Serangan tentera Sulu bukan senda gurau. Keadaan semakin kritikal, bukan masa untuk kita orang Malaysia mempolitikkan isu ini. Juga bukan masa untuk kita bertelagah, mengutuk atau menuduh sesama sendiri, apalagi nak menggelar sesiapa saja dengan panggilan 'anjing'.
Info demi info yang saya dapat berkaitan kemasukan orang-orang askar Sulu membuatkan saya rasa makin tak senang duduk. Tapi saya benar-benar berharap dan berdoa Allah memelihara serta melindungi Sabah dan Malaysia.
Saya bukan orang yang arif. Saya pun tidak sepandai mana. Tapi melihatkan kejadian pencerobohan ini, seperti ada sesuatu yang tak kena. Banyak perkara yang bermain di fikiran saya. Tapi apa yang boleh saya buat setakat ni cumalah berdoa dan mengharapkan yang baik-baik.
Saya berharap pihak ATM dan PDRM dapat menangani isu ini dengan baik. Saya percaya SB juga sedang berusaha melakukan yang terbaik. Semoga semua rakyat Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang mereka dan tidak mempersoalkan sesuatu yang kita sendiri tak begitu arif atau tak begitu jelas tentangnya supaya keadaan tak menjadi bertambah keruh. Wallahua'lam...

No comments:
Post a Comment