Pages

Tuesday, December 8, 2009

Rasa kagum jap!

Rasa cam tak caya jer aku leh edit blog masa nih. Facebook pun boleh. Kagum jap aku! Hehehe...

Sebenarnya aku tak kisah pun leh bukak facebook ngan blog ke tidak masa opis hour. Tak leh bukak pun takper. Takde hal. Sebab aku pun bukannya sorang yang aktif facebook. Cuma blog jer aku rajin skit. Tapi tetap tak rajin mana pun. Hehehe...

Okeh la... Just nak citer tu jer. Nak sambung buat keje balik.

Adios! :)

Khat


Khat dari ust. Baki :)

Monday, December 7, 2009

Natrah

Aku rasa sure ramai yang tau pasal Natrah -perempuan Belanda yang dulunya pernah dibesarkan oleh seorang perempuan Melayu di Kemaman, Terengganu. Kemudian dia berkawin dengan Mansor Adabi pada umur 13 tahun sebelum dibawa balik secara paksa oleh mak bapak kandungnya ke Belanda.

Sebenarnya aku malas nak bercerita pasal dia. Kat sini aku cuma nak citer pasal teater bertajuk Natrah yang aku tengok hari Sabtu malam Ahad lepas.

Sebelum aku gi tengok, ada gak aku tanya komen member aku. Diorang kata syok. Lepas tu bila aku baca review dari paper, nampak cam best jer. Jadiknya aku dengan tak sabarnya pergi la nengok kat Istana Budaya. Tapi sayangnya, teater tu betul2 tak macam yang aku harapkan.

Nih pendapat peribadi aku:
Jalan citer dan plotnya slow. Monolog Sofea Jane sebagai Natrah berumur 70 sebagai pembuka citer sangat bosan dan mengelirukan disebabkan terlalu panjang berjela2. (Kat situ pun aku sempat menguap beberapa kali.). Banyak scene yang tak perlu (dan kelihatan sangat berlebihan) seperti waktu Maya Karin (Natrah umur 13 tahun) di gereja. Aku tak nampak apa keperluan scene tu dan apa gunanya mengeluarkan lagu (mungkin lagu di gereja) berserta tanda salib yang besar dan petikan dari bible. Dan endingnya pun bagi aku nth apa2. Citer nih langsung tak menyentuh hati aku, hambar, kaku dengan kesinambungan scene yang kurang mantap. Aku tak tau apa sebenarnya yang hendak disampaikan. Jadik kat sini aku rasa tak salah aku katakan yang matlamat dan masejnya tak kesampaian. Aku tau teater nih try untuk berdiri di atas pagar. Tapi masalahnya aku tak nampak kejayaannya berbuat macam tu. Malah, aku rasa penulis dan pengarahnya seperti kurang peka dengan agama lain. Atau dengan kata lain, seperti tidak menghormati agama Kristian. Memang aku bukan Kristian. Aku orang Islam. Selaku orang Islam, dah tentu aku amat sensitif dengan agama aku. Jadi, sebagaimana aku, orang yang beragama Kristian pun mesti begitu juga. Melihatkan citer tu, tak mustahil orang Kristian yang menengoknya akan tersinggung. Dalam pada itu, banyak benda2 kecil yang kurang diberi perhatian. Contohnya penggunaan tutup kepala semasa mengaji Quran dan pembacaan al Quran yang juga salah. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak komen. Tapi mata aku dah ngantuk. So, aku nak gi tido dulu.

Bagi sesiapa yang tak setuju, harap tak amik hati. Seperti yang aku bagi tau tadi, nih hanya personal opinion dari aku :)

Tuesday, December 1, 2009

...

Aku sebenarnya lapar. Tapi aku takde selera nak makan. Aku rasa cam nak tidur. Biar aku lebih waras dan bertenang. Tapi kat mana aku nak tido kat dalam opis nih? Takkan bawah meja kot! Dah jadik macam tikus mondok lak. Hehehe..

Hari nih aku telah hilang RM300 lebih. Memang menyedihkan. Erm... Tapi sebenarnya ada mender lain yang lebih menyedihkan aku hari ini. Dan sebabkan tu aku betul2 merajuk hati.

Bagi korang yang betul2 kenal aku, tentu korang tau aku jenis yang macam mana. Korang kutuk aku ker, ngata aku, usik aku ker dan bla... blaa.... memang aku tak rajin amik hati. Hangin ker, merajuk ker semuanya kejap jer. Kalau majok pun, tak yah susah2 pujuk aku sebab aku akan baik sendiri. Tapi hari nih lain. Sangat2 lain...

Memang aku degil dan keras hati. Tapi seperkara yang aku pegang, benda2 yang dah lepas tu udahlah. Tapi aku tau tak semua orang pikir camtu. Macam 'dia'. Tapi sampai bila dia nak buat camtu kat aku? Setelah aku pergi pun, dia masih nak macam tu. Kadang2 aku tertanya sorang2, sampai bila? Adakah dia berdendam? Adakah ego dan statusnya tercabar sangat dengan aku? Tak apalah. Kalau itu yang boleh membahagiakan hidup dia, terserah. Teruskan selagi boleh.

Dan kalau RM300++ tu adalah harga untuk aku 'keluar', aku reda. Kalau duit tu memang hak aku, Insya-Allah Allah tentu akan pulangkan. Aku yakin tentang itu. Sebab Allah maha agung.

Moga2 Allah akan tabahkan aku. Amin....

Buat dia...

Ada sesuatu yang aku nak katakan pada dia (walaupun aku tahu dia takkan baca...)

'Aku cuba tak nak amik hati. Tapi maap... Aku tak mampu.
Aku cuba juga untuk berdepan. Tapi mintak maap gak. Aku takde kekuatan untuk itu.
Aku tak tau sampai bila. Sebab selama ini aku tak pernah rasa macam ni.
Tapi aku berdoa dan berharap, luka nih akan cepat sembuh. Supaya bila kita berjumpa nanti, senyum aku tidak lagi sekelat sekarang dan hati aku tidak lagi sepedih ini.
Maafkan aku...'

Wednesday, November 18, 2009

Boikot!

Pernah ker korang memboikot? Apa yang korang boikot dan kenapa korang memboikot? Sebagai manusia, bukanlah suatu yang menghairankan apabila kita buat macam tu. Tapi, kalau nak buatpun biarlah sebabnya jelas dan wajar. Macam orang lain, aku pun pernah memboikot jugak. Terbaru aku telah memboikot seorang minah model sebab menjaja cerita tentang aku yang jugak melibatkan orang lain yang langsung takde kaitan pun. Sian kat orang yang lagi sorang. Takde kaitan pun leh kena tempias.

Dan sekarang nih pulak, aku seakan2 sedang diboikot 0leh satu grup yang dulu pernah bersusah senang dengan aku. Sebenarnya aku tak berapa paham kenapa diorang boikot aku (kalau betul). Lagipun aku tak nampak sebab yang munasabah. Mungkin keputusan dan tindakan yang dah aku buat tempoh hari menjadi penyebab. Tapi tetap aku tak nampak di mana kewajarannya. Sepatutnya diorang lega dengan keputusan aku.

Walau apapun keadaannya, aku tak berdendam dengan diorang. Dan aku takkan boikot saper2 pun antara mereka. Cuma aku sedih jer la. Tu jer...

Apa2pun aku tetap doa diorang bahagia dan ok selalu. Amin....

Wednesday, November 11, 2009

Letih membebel!

Ada masanya aku rasa nak berterus-terang bukanlah suatu yang susah. Cakap dan luahkan saja. Kemudian buat muka bodo macam takde mender berlaku. Tapi ada waktunya aku rasa cam susah sangat. Dapat pulak orang tu ala2 cam kayu. Cakap camana pun cam takde paedah jer. Ibarat masuk telinga kiri, keluar balik telinga kanan. Akibatnya aku terpaksa membebel sorang2. Sebijik cam orang bodo yang tak berapa nak betul. Adess... Tensen tol! Dan itulah yang aku rasakan tadi. Disebabkan mender camtu, mender yang aku nak buat lom lagi sempat aku nak setelkan. Hangin tol!

Monday, November 9, 2009

Citer pagi tadi...

Pagi tadi masa nak breakfast, aku terjumpa lalat mati dalam ketiaw aku. Adess... potong tol la. Dah la lapar giler. Tak jadik makan! Sampai sekarang aku masih lagi menahan lapar. Takper2... consider diet jer. Hahaha... Tapi esok siaplah cafe kat bawah nih! Akan aku komplen ngan diorang. Biasa sangat tu!!!

Dalam menahan lapar, bos aku lak datang kat aku. “Jom meeting!” dia cakap sambil menyengih. Dan aku pun menyengih la balik. Hehehe... Dalam meeting dia remind kitorang – deadline rabu nih! So, apa lagi... Aku pun terus dok menyebokkan diri mengcontact ahli geologi dan meteorologi. Sebenarnya aku dah berjaya contact orang kat jabatan meteorologi dari last week. Cuma nak buat follow up sama ada leh interview ke tak. Surat aku dah email lama dah. Cuma masalahnya kat geologi nih hah. Susah tol nak dapatkan PRnya. Bila dah dapat, dia suruh aku contact orang lain. Mesti amik masa lagi. Iyer la... Nak kena buat surat la... Tu pun lom tentu dapat. Biasa la... Kalau nak deal ngan gomen memang leceh. Kena amik masa lama sebab banyak sangat prosedurnya. So, aku try kejar lecturer UM dalam bidang geologi lak. Tapi dah banyak kali gak aku call opis diorang. Tapi sampai sudah takde saper pun yang jawab call aku. Adess.. Agaknya memang lecturer nih ramai yang tak suka lekatkan opis kot. Erm... takper2. Nanti karang aku try lagi.

Okeh... nak gi lunch. Adios

Sunday, November 8, 2009

Mau tido!

Serius... Aku ngantuk sangat2. Tadi teringat gak nak tido awal sebenarnya. Tapi bila dah start buat keje, nih ler jadinya. kalau ikutkan aku nak sambung lagi. Tapi mata aku dah ngantuk. Dah tak tahan nak berjaga. Okeh ler. Gud nite...

Friday, November 6, 2009

Kepala mengong!

Dalam sibok2, sempat lak aku menukar template. Hahaha... Ntah apa2 jer aku nih. Sebenarnya kepala aku tengah berat nih. tak tau naper. Rasa cam mengong lak. Kalaulah ada orang tolong picitkan, sure best. Hehehe... Mengada2 lak aku nih. :P

Malam nih macam2 aku kena buat sebab esok schedule aku padat giler. Esok macam2 aku kena buat. Esok kena bangun awal sebab aku dah janji ngan makcik sorang tu. Aiseh... Lupa lak. Lusa pun aku kena bangun awal gak sebab dah janji gak ngan orang. Adess... Tak dapek la aku nak bangun lambat weekend nih :(

Erm.. Okehla. Nak sambung buat keje jap. Lepas tu setelkan kain yang dah berendam dari kol 7pm tadi.

Adioss...

Wednesday, November 4, 2009

Bizii...

Sebenarnya ada banyak mender aku nak citer terutamanya pasal pengalaman aku kat indon baru2 nih. Tapi aku betul2 tak dan nak nulih kat sini. Aku rasa lepas nih mungkin aku akan jarang2 update blog kot. Takper la. Tengok la camana. Kalau sempat dan takde aral aku akan tulih something. So, babaiii... :)

Monday, November 2, 2009

Thanks...

1hb November 09 - aku rasa letih sesangat. Tapi aku hepi. Sangat2 hepi....
Thanks... :)

Tuesday, October 27, 2009

Alkisahnyer...

Sejak dua tiga menjak nih jadual idup aku memang padat. Tak tau la naper. Tapi tak kisah la. Cuma masalahnya keje yang patut aku siapkan, sampai sekarang lom lagi siap2. Teruk tol aku nih.

Ada orang tanya kat aku, ke mana sebenarnya aku pegi weekend lepas. Sebenarnya aku tak gi jauh mana pun. Aku gi penang jer. Hehehe… Ingat nak gi lagi jauh. Tapi ongkosnya tak cukup. Bukan apa. Kena berjimat sebab esok aku nak gi berpoya2. Hahaha… Lepas tu konon2nya nak singgah umah mak bapak aku kat Ipoh. Tapi diorang lak takde. Aku gerak dari Shah Alam ke Penang kol 1 am. Bestnyer tido. Sedar2 jer dah sampai Butterworth kol 5am. Member2 aku semua pakat makan nasi kandar. Tapi aku makan roti canai jer. Nth. Tak selera lak aku nak makan berat2 time camtu. Ngalahkan bulan puasa lak. Sampai jer kat Penang aku buat keje opis skit. Lepas t uterus sambung tido sampai kol 10 am. Petang dalam kol 4 lebih, gi makan nasi kenduri. Nih kali kedua aku makan nasi kenduri kat Penang dengan memakai jeans ngan blaus. Orang lain nengok aku pelik jer sebab diorang semua pakai baju kurung. Tapi gasaklah… Aiman tak kisah. Yang penting perut kenyang. Lepas tu bermula la aktiviti berjalan2. Alah… Bukan gi mana2 pun. Petang tu lepak jap kat depan Queens Bay. Kat situ kan ada macam laut skit. Lama gak lepak situ. Tapi aku betul2 tak puas hati. Ramai tol yang selamba badak buang sampah. Ish… Memang buruk tol perangai diorang. Rasa cam nak pelangkong jer orang tu. Keluar dari situ, kitorang ramai2 gi ronda town. Makan Pasembor. Lepas tu gi lepak kat Padang Kota Lama. Lama gak lepak situ. Lepas tu balik. Dalam kol 1 lebih keluar balik sebab nak makan char kuew tiaw. Dan keesokan harinya aku bangun lambat lagi. Hahaha… tak senonoh tol aku nih!

Seperti tahun2 lepas, tahun nih pun aku ada dapat tiket wayang free dari GSC. Jenuh aku dok pikir nak nengok citer apa. Last2 aku nengok citer Papadom. Kira ok la. Sepanjang nengok asyik dok gelak jer.

Erm… Okeh la. Nak sambung buat keje. Lepas tu tido. Adios…

Friday, October 23, 2009

Nak gi jalan2 :)

Malam nih aku nak gi utara. Nak gi jalan2 merelakskan kepala otak aku yang ala2 nth apa2 nih. Sebenarnya plan nih baru jer aku terpikir semalam. So, malam nih aku nak main redah jer. Lom beli tiket bas. Tengok la karang camana. Kalau ada tiket, aku akan pegi.

Sebenarnya aku plan nak gi Melaka. Tapi last minute tak jadik. Nih semua sebab kak Ki la. :(

Tujuan aku ke utara sebenarnya ada satu sebab jer yang utama. Aku nak gi lepak kat pantai. Aku nak relaks tanpa ada gangguan. Sambil2 tu aku akan cuba siapkan keje opis yang pending. Aku kena setelkan secepat yang mungkin sebab aku nak bercuti panjang next week.

Start bulan depan aku akan bz. Banyak mender yang aku kena setel sebelum menjelang bulan 12. Masa bulan 12 lak, bz aku akan berganda. Tahun depan sure kepala aku lagi pening. Tapi takper. Buat slow2. Nanti satu mender pun tak jadik. Hehehe…

Okeh… aku nak balik umah. Hari nih aku ingat nak masak :)

Ngomel sorang2...

Ada satu perkara yang betul2 buat aku musykil. Kenapa mereka macam menyampah sangat kat aku? Adakah kerana aku begitu drastik buat keputusan? Sepatutnya apa saja keputusan aku, takde kena mengena ngan diorang. Lagipun diorang sepatutnya suka dengan keputusan aku. Bukankah itu akan membuatkan diorang aman damai? Diorang tak yah nak pening kepala ngan sikap keras kepala dan degil aku. Erm... Tapi itu kata aku. Aku memang tak tau apa yang sebenarnya bermain kat kepala otak diorang tentang aku sampaikan diorang begitu berkira ngan aku. Nengok aku pun macam meluat sesangat.

Aku cuba berfikiran positif. Aku cuba gak tayang muka aku depan diorang dengan harapan kitorang tetap kawan walaupun aku dah blah. Tapi aku tak nampak ada paedah pun kat situ. Aku cuba nak letak diri aku kat diorang. cuba nak paham kenapa cenggitu jadiknya. Tapi aku tak leh nak buat. Sebab yang aku nampak banyak negatif daripada positif. Jadik, lebih baik toksah buat. Mencari negatif dan salah orang bukan suatu yang bagus. Tak gitu?

Tapi jauh di sudut hati aku memang ralat sangat. kenapa cenggitu jadiknya. Bukan sehari dua aku ngan diorang. Dah bertahun2. Tapi takper la... kalau itu dah pengakhirnya. Aku reda jer... :)

Thursday, October 22, 2009

:)

Tinggal lagi tak sampai seminggu sebelum aku gi berpoya2. Tapi banyak keje still pending. Adess... Apa nak jadik ngan aku. Semalam dah rugi satu hari sebab aku amik MC. Erm... Takper la. Yang penting semalam aku rest. Letih dah buat macam2 keje.

Malam nih aku ada mender nak buat. Aku malas nak citer kat korang. Nanti ada yang pakat gelak kat aku. Jadik aku diam2 jer la ek. Hehehe...

Erm.. Ok la. Aku nak balik umah dulu. Adios...

Tuesday, October 20, 2009

Rindu...

Tiba2 jer tadi, aku teringatkan seseorang. Lamanya aku tak jumpa dia. Rindu ker? Nth... Erm.. Boleh jadik gak kot. Tapi kalau rindu pun, cuma rindu sorang kawan. Rindu aku kat dia takkan lebih dari itu. Sebab aku sedar status aku dan status dia. Dulu aku selalu cakap, kawan hanya kawan. Takkan boleh lebih dari tu. Dan itulah yang berlaku antara kami. Tapi sekarang, boleh ker lagi aku berpegang pada kata2 yang sama? Relevan lagi ker?

Erm.. Dah 6 tahun berlalu. Tapi pelik. Naper tiba2 jer aku teringatkan dia?

Seumur hidup aku, dia adalah member lelaki terbaik yang pernah aku dapat. Dan dia jugak member lelaki paling teruk yang pernah aku dapat. Kadang2 aku rasa ralat bila kitorang putus kawan camtu jer. Puncanya adalah punca yang amat2 bodoh! (erm... boleh ker aku pikir camtu?) Tapi kadang2 aku rasa aku tak patut kesal. Sebab mungkin itu yang terbaik untuk semua pihak.

Tadi aku nampak nama dia kat FB. Erm... dia ker tu?

Spesel date :)

1 Oktober 09 - hari aku bukak buku baru
13 Oktober 09 - hari aku terlupa something ;)
18 Oktober 09 - tarikh istimewa untuk aku (jumpa apek jual buah) Hehehe...
28 Oktober 09 - nih lak tarikh keramat buat aku. Sangat penting nih! :D

Sembang Apek :)

