Mlm ni tiba2 jer x leh tido. X tau nak buat apa. Jd taip ajer la kat sini. Lg pun dah lama x update blog ni.
Masuk hari ni, genap 2 minggu sy x bekerja slps berkhidmat selama 10 thn 1 bulan dan 1 minggu. Mula2 rasa best. Tp lama2 boring la plak. Heheh... Sebenarnya kat kepala ni byk benda dah plan. Tp asyik tersadai aje disbbkan halangan2 tertentu termasuk mls. Tp insya allah usaha akan diteruskan. :)
Sejak masuk bulan pose ni, sy diserang penyakit mls yg kritikal. Sbb tu sepanjang berminggu2 ni, br 2 company yg sy antar resume. Tu pun nth melekat nth tidak. Apa2pun sy doakan supaya sy dpt keje baru cpt2. Lama2 dok umh leh bikin sy gemok. heheh...
Sblom terlupa... sy amik kesempatan ni utk mengucapkan slmt berpuasa dan selamat hari raya. Maaf zahir batin. Doakan sy dpt keje baru cpt2 ek... heheh... TQ..:D
Babai.. assalamuslaikum... :)
Tuesday, July 30, 2013
Thursday, June 13, 2013
Citer sy hari ni...
Saya memohon sesuatu. Dikatakan permohonan saya itu amat pelik dan amat sukar untuk ditunaikan. Teringin juga saya katakan kepada orang itu, manusia yang membuat sistem. Bukan sistem yang membuat manusia. Saya juga ingin katakan kepadanya, ada masanya sesuatu yang pelik itu bukanlah suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Yang menyukarkan adalah alasan yang sengaja diciptakan. Tetapi, kata-kata itu cuma mampu bergema di dalam hati kerana saya percaya bahawa ada masanya berdiam itulah yang terbaik.
Niat saya bukan untuk mendesak. Niat saya adalah untuk memperjuangkan sesuatu yang saya yakini saya berhak untuk memilikinya. Tetapi seandainya saya tidak berjaya, tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya kalah setelah mencuba. Dan mungkin juga dengan kekalahan itu Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik iaitu pengalaman, pengajaran dan kematangan.
Saya mengakui permohonan saya memang pelik. Tak mustahil, sayalah orang pertama dalam sejarah yang membuat permohonan seperti itu. Dan tidak mustahil juga orang-orang terbabit akan membuat pelbagai andaian dan tanggapan terhadap saya. Walau apa pun yang bermain di fikiran mereka, saya yakin mereka tidak akan melupakan saya; setidak-tidaknya mereka akan ingat nama saya kerana sayalah insan yang begitu selamba menuntut sesuatu di luar jangkaan mereka sekali gus menyebabkan mereka pening kepala. Meskipun saya tidak berjaya, saya berharap apa yang saya perjuangkan akan memberikan manfaat kepada orang lain. Insya-Allah.

Wednesday, June 5, 2013
dlm mode ngantok
Aduhai... lately ni otak sy x brp nak berjln elok. Nak kata berserabut x jugak. Nak kata nak lyn sedih sgt pun x jugak. Cuma sy xde mood. Smgt sy plak dah mcm kena kuarantin. Hahah.. Tak sangka kuat btol virus yg serang smgt sy. :D
Tapi hari ni ada sesuatu yg baik allah berikan kpd sy. Allhamdulillah, allah dgr permohonan sy. Dan kpd big boss, terima kasih sbb sudi mendengar. :)

Monday, June 3, 2013
Gitu ler alkisahnya...
Ada org kata bnyk btol dugaan sy. Sy cuma senyum aje. Memang la bunyi mcm x best jer. Tapi sy percaya setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya. Ada juga org ckp dugaan itu kifarah. Sy senyum lagi. Bukan semua dugaan itu kifarah allah. Ada masanya dugaan itu sbnrnya tanda allah sygkan kita sbb bila kita dilanda kesusahan, masa itulah kita akan rpt dgn allah. Dan sy percaya kerana allah sygkan sy, allah berikan sy mcm2 dugaan. Alhamdulillah, allah juga bagi jln keluar kpd sy. Sbb tu sy kata allah syg sy. Dan sy juga syg dan cintakan allah. Hanya dgn Allah sy berlindung, dan hanya dgn Allah sy berserah dan bertawakal.
Insya allah bermula Julai nanti kehidupan sy akan berubah. Semoga perubahan itu akan nanti membawa lbh bnyk rahmat, kebaikan, keberkatan dan kebahagiaan kpd sy sekeluarga. Dan kpd insan2 yg bersusah payah menjatuhkan sy, terima kasih dan sy maafkan anda semua. :)

Tuesday, May 14, 2013
Hudud pas
Semalam semasa berjumpa dengan Tan Sri Musa Hassan, saya bertanya kepada beliau, "Tan Sri, hudud dah ada dalam enakmen negeri Kelantan kan? Tapi kenapa kerajaan Pas tak laksanakan hudud?"
Tan Sri Musa tersenyum.
"Memang dah ada. Pas boleh laksanakan bila-bila masa," balas beliau.
"Betul ke Pas tak buat sebab diugut Tun Dr. Mahathir?"
"Taklah sebab itu bawah bidang kuasa kerajaan negeri."
"Dah tu, kenapa tak laksanakan?"
"Dulu Pas minta polis yang laksanakan. Tapi polis tolak sebab polis bukan berada di bawah kerajaan negeri. Hudud di bawah syariah. Pas boleh minta orang jabatan agama islam. Tapi hudud hanya boleh di Kelantan saja. Lagi satu, undang-undang yang ada dalam hudud sama dengan penal code."
Saya terangguk-angguk mendengar kata-kata beliau. Macam tu rupanya.Erm... nak buat seribu daya, tak nak seribu dalih.Kalau nak buat dah lama Pas cari formula nak laksanakan hudud. So, meh la kita pikir sama-sama.. :)

Monday, May 6, 2013
pru13
Ada something wrong dalam PRU13 kali ni. Saya tak maksudkan pengundi hantu ataupun dakwat kekal yang tak berapa nak kekal. Tapi saya maksudkan racist yang begitu ketara hasil daripada usaha keras pihak tertentu. Kalau perkara ni tak dibendung dan Melayu masih tak sedar diri, natijahnya dah tentu akan buruk sekali. Dan yang menerima akibatnya anak cucu kita nanti. Wallahu'alam...
Friday, April 26, 2013
Kakak cleaner
Seorang kakak cleaner baik dengan saya. Dia tak banyak cakap. Tapi bila dia datang dekat dengan meja saya, kitorang selalu juga berbual. Tapi sepanjang saya kenal dia, tak ada pula dia rajin bercerita pasal orang lain. Pada suatu hari, tiba-tiba ada cleaner lain gantikan dia. Saya ingat dia cuti. Tapi bila dah lama sangat tak nampak dia, saya bertanya dengan seorang cleaner. Pendek saja soalan saya. Tapi jawapannya terlalu panjang. Dia kata kakak cleaner tu dah kena buang sebab jahat mulut. Banyak kali dia ulang perkataan jahat. Saya cuma angguk dan senyum dengar dia bercakap. Tapi saya waswas dengan cerita dia. Jadi saya bertanya kepada cleaner lain. Rupa-rupanya dia bukan dibuang kerja, tapi dia berhenti kerja serta-merta selepas bergaduh dengan seseorang. Kononnya gaduh yang memang teruk. Saya dapat mengagak siapa lawan gaduhnya.
Moral of the story, kena berfikir sebelum terima cerita bulat-bulat. Jangan mudah percaya dengan orang, apalagi kalau kita dah sedia maklum atitudenya yang suka mengata orang dan seumpamanya walaupun dia bercakap dengan penuh kesungguhan. Kadang-kadang bila kita terlalu asyik sangat mengata orang, kita tak sedar sebenarnya kita dah menunjukkan kepincangan diri kita. Wallahua'lam... :)

