Aku manusia biasa. Korang pun manusia biasa. Jadik pendek kata kita semua manusia biasa. Memandangkan dah nama pun 'biasa', bermakna kita semua tak terlepas dari buat salah. Kalau hari nih kita tak buat silap, mungkin esok atau lusa kita akan secara tak sengaja melakukannya. Jadik, kenapa kita hanya nak melihat salah orang sahaja. Kan itu namanya bias.
Dan bila kita tak puas hati ngan seseorang... Kalau ada yang tidak kena... Kenapa tak berterus terang saja? Kenapa tak nak bertanya? Kenapa nak bertelingkah? Tak kisahlah bertelingkah secara 'diam/senyap/dingin' ataupun 'panas/mengamuk/melenting', apa yang akan kita dapat? Masalah takkan selesai. Hati makin sakit. Perhubungan semakin jauh. Pendek kata, kalau dilihat mana sudut pun, rugi jer lebih. Yang makin menimbun cuma ego yang tak berasas. Berbaloi ker macam tu?
Tak rugi berterus terang. Tak jatuh pun ego kalau kita memulakan perbualan. Tak berkedut pun muka kalau tersenyum. Dan tak hilang suara kalau menyapa. Sekurang2nya kita tau duduk perkara sebenar. Nak memberi peluang kedua, ketiga, keempat atau berapa sekali pun peluang pada orang itu, itu belakang citer. Yang penting, biar kekusutan terlerai. Tak perlu nak merajuk berpanjangan. Semuanya takkan ke mana. Biar akal kuasai emosi. Jangan emosi mengatasi rasional. Usahlah kerana kisah2 dahulu kala, kita jadi tak bahagia. Dan jangan kerana perkara kecil, kita menjeruk hati.
Buat kengkawan... maafkan aku....
No comments:
Post a Comment