Pages

Sunday, May 31, 2009

Itm

Semalam aku melepak jap kat itm berdua ngan member. Gi ronda2 kat sana sambil menengok perubahan2 yang dah berlaku terutamanya kat menara. Cam takde keje je aku nih. Hahaha.. Berbanding 2007, tak banyak mende yang berubah. Tapi kalau nak dibandingkan dengan 2002, dah tentu banyak bezanya. Masa awal tahun 2000, kalau ada kelas malam, aku suka melepak kejap kat tangga tingkat 12 atau 13 menara. Dari situ aku boleh tengok bandar Shah Alam. Takde apa pun yang menarik. Tapi aku suka menengoknya. Mungkin sebab warna2 lampu kot. Bila aku berpeluang balik ke sana dua tahun lepas, aku teringin nak buat perkara yang sama. Tapi zaman aku belajar kat situ dulu dah lama berlalu. Menara dah tak happening cam dolu2. Dah takde student yang melepak malam2 kat tingkat atas. Sampaikan bila aku nak melepak kat tangga cam dolu2 pun aku naik takut - takut pada sebarang kemungkinan yang tidak bagus. Ish... ishhh... Penakut gak aku nih ek. Hahaha...

No comments: