Pages

Tuesday, June 14, 2011

Sharing pagi2.. :)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya.” (Sahih Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a daripada Rasulullah SAW dalam doanya yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa penakut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan.” (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, maksudnya: “Wasiatkan kepadaku.” Sabda baginda: “Jangan marah.” Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda baginda: “Jangan marah.” (Sahih Bukhari)

Abu Sa’id Al Khudri r.a. mengatakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh solat sesudah solat Subuh sehingga matahari telah meninggi, dan tidak boleh solat sesudah solat Asar sehingga matahari telah sempurna terbenam.” (Sahih Bukhari)

No comments: