Manusia memang suka bercakap. Dapat pulak kalau topik tu pasal mender tak best melibatkan orang dan bukan melibatkan diri sendiri. Pendek kata perihal keburukan dan kebaikan orang, tetapi bukan keburukan dan keaiban diri sendiri. Hal2 menjaga tepi kain orang jadik satu kemestian. Tapi anehnya, kalau kain orang tu koyak, bukan dia nak bagi tau kat orang empunya kain, tapi dijaja citer. Agak aku, mungkin tujuannya baik - untuk meningkatkan lebih banyak saham di neraka nanti.
Aku tidaklah kata aku ni bagus. Aku tidak juga kata aku nih maksum. Maklum la... Aku nih pun manusia biasa macam korang jugak. Cuma alhamdulillah setakat hari ini, idak ler aku rajin menyebok nak tau keruntuhan rumah tangga kawan2 aku. Idak ler aku nak menyebok hubungan cinta kawan2 aku yang putus di tengah jalan. Bagi aku, kalau korang nak bagi tau, aku dengar. Nak tanya, aku tak rajin. Unless korang memang kawan2 rapat aku. Tapi itu pun bukan untuk disharing pada umum. Dan kalau boleh aku tolong, aku tolong. Jadik, bila aku buat camtu kat orang, aku berharap orang pun buat macam tu kat aku.
Dari dulu sampai sekarang pun, aku memang jenis tak amik tau pasal orang. Pendek kata, gasak la engkorang. Sebab tu aku tak kenal ramai orang. Dan dalam ramai2 yang aku kenal, ramai gak aku tak tau nama. Disebabkan itu, aku selalu pikir, sure ramai yang tak berapa kenal aku, tak berapa nak kenal aku, dan tak kisah pun kewujudan aku. So, aku pikir, mode invisible yang aku selalu buat sejak dulu membuatkan aku lebih selamat, tenang dan aman.
Tapi bila hidup dalam dalam dunia 'reporter' nih, mode invisible aku jadik tak berapa praktikal. Orang tetap nak menyebok pasal aku. Lagi best suka bagi soalan yang menyentap.
Apa2 pun yang berlaku dalam hidup aku - aku kahwin, aku bercerai, aku ada anak, anak aku mati, dan blaa... blaaa... semua tu adalah hal aku. Bukan hal orang lain. Cuma apabila berkawin, ada anak anak, ada cucu dan sewaktunya... memang itu patut dishare (kalau mahu) sebab ia citer yang hepi dan menyeronokkan. Tapi kalau kes cerai berai, anak mati, kena pecat keje dan bla.. blaaa... buat apa kita nak share kat ramai orang? Sebab lagi banyak orang bercerita, lagi sakit hati si polan. Dan ia takde kaitan langsung dengan orang lain. Dan kenapa perlu diriuh2kan kepada orang? Bukankah itu membuka aib orang? Dan bukankah itu berdosa namanya?
Dan jugak pls no more speculation. Bila spekulasi dibuat, dan kita pas kat orang lain spekulasi kita, dari situ timbullah fitnah. So, kalau saper2 antara kita nak merasa makan daging manusia, buatlah dan jajalah spekulasi tu banyak2. Apa2pun, aku doakan orang yang menjaja citer tak baik pasal aku berbahagia selalu. Dan terima kasih sebab tolong naikkan saham aku untuk syurga Allah. Untuk yang bercakap banyak - alhamdulillah status aku masih sama.
No comments:
Post a Comment