Monday, April 22, 2013
Ketayap
Hari ni perut tak berapa sihat. Tapi bila nampak kuih ketayap, teringin pulak rasanya.
Waktu kecil dulu masa lepak di kampung, saya selalunya jalan kaki dengan arwah opah ke pasar sehari. Kitorang panggil Pekan Khamis. Kalau tak silap saya jarak dari rumah opah ke sana lebih kurang 1.5 kilometer. Nak ke sana kami kena lalu alur air, kemudian kubur. Biasanya saya teman opah beli barang basah. Tapi opah tak pernah lupa bawak saya pegi beli kuih ketayap kat satu gerai ni. Biasanya opah akan belikan saya dua jenis kuih yang memang saya suka sangat dulu - ketayap dan koci.
Tiba-tiba rindu pulak kat arwah opah...

Monday, April 15, 2013
Chulan
Sekejap tadi tak semena-mena saya terbuka website ni http://www.smkrajachulan.net/. Terus saya rasa rindu. Tujuh tahun di Chulan, banyak benar kenangannya. Pahit, manis, masam, masin... macam-macam ada. Bila tengok gambar Chulan yang ada di dalam website tu, mulalah terbayang seolah-olah saya masih di situ. Macam tak percaya dah 15 tahun berlalu. Cepatnya masa berlalu... :)
Friday, April 12, 2013
Huruf dan nombor
Kehidupan saya tidak mewah. Sederhana saja. Alhamdulillah cukup makan dan pakai.
Zaman saya kecil dulu, keluarga saya bukanlah orang berada. Ayah saya buruh kilang simen. Mak saya mula-mula suri rumah tangga. Kemudian jadi cikgu di sekolah agama rakyat. Bila dicampurkan gaji emak dengan ayah masih tak banyak mana. Tapi cukuplah untuk kami sekeluarga.
Disebabkan keadaan kewangan yang tak begitu baik, saya dan kakak tak pernah masuk tadika walaupun tadika kemas. Ayahlah yang ajar kami membaca dan mengira.Seingat saya, saya mula kenal huruf dan nombor masa umur lima tahun. Kami suka membaca. Jadi kadang-kadang ayah saya beli Bintang Kecil untuk kami. Rupanya lebih kurang macam suratkhabat saiz tabloid. Pernah juga ayah belikan komik.
Masa masuk darjah satu, saya dimasukkan ke dalam kelas 1 Hijau. Itu kelas pertama. Saya tak ingat macam mana saya boleh dimasukkan ke dalam kelas tu. Mungkin sebab saya dah pandai membaca. Cikgu kelas saya namanya Cikgu Zainab - sangat bengkeng, garang dan cenge. Tapi hatinya baik.
Tidak lama sebelum masuk darjah satu, ayah ada belikan set buku untuk saya. Saya tak ingat sangat buku-buku tu. Tapi ada satu buku yang saya sayang. Kalau tak silap saya buku tu warna merah. Disebabkan saya suka dan saya sayang buku tu, saya bawa ke sekolah. Tapi arwah Cikgu Zainab rampas buku tu.
Saya tak ingat sama ada masa tu saya atau kawan saya yang sibuk membelek buku tu masa dia tengah mengajar. Tapi disebabkan marah muridnya tak memberikan tumpuan, buku itu yang jadi mangsa. Saya berasa terlalu sedih. Saya mengadu kepada emak dan ayah. Mereka kata akan marah Cikgu Zainab bila jumpa nanti. Tapi sampai Cikgu Zainab meninggal, mereka tak pernah marahkan Cikgu Zainab ambil buku tu. Dan sampai sekarang saya tak pernah dapat buku tu lagi.
Dulu kalau saya mengadu kena marah, pukul atau cubit dengan cikgu, ada tiga perkara yang mungkin berlaku - emak dan ayah akan kata nak marah cikgu balik, emak dan ayah buat tak tahu ataupun saya kena marah balik dengan mereka.
Kalau suatu hari nanti saya dianugerahi zuriat, saya tak tahu bagaimana saya akan mendidiknya. Adakah saya berpeluang untuk mengajar mereka kenal huruf dan nombor? Adakah saya akan ikut telunjuk mereka ataupun mereka yang ikut telunjuk saya? Wallahu'alam. Saya tak tahu. Cuma saya berharap akan menjadi ibu yang baik seperti emak dan ayah saya. :)

Monday, March 18, 2013
Blur...
Lately ni saya rasa tak sedap hati. Saya nak buat sesuatu, tapi saya waswas. Saya nak tolong orang tu sebab saya sayang dia. Tapi saya tak tau sama ada cara yang saya pilih betul atau tak. Saya tau kalau saya tak tolong pun, tak akan menjejaskan saya apa-apa pun. Dan tak ada kaitan dengan saya pun. Tapi saya tak sampai hati nak tengok dia bersedih. Dah bertahun-tahun dia bersedih. Takkan saya nak biar dia bersedih lagi? Aduhai... susahnya hati ni.. Ermm... kena buat istikharah gak nih.. :(
Saturday, March 9, 2013
Janganlah keterlaluan...
Pencerobohan 'tentera sultan Sulu' memang menyakitkan hati. Tapi sy juga sakit hati apabila membaca komen2 orang Malaysia yang bersifat kurang ajar, terlalu emosi dan tidak sensitif. Walaupun dalam situasi kita khususnya orang Sabah menjadi mangsa, adakah itu memberikan green light kepada kita untuk memaki hamun org Sulu? Kalau begitulah pendapat kawan2, saya rasa anda sudah silap.
Cubalah kita tengok di sekeliling kita. Boleh jadi ada kawan2 kita berbangsa Sulu. Boleh jadi mereka juga mungkin jiran kita, ipar kita etc.Adakah mereka juga begitu jahat seperti askar2 sultan kiram tu? Apa agaknya perasaan mereka apabila membaca komen2 kasar drp kita? Takkan hati mereka tak tergores? Tak ke itu boleh memecah belahkan masyarakat kita? Dalam melayan kemarahan tu, kita jangan terlalu memikirkan hati dan diri sendiri. Sesekali empati tu sangat penting.Dan ada masanya, muhasabah diri jauh lbh baik daripada memaki orang lain sebab tak ada sesiapa pun yang sempurna. Wallahu'alam...

Sunday, March 3, 2013
Sulu
Serangan tentera Sulu bukan senda gurau. Keadaan semakin kritikal, bukan masa untuk kita orang Malaysia mempolitikkan isu ini. Juga bukan masa untuk kita bertelagah, mengutuk atau menuduh sesama sendiri, apalagi nak menggelar sesiapa saja dengan panggilan 'anjing'.
Info demi info yang saya dapat berkaitan kemasukan orang-orang askar Sulu membuatkan saya rasa makin tak senang duduk. Tapi saya benar-benar berharap dan berdoa Allah memelihara serta melindungi Sabah dan Malaysia.
Saya bukan orang yang arif. Saya pun tidak sepandai mana. Tapi melihatkan kejadian pencerobohan ini, seperti ada sesuatu yang tak kena. Banyak perkara yang bermain di fikiran saya. Tapi apa yang boleh saya buat setakat ni cumalah berdoa dan mengharapkan yang baik-baik.
Saya berharap pihak ATM dan PDRM dapat menangani isu ini dengan baik. Saya percaya SB juga sedang berusaha melakukan yang terbaik. Semoga semua rakyat Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang mereka dan tidak mempersoalkan sesuatu yang kita sendiri tak begitu arif atau tak begitu jelas tentangnya supaya keadaan tak menjadi bertambah keruh. Wallahua'lam...

