Alkisahnya... aku main paintball kat bukit cerakah. Lwn ngan media lain. Tapi tak banyak pun teamnya. Ada 4 jer. Aku nih kalau bab2 main tembak-menembak nih, aku kira kategori slow banyak arr. Kalau main kat komputer atau play station pun, lebih banyak kalah dari menang. So, masuk jer kat tempat game tu, aku jadi blur. Baru melepaskan tembakan dua kali (tembak hentam jer sebab tak nampak sasaran :D), dah aku kena tembak kat kepala. Maka syahid la aku.. :(( Dan lebih menyedihkan aku team aku pun kalah...
Lepas tu 2nd game team aku lawan ngan group yang kalah. Kali nih aku pun main dengan jayanya (sebab dah nampak sasaran. hehehe... ) Tengah2 aku syok buat aktiviti menembak jarak jauh, sekali bullet aku abih daa... hahaha... Apa lagi, terpaksa la aku kluar padang. Tapi tu tak berapa cukup menyedihkan. Yang paling menyedihkan, masa otw aku nak kluar, ada la sorang mangkuk berayun ni tembak aku. Terus terkena kat tepi bahu. Sakit woo... Tak pasal2 aku kena 'suntikan BCG' lagi sekali... Hampeh tol! Melanggar peraturan permainan betol! Mujurlah team tu dapat nombor 4, team aku dapat nombor 3. hehehe...
Team aku dapat hadiah baucer jusco RM300. So, lepas dibahagikan sama rata, maka dapat la RM60 sorang. So, cik jepun jangan jeles ek.. Nanti aku nak gi shopping kat jusco! Hahaha...
No comments:
Post a Comment