rawat dia tanya apa yang dah berlaku kat dia masa koma tu. Sebabnya selalu orang yang koma akan freeze tak bergerak. Tapi dia nih lain. Bila malam jer, jururawat ngan doktor nampak dia menangis teresak-esak dalam keadaan mata terpejam.
Dalam kes lain dia cite, sorang pompuan nih dalam tengah koma, lidahnya jadik panjang. Lepas tu lidahnya dipotong2. Pompuan yang koma tu berdoa bersungguh2 mintak allah bagi dia peluang kedua. Akhirnya dia sedarkan diri. Rupa2nya sebelum koma, dia suka maki hamun laki dia. So,lepas koma, dia jadik sorang yang pendiam dan tak banyak cakap.
Erm… Beruntung diorang sebab Tuhan bagi petunjuk. Kita pulak macam mana agaknya ek.
Semoga kita menjadi orang yang beriman dan mati dalam keadaan yang beriman. Dan semoga kita menjadi sebahagian daripada tetamu Allah di syurga. Aminn…