Thursday, February 28, 2013
Hei!
Baru-baru ni ada isu berbangkit pasal istilah 'hei' di ofis saya. Pada masa itu lah baru saya sedar, perkataan 'tiga huruf' ini dipandang dengan cara yang berbeza-beza oleh ramai orang.
Ada orang anggap, panggilan 'hei' kepada seseorang adalah kurang ajar. Ada orang anggap ia biasa-biasa saja. Pada saya pula, ia bergantung kepada siapa yang menyebut perkataan itu dan kepada siapa pula ia ditujukan.
Merujuk kepada kamus Dewan Eja Pro 2012, hei adalah bermaksud hai. Kalau dilihat kepada maksud yang diberikan, bermakna perkataan hei tidak salah digunakan. Dan ia tidak mengundang apa-apa unsur kurang ajar. Ini berbeza dengan 'hoi' yang bermaksud: kata untuk memanggil atau menyahut (kurang hormat daripada hai).
Secara peribadi, saya melihat hei boleh digunakan, tetapi tidak boleh disebut kepada sebarangan orang. Bagi saya, hei (bergantung kepada konteks ayat dan nada yang digunakan) mungkin merupakan kata-kata mesra atau lambang hubungan erat/baik antara orang yang menyebut perkataan itu dengan orang yang ditujukan perkataan itu. Jikalau kita tiba-tiba saja berkata 'hei' kepada orang yang tidak dikenali ataupun orang yang tidak rapat dengan kita, kemungkinan untuk ia disalahertikan adalah tinggi. Namun, walau serapat mana pun kita dengan seseorang itu, penggunaannya perlu disesuaikan dengan level atau status kita dengannya. Ia mungkin lebih sesuai digunakan antara kawan dengan kawan. Tapi jangan sesekali kita gunakan perkataan hei kepada orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita seperti ibu bapa, guru dan bos.

Tuesday, February 5, 2013
Dulu dan sekarang...
Dulu-dulu, saya cukup seronok bila gambar saya keluar di suratkhabar atau majalah. Walau tak ada nama, saya tetap rasa seronok dan bangga. Tak tahulah kenapa. Tapi itulah perangai saya dari saya sekolah rendah sampailah sekolah menengah.
Sejak saya masuk IPT, keadaan mula berubah. Dulu masa sekolah, saya suka orang ambil gambar saya. Lebar je saya tersengih di depan kamera seolah-olah lawa sangat masa tu. Tapi bila di IPT, saya lebih suka ambil gambar orang lain dan benda lain. Sangat sikit gambar saya yang saya ada terutamanya gambar saya seorang. Masa guna film, semua gambar-gambar tu saya cuci dan saya simpan. Tapi sejak dah ada digital, sikit saja yang cuci. Selebihnya saya simpan dalam komputer. Baru-baru ni, bila corupt, barulah saya sedar betapa bagusnya kalau saya cuci semua gambar tu. :)
Mula di IPT, minat saya untuk lebih mengexposekan 'wajah' saya semakin berkurang. Dan akhirnya apabila masuk dalam bidang pekerjaan, saya tidak lagi berminat untuk menayangkan muka saya di majalah, atau suratkhabar. Dan sebab itu jugalah saya tidak memohon bekerja di syarikat penyiaran. Alasannya masa tu mudah - saya tak suka glamor, saya tak suka bermekap dan saya tak suka tayang muka saya. Saya lagi senang dan seronok orang tahu nama saya daripada rupa saya. Dan kebetulan, wajah saya memang tidak selawa mana.
Sepanjang bekerja di sebuah syarikat penerbitan sebelum ini, seolah-olah dah jadi satu tradisi - setiap kali nak raya mesti ambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah. Setiap kali tiba masa tu, saya mesti gelisah sebab saya tak suka ambil gambar, apalagi nak ditayangkan kepada pembaca. Tapi demi kawan-kawan satu team, saya mengalah. Mujurlah setiap kali nak ambil gambar, saya kena bermekap tebal dulu. Jadi, memandangkan dulu saya memang tak bermekap, bila gambar tu keluar majalah, tak ramai yang perasan itulah saya lebih-lebih lagi saya tak bercermin mata.
Ramai kawan-kawan kutuk saya. Ada yang kata saya tak sporting, 'kampung', pelik, poyo, entah apa-apa dan macam-macam lagi. Tapi saya tak kisah. Sebab itulah saya. Saya tidak kisah orang tak kenal saya sebab saya bukanlah sesiapa pun. Yang penting kita semua bahagia. Lagipun, dengan banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya, saya lebih senang bersikap low profile. Ia buatkan saya rasa lebih tenang dan selesa. Lagipun, bagi saya, rupa paras kita tak akan kekal lama sebab kita semakin tua dan akhirnya mati. Tetapi nama akan terus kekal. Malah, bila kita mati nanti pun, nama kita juga yang akan tertulis di batu nesan. Wallahu'alam :)

