Dah lama dah saya tak update blog saya rupanya. hehehe... Erm.. tak apalah. Lagipun saya bukannya ada cerita menarik yang dikongsikan. Dan lagi penting saya bukan saper2 sampaikan orang mesti diberi tahu tentang cerita terbaru saya.
Lately nih banyak gak mender yang berlaku dalam hidup saya yang bikin aku maigraine selalu. Tapi tak apalah. Macam yang saya selalu cakap ngan member. Hidup nih kena selalu positif. Walaupun air mata tu dah nak bergenang kat kelopak mata, bibir kena senyum. Kalau nak sengih pun ok gak. Gelak pun bagus. Sebab itulah yang menjadi penawar hati selain daripada berdoa, berserah diri dan bertawakal kepada Allah.
Tapi member saya tu selalu gak cakap kat saya. Dia kata saya lain, dia lain. Masalah kitorang tak sama. Dia tak kuat. Sata lak kuat (kononnya la.. hahhaha..). Sebenarnya dalam hidup ni, memang tak akan ada orang yang masalahnya sebijik sama ngan masalah orang lain. Kalau sama pun mungkin sipi2. Dan penyelesaiannya pun tetap berbeza2. Pokok pangkalnya ialah sejauh mana kita menerima dugaan tu dan macam mana kita berhadapan serta menyelesaikannya. Yang paling penting ialah bersabar dan kita kena ingat bahawa setiap dugaan yang datang itu adalah daripada Allah tanda dia sayang pada kita. Mana tahu dengan sikit pahala daripada kesabaran itu dapat cover balik sikit dosa yang kita buat sebelum ini. Dan daripada dugaan tu gak kita boleh belajar banyak benda termasuk menjadi lebih matang, lebih menginsafi diri dan lebih menghargai.
Dan saya juga berharap sesuatu yang terbaik dalam hidup saya. Saya berharap aku dapat bertahan sehingga tahun depan. Dan semoga Allah menganugerahkan saya kehidupan yang lebih baik pada masa depan. Amin.. :)
No comments:
Post a Comment