Pages

Friday, October 23, 2009

Ngomel sorang2...

Ada satu perkara yang betul2 buat aku musykil. Kenapa mereka macam menyampah sangat kat aku? Adakah kerana aku begitu drastik buat keputusan? Sepatutnya apa saja keputusan aku, takde kena mengena ngan diorang. Lagipun diorang sepatutnya suka dengan keputusan aku. Bukankah itu akan membuatkan diorang aman damai? Diorang tak yah nak pening kepala ngan sikap keras kepala dan degil aku. Erm... Tapi itu kata aku. Aku memang tak tau apa yang sebenarnya bermain kat kepala otak diorang tentang aku sampaikan diorang begitu berkira ngan aku. Nengok aku pun macam meluat sesangat.

Aku cuba berfikiran positif. Aku cuba gak tayang muka aku depan diorang dengan harapan kitorang tetap kawan walaupun aku dah blah. Tapi aku tak nampak ada paedah pun kat situ. Aku cuba nak letak diri aku kat diorang. cuba nak paham kenapa cenggitu jadiknya. Tapi aku tak leh nak buat. Sebab yang aku nampak banyak negatif daripada positif. Jadik, lebih baik toksah buat. Mencari negatif dan salah orang bukan suatu yang bagus. Tak gitu?

Tapi jauh di sudut hati aku memang ralat sangat. kenapa cenggitu jadiknya. Bukan sehari dua aku ngan diorang. Dah bertahun2. Tapi takper la... kalau itu dah pengakhirnya. Aku reda jer... :)

No comments: