Wednesday, August 25, 2010
Nak share skit :)
Sunday, August 8, 2010
cerita sorang kwn
Friday, July 30, 2010
Galau
Monday, July 26, 2010
Kesal
Cuma aku kesal. Kenapa dalam usia yang terlalu muda dia sudah sanggup membiarkan dirinya menjadi hamba setan? Kenapa dalam zaman yang sudah moden ini dia mahu bermain sihir? Tidak takutkah dia pada Tuhan? Kalaupun aku tewas, adakah dia fikir dia akan menang? Adakah dia fikir dia akan bahagia? Percayalah... Aku tak akan sebodoh dia hendak membalas apa yang dia buat. Cuma aku sentiasa berdoa kepada Allah... berilah balasan kepadanya setimpal dengan apa yang dia dah buat kat kami. Hidup dia tak akan aman sebab doa orang teraniaya insya-allah dimakbulkan Tuhan.
Bagi saper2 antara kita yang terlibat dengan semua tu, bertaubatlah. Mensyirikkan Allah adalah satu dosa benar. Meruntuhkan kebahagiaan orang juga suatu yang berdosa. Kalau orang yang kita aniaya tak ampunkan kita, sampai akhirat kita akan terus terbeban dengannya. Lagipun hidup ini ibarat roda. Kalaupun hari ini di atas, esok lusa kita akan dibawah. Jadi, sudah2la tu. Kalaupun teringin sangat hendakkan sesuatu, gunakanlah cara baik supaya kita menjadi orang yang bermaruah. Bukan sebagai manusia murahan yang tidak ada harga diri. Dan kalaupun sakit hati dengan orang, kenapa perlunya kita mencipta dosa sendiri?
Wednesday, July 7, 2010
Nak cuti!
Erm... Ok la. Aku dah takde mender nak taip. Adios...
Tuesday, July 6, 2010
Sabarlah...
Monday, June 21, 2010
Aku melalut lagi
Cuma kat sini aku nak bagi tau - aku sangat lega bila amanah yang aku pegang lebih seminggu dah aku pulangkan balik pada tuannya. Sangat2 lega. Sekurang2nya ringan skit kepala otak aku. Aku tak yah dah pikir pasal nak jaga hati orang, nak mengarah orang, nak atur keje2 orang, dan bla... bla... blaa.... Aku sangat seronok! Dan kalau ditakdirkan aku kena pegang balik amanah yang sama, aku tak pasti masa tu aku akan mengangguk setuju. Nthla... Aku tak rasa sesuai untuk semua tu. Dan aku tak suka semua tu. Cukup2lah apa yang dah berlaku. Selama lebih seminggu. aku rasa aku bukan aku. Aku dah jadik macam orang lain - mengong, blur plus hampeh!
Tapi kat situ aku belajar banyak mender. Dan aku juga dapat banyak pengalaman. Buat saper2 yang tak puas hati kat aku, aku mintak maap. Dan buat yang maki hamun aku, terima kasih banyak2. Terima kasih sebab tunjukkan saper sebenarnya diri korang kat aku :)
Saturday, June 19, 2010
Yuhuu....
Dah lama aku tutup blog aku. Tapi hari nih aku rasa macam nak bukak balik pulak. Korang jangan tanya kenapa dan mengapa. Sebab tak penting mana pon jawapan aku. Dan jangan pulak korang buat spekulasi sesuka hati. tak baik woo... Hahaha...
Apa2 pun semoga hari nih membawa keceriaan buat semua. Aminnn... :)
Monday, May 31, 2010
Salam....
Erm... Lama dah aku tak update. Bukannya sebab takde masa. Tapi sebab aku takde mood dan takde citer. Rasanya lepas nih aku dah malas nak tulih apa2 kat dalam blog nih. Kalau rajin, aku akan biar jer blog nih. Kalau aku malas, aku kunci jer. So, takde saper2 dah boleh bukak. Kalau aku terlebih rajin, aku delete jer terus. Hehehe...
So, sementara berkesempatan nih, aku nak mintak maap kat semua kengkawan. Mana tau kot ada yang tersinggung hati ngan tulisan aku kat sini. Terlebih terkurang kira 0-0 la ek... :)
Wassalam....