Pagi Ahad masa gi pasar Batu Gajah, aku, ayah aku ngan mak aku bersembang ngan sorang apek cina nih. Dia nih tokeh jual buah. Tak tau camana, leh terbukak citer pasal poligami. Dia kata, orang tua yang gatal nak kawin muda memang bodoh. Sebabnya, bila dah kawin ngan orang muda, konpem dapat baby. Bila dapat baby, dia kena keje (walaupun dah nak pencen @ dah pencen) sebab nak sara anak ngan bini muda. Lepas tu dia kena sambung keje sampai la ke mati supaya boleh sara diorang terus (tuh belum campur bini tua). Katakanlah umur dia masa tu 40, anaknya baru lahir. Umur 50 anak baru 10 tahun (belum campur anak2 lepas tu). Umur 60 anak baru 20. Time tu anak tengah sibuk nak sambung belajar kat U. Patut umur 60 tengah berehat. Tapi dia tetap kena keje. Tu pasal Cina tu kata bodoh sebab sajer menyusahkan diri. Hehehe... Tapi nih bukan aku yang cakap. Tapi apek Cina cakap. :)

Friday, October 16, 2009

lagi ngomel!

Cepat tol masa berlalu. Nih dah masuk tengah bulan. Masuk ujung bulan nih pulak maka dah konfemlah aku berubah umor. Ish... ishh... Cam tak caya jer. Tapi apa2 pun, aku tetap rasa muda. Dan maintain muda. Hahaha.. Tara percaya ka?? :P

Walau apapun aku tetap bersyukur kepada Allah. Sebab aku masih lagi panjang umur. Leh nafas... Dan aku jugak sangat2 bersyukur sebab bulan nih Allah memberikan aku banyak mender. Alhamdulillah....

Sejak aku masuk kat team baru nih, makin banyak mender yang aku kena buat. Memang letih. Tapi so far aku rasa ok jer. Maleh aku nak pikir2 sangat. Cuma banding ngan dulu, sekarang nih banyak mender yang aku kena belajar. Dan banyak mender yang aku kena buat.

Aku suka dengan meja aku sekarang. Agak isolated. Lebih privacy. Dan jugak aman. Aircond betol2 dekat ngan kepala aku. Jadiknya, tugas aku dari pagi sampai petang ialah on dan offkan aircond tu. Sekejap aku naikkan suhu, sekejap lagi turunkan suhu. Kadang2 aku rasa cam aircond tu aku sorang yang punyer. Tapi yang tak bestnyer, aku kena share line talipon ngan sorang mamat dan sorang minah nih. Dan yang paling2 tak best bila ada orang call aku dan diorang yang jawab, dengan selambanya diorang akan cakap - salah nombor! Cisss... Betol2 buat aku hangin satu badan.

Esok aku akan balik Ipoh. Dah beli tiket bas pun. Lama dah tak naik bas. Rupa2nya harganya dah naik sampai RM17 lebih sekarang. Sabar jer la... Aku ingat lagi masa aku mula2 nak balik dari KL ke Ipoh, tiketnya cuma RM9 lebih. Lepas tu naik pulak jadik RM11 lebih. Kalau tak silap aku lepas tu jadik RM13. Tapi aku tak sure pulak. Nampak sangat aku dah lama tak naik bas. Hehehe...

Dulu2 aku memang suka gamble jer kalau bab balik Ipoh nih. Dari zaman aku study sampaila sebelum aku ada keta. Pernah gak aku tak dapat tiket nak balik Ipoh. Tapi, nak seribu daya kan... Jadik, aku pun dengan penuh nekad dan bersemangatnya pergila bila tiket bas buruk. Punyer la sempit. Tapi sebab keras kepala punyer pasal, aku tak peduli. Yang penting aku sampai Ipoh dengan jayanya. Aku ingat lagi aku pernah gaduh ngan orang bas (bukan bas ekspres, tapi bas tambahan bodo!). Cam tak caya jer aku leh jadik betol2 benkeng masa tu. Tapi orang bas tu memang salah. Konfem salah! Hahaha... (Mana leh kata aku yang salah. Tol tak? Hehehe..)

Erm... ngantuk la. Tido dulu. Adios :)