Thursday, May 28, 2009
Tiba2 jer aku rasa kagum :D
Pagi tadi aku excited giler nak gi penjara Kajang. Hahaha... Nth apa2 jer aku nih. :) Aku sebenarnya tak pernah nak amik tau apa2 pun pasal perkembangan kat penjara. Tapi frankly speaking, aku agak kagum gak la tadi bila diberitahu ada spa ngan saloon kat sana. Tapi mintak maafla ek... Hanya untuk orang pompuan jer. Hehehe.. Harganya murah dan servis pun dikatakan berkualiti. So, kalau korang nak try leh la contact diorang. Kalau nak contact number, korang leh dapatkan kat website diorang. (Cam tolong promote jer aku nih... Hehehe...) Kalau tak silap aku, korang nak tempah baju kat sana pun leh. Latest, diorang ada buat comforter. Tapi setakat nih diorang cuma jual kat staff2 penjara jer. Maybe akan datang, korang pun leh beli comforter dari diorang. Lagi satu perkara menarik - penghuni2 penjara nih pun ada buat frozen food tau! Antaranya termasuklah mini murtabak ngan karipap. Diorang jual under label My Pride kalau tak silap aku. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment