Yang dah berlalu biarlah berlalu. Betul. Saya setuju tentang tu. Tapi ada masanya untuk melupakan kenangan lalu bukan mudah, apalagi kalau ia memberikan kesan yang amat mendalam dalam hidup seseorang.
Saya bukan pendendam. Kalau saya orang yang begitu, sudah macam2 saya buat pada orang2 yang tak habis2 menyusahkan hidup says. Saya juga bukanlah orang yang lokek sangat memberi kemaafan kepada orang kalau orang tu meminta maap daripada saya. Tapi untuk seorang ‘manusia’ ini, hati saya amat berbelah bahagi. Saya tau sebagai orang Islam, kita patut memaafkan orang yang memohon maaf daripada kita walau sebesar mana pun salah yang dibuat. Jadi saya tau secara seharusnya, saya memang patut maapkan dia. Erm... tapi entahlah. Sekarang kalau disuruh melafazkan – ya, saya maafkan kamu – kepada dia, insya allah ssya boleh melakukannya. Tapi hati saya sangat tidak ikhlas (buat masa ini).
Ringan sahaja saya nak cakap dengan dia – kalau betul kamu ikhlas mintak maap, boleh tak kamu kembalikan balik keadaan kepada asal? Boleh tak kamu perbetulkan semuanya? Boleh tak kamu jangan menyusahkan idup saya lagi? Erm... tapi saya dapat merasakan dia takkan melakukannya dan besar kemungkinan dia memang tak mampu atau tak mahu melakukannya. Sebab dia adalah dia.
Kepada dia, tolonglah pergi jauh daripada saya. Saya tak mahu lagi dengar apa2 daripada kamu. Saya pun tak nak tahu apa2 pun pasal kamu. Sebab kamu betul2 membuat saya sangat2 menderita. Plss... I’m begging you. Pls stay out of my life!
No comments:
Post a Comment