~kopiehitam~
Wednesday, May 12, 2010
Kisah aku ngan seorang cikgu...
Sunday, May 9, 2010
Melayu ke?
Tuesday, May 4, 2010
Tok
Masa aku kecik2 dulu. Aku rapat ngan arwah tok aku. Aku memang manja ngan dia. Selalu teman dia kat surau (sebenarnya kacau dia jer yang lebih :) ) bersama ngan kakak dan sepupu aku yang lain. Main air surau. Ketuk kantung sesuka hati. Bila aku terluka, tok akan datang kat aku. Masa aku menangis teruk, dia pun usap tempat luka aku sambil mulutnya terkumat-kamit. Konon2nya baca jampi supaya luka aku baik cepat.Dulu tok buat dangau kecik kat dusun durian dekat ngan umah dia. Dia buat bukan setakat untuk jadi tempat dia menunggu durian, tapi jugak tempat kitorang bermain pada waktu siang. Mula2 dangau tu dia buat betul2 kat dalam dusun. Tapi lepas tu dia pindah kat tepi jalan nak masuk ke rumah dia. Mungkin tujuan dia adalah untuk menyenangkan dia, opah ataupun mak bapak kami memantau kami yang suka main kat situ. Sebenarnya dah banyak kali tok pindahkan dangau tu. Tapi dangau yang terakhir memang betul2 kat tepi jalan. Kalau kitorang balik kampung, dah tentu kitorang lalu kat dangau tu dulu sebelum sampai kat laman rumah tok ngan opah. Sekarang kat dusun tu dah takde dangau. Buah durian pun dah makin sikit. Agaknya sebab tok dah takde nak teman pokok2 tu kot. Bila tiba musim durian, kalau tak opah, tok la yang akan bukak buah tu untuk aku. Bestnyer masa tu.
Dulu tok suka buat asam keping sendiri. Dia akan petik buah tu dari pokok. Lepas dah cerai2kan (aku sebenarnya tak berapa ingat cara tok buat), dia akan jemur kat depan umah. Dan aku adalah antara orang yang jadik tukang jaga asam keping tu. Bila tok jemur padi, aku pun jadik tukang jaga gak. Bila nampak ayam datang, terus aku kejar. Kesian ayam tu. Naik mengah dia lari. Hehehe...
Sebut pasal ayam, aku ingat lagi dulu2 tok la tukang sembelih ayam. Pernah sekali dia sembelih ayam, ayam yang dah separuh nyawa tu sempat kejar aku ngan sepupu aku sebelum mati. Apa lagi, lintang-pukang la kitorang lari. Memang kelakar tol masa tu.
Tok paling suka minum air kopi ngan makan kuih cakoi. Tak lama sebelum dia meninggal dunia, aku ingat lagi tok bersungguh2 nak minum kopi. Tapi balance kopi kat dalam tin sikit sangat. Sebab kesian kan tok, opah terpaksa kikis serbuk kopi yang melekat kat tepi2 dinding tin tu. Daripada serdak tu opah bancuhkan kopi untuk tok.Mata tok rabun. Bila ada orang ketipkan kuku dia, dia mesti suruh orang tu ketip sampai ke dalam. Kadang2 dia berkeras nak buat sendiri sampaikan berdarah jari kaki atau tanganya. Tok suka bersembang ngan kitorang. Tapi tok tak suka marah2 atau berleter. Tok baik sangat. Beberapa bulan sebelum meninggal, tok banyak citer pasal zaman dulu2nya dan asal-usulnya.
Tapi sedihnya masa tok meninggal, aku tak tau langsung. Aku tak dapat tengok tok buat kali terakhir. Aku cuma tau seminggu selepas tu. Ralat dan kesal betul aku. Tapi nak buat camana. Benda dah berlalu. Aku harap, arwah tok berbahagia dan cucuri rahmat hendaknya. Amin...
Monday, May 3, 2010
Terkilan
Saturday, May 1, 2010
Musykil nihh!
