25 Julai – kali terakhir aku dapat tengok muka Opah Yam. Kali terakhir jugak aku cium opah. Selalu aku cium pipi opah. Tapi pada tarikh itu dalam jam 10.40 pagi, aku cium dahi opah – pertama dan terakhir kalinya. Sejuk jer dahi opah. Terasa sedih sangat aku masa tu. Masa makcik tu kafankan opah, air mata aku tak leh nak control dah. Adehh.. sadisnya.. tak sampai hati aku nak tengok. Aku dah takde opah lagi. Alahai... macam tak caya jer opah dah takde.
Tadi masa aku baring depan tv, aku cam terbayang jer opah membebel dan mengarut kat atas katil. Last aku jumpa opah, opah dah tak kenal aku. Tapi kalau aku datang dua minggu sudah, tentu dia leh cam aku. Sebab masa tu dia dah mula kenal orang balik. Selalu kalau aku nak balik, aku akan salam opah, peluk opah. Tapi tadi rutin tu dah takde. Rasa cam pelik lak.
Aku sayang opah. Dia sporting. Masa aku tengah budak2 dulu, aku selalu ngekor dia gi pekan khamis (pasar pagi). Dia selalu belikan aku kuih koci. Dulu2 jugak aku selalu tido sebelah dia. Tapi lepas aku tertendang dia masa tido, terus aku tak nak dah tido ngan dia sebab aku sian kat dia. Tak pasal2 opah sakit badan sebab aku lesak masa tido. Tapi tu masa aku tengah sekolah rendah la... hehehe.. opah tak pandai masak sangat. Tapi ada satu resipi opah yang aku cukup suka masa aku kecik2 dulu. Kalau takde lauk nak masak, tu la yang akan opah masak untuk aku – sambal ikan bilis spesel. Hehehe... Opah suka manjakan cucu termasuk aku. Dia takkan kasi anak ngan menantunya marah cucu2nya. Kalau buat gak, nanti opah marah diorang balik. Mak aku pun pernah gak kena marah sebab marah aku. Sebab tu aku cakap opah memang best!
Tadi aku tengok jenazah opah dimandikan. Aku tak mandikan opah. Aku jadik tukang jaga paip air je. Lepas tu aku ikut antar opah gi kubur. Aku tengok sampai opah masuk ke dalam liang lahad. Rezeki opah... Semua urusan bermula dari dia meninggal sampai selesai kebumi berjalan lancar. Dan mungkin gak dah tertulis sejak awal lagi – opah akan setia sebelah tok – sebab kubur opah betul2 sebelah tok.
Walaupun opah dah takde secara hakikatnya, tapi realitinya dia tetap hidup dalam hati dan memori aku. Aku sayang opah sangat2. Sebab tu bila aku teringat dan terbayangkan opah, mulalah air mata aku nak kluar. Apa2pun semoga roh opah dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman, bertakwa penghuni syurga Allah. Aminnn...
No comments:
Post a Comment