Pages

Tuesday, June 30, 2009

Aku yang kebosanan

La ni aku rasa takde mood la. Rasa cam nak marah orang pun ada. Adess... Nth apa2 jer aku nih. Erm... Nak tengok tv pun takde citer best. Nak gi basuh keta, lagi la aku rasa sangat2 malas. Tapi keta aku tu dah kotor sangat. Sian lak aku menengoknya. Takper la. Tengok la esok camana.

Tak best betol rasanya bila teringatkan keje yang berlambak2 kat opis tu. Banyaknyer tak setel lagi. Contact belum dapat. Location pun cam ada tak ada. Model pun aku lom talipon. Arghhh.... Aku betul2 tensen la. Tu belum masuk resipi ngan client punyer hal lagi. Adess... Naper la aku tetiba jadik gini? Rasa cam dah diserang kecelaruan minda lak. Hahaha... Padan ngan muka aku!

Jam baru kol 9.15 pm. Tapi tetiba jer mata aku ngantuk tak tentu hala. Agaknya dia pun paham gak tuannya dah letih berfikir plus melayan kebengongan. So, aku nak gi melentok kejap. Kalau rajin aku bangun balik. Gud nite everibodi.... :)

Sunday, June 28, 2009

Tak tau nak citer apa daa...

Tak tau naper lately nih aku malas nak update blog. Nak kata takde citer tak