Wednesday, April 28, 2010
Schedule 4 tuesday :)
8.30 pagi -8.20 malam = opis
8.30 malam - 10.30 malam = assignment
10.45 malam = sampai opis - amik keta
11 malam = baru sampai kedai makan + makan sekali
11.50 malam = sampai umah + mandi + semayang
12.45 - sekarang = nengok naomei + tower 13 + mr.mama
2.10 pagi = tido
ish... cam tak menarik jer! ermm... esok???
Tuesday, April 27, 2010
Makan, makan dan makan...
Sekarang nih aku makin sebok. Sebok ngan macam2 mender. Paling menyebokkan aku ialah keje opis. Adess... boring sungguh arrr!!! Aku dah plan nak cuti dua minggu. Bos kata boleh. Tapi kena buat advance. Adusss... Masak aku cenggini!!
Minggu depan ada free trip gi Kuala Selangor. Nengok kelip2. Aku teringin gak nak pegi. Bos aku pun kata – jom la pegi! Aku sebenarnya bukan kisah sangat ngan kelip2 tu sebab sebelum nih pun aku dah pernah gi sana. Yang aku kisahkan ialah menu malam tu – IKAN BAKAR. Aduhai... Tergoda aku kejap. Nak jer aku bagi nama aku kat minah sorang tu. Tapi bila dipikir2kan balik masa yang sangat terhad, terpaksa la aku melupakan ikan bakarku. Alahai... Ruginya!! Iskk...
Tapi takper... Yang penting minggu sudah aku dah melantak hidangan yang memang sedap – chinese food. Dah lama giler aku tak makan shark fin soup. Jadi bila dah ada mender kat depan mata, makan ler puas2. Dua kali aku tambah. Makan cam tak ingat dunia jer. Tapi makanannya memang best! Cuma aku betul2 rugi bila tak dapat pegi naik belon panas kat padang belakang Bluewave Sabtu lepas. Leh naik free tu beb! Naik keta antik pun boleh! Tapi nak buat camana. Dah takde rezeki. Next time la ek...
Ishh... Aku nih asyik dok berciter pasal makan jer. Nampak benar aku nih kuat makan! Hahaha... Meh tutup muka skit mehhh.... :P
Friday, April 23, 2010
Selamat malam....
Erm... Takper la. Korang semua gi tido dulu ek. Jap gi aku menyusul lak...
Selamat malam semua.... gute nacht! :)
Monday, April 19, 2010
Peringatan Untuk Aku!
1. Jangan amik jalan shortcut atau dengan kata lainnya nak senang! :P
2. Kalau reti buat, maka buatlah sendiri. Jangan ngada2 nak mintak tolong orang buat!
3. Kalau nak serahkan satu2 tugas kat seseorang, jangan main bagi jer. Cek betol2, dia tu bertanggungjawab ker tidak? Jangan nanti, keje tu terbeban lak kat orang lain. Menyusahkan orang jer!
4. Jangan amik mudah apa2pun. Dan bila buat satu2 mender, cek banyak kali. Sampai 100 kali pun takper!
Pssttt..... peringatan ini adalah khusus untuk aku jer! :P
Masjid

Sebut pasal bab kawin di masjid, aku teringat citer pasal tok kadi kat area umah aku kat ipoh. Macam2 citer aku dengar pasal dia - cerewet, banyak songeh, kerek, susah nak jumpa dan bla.. blaa... blaaa.... Yang citer pasal dia bukan sorang dua, tapi ramai. Kat sini aku bukan nak spesifik pasal dia. Cuma apa yang nak aku timbul kat sini, kenapa bab nikah kawin perlu dikomplikatedkan? Ia sepatutnya dipermudahkan. Bagi yang memegang amanah, kenalah tunaikan. Sebabnya tak amanah tu ciri2 orang munafik. Dan bagi orang yang berdepan dengan masalah tok kadi macam tu, janganlah komplen dan cakap belakang2. Gi la pejabat agama dan komplen kat situ. Kan lagi berbaloi!
Erm... Melayu... Melayuuu... Musykil kejap!
Monday, April 5, 2010
Sajer nak bagi tau! Hehehe...
Ok lah. Tak leh nak tulih pepanjang. Seblum aku terlentok depan laptop nih, baik aku setelkan keje aku nih kejap. Nanti pending susah. Babai... Adios!!