Saturday, January 26, 2013
me-myself-battle
Sun Tzu said, to win a battle, we should get to know very well of our enemy. But what if the enemy is ourselves who always trying to deceive us and make us become unwise, hence drag us far far away from the right path?
Well, it may sounds easy if we really know who we are in depth. Therefore, we can control and manage ourselves in a good and appropriate way. But, do we really know ourselves?
My answer is no. I may say I know myself better than anyone else. But beyond that, there is time where I keep asking myself - who am I and how I can win the battle inside me. And unfortunately, sometimes the answer is vague.

Tuesday, January 15, 2013
Alhamdulillah...
Sepanjang lebih 33 tahun saya hidup di bumi Allah, dah banyak dugaan saya tempuhi, dah banyak air mata yg menjadi pelepas kesedihan saya. Alhamdulillah, walaupun saya tak berjaya menempuhnya dengan cemerlang, sekurang-kurangnya saya masih boleh bernafas dan meneruskan kehidupan seadanya dengan senyuman dan gelak ketawa. Syukur ke hadrat Ilahi.
Saya tahu, macam mana hebat dan peritnya dugaan yang melanda saya, mesti ada orang kena lebih hebat dan perit daripada saya. Dan saya juga tahu, saya tak pernah keseorangan, insya Allah.
Semoga Allah sentiasa memberikan saya ketabahan dan kekuatan agar saya tak kecundang di tengah jalan. Amin... :)

Thursday, January 10, 2013
-carut-
Saya hairan. Kenapa orang Melayu khususnya lelaki suka mencarut. Pantang silap sikit mesti nak mencarut. Kalau tak dapat nak carut guna mulut, jari tengah pun jadi. Pendek kata, mencarut tu dah jadi habit, kemestian dan kebanggaan.
Islam menuntut umatnya supaya berkelakuan baik dan berkata baik. Jadi seharusnya orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tidak mencarut ataupun sekurang-kurangnya mengelak daripada mencarut.
Bagi saya, bila kita mencarut, itu menunjukkan betapa rendahnya martabat adab dan tingkah laku kita, dan kita juga sebenarnya memalukan diri kita sendiri. Jadi, sementara ada kesempatan, jomlah kita sama-sama berubah supaya bangsa Melayu menjadi bangsa yang indah budi pekerti. :)

Thursday, January 3, 2013
Erm...
I'm lazy. I'm tired n I have no mood to do all the things that I should do right now. Adehh.. apa la nak jadik ngan aku nih?? So bored!
Tuesday, December 25, 2012
Slmt thn baru masihi :)
Cptnya masa berlalu. Kdg2 rasa mcm x sbr jer nak abihkan thn ni. Tp bila dipikirkan bnyk lg mender yg lom siap, ada baiknya masa tu kasi pause skjp. Lps semua setel, br leh kasi jln balik. Hahah... sesuka hati sy jer. :p
Lps dah setel semua, sy nak amik cuti brg 3 @ 4 hari. Sy nak bertapa sat. Biar kpla otak nih berehat ngan bestnyer. Bnyk tol masalah negara sy thn ni. Tak tau la thn dpn mcm mana. Makin teruk ke makin bagus ke, sy serah je kpd Allah sbb Dia je yg lbh tau. Lg pun kata org, lps pahit br rasa manisnya. Klu xde ujan, mcm mana nak ada pelangi, ye x? Hehehe...
Memandangkan dah nak thn baru masihi, sy wish kat semua hepi new year. Jumpa lg klu panjang umur ek.
Babai n adios! :)

Subscribe to:
Posts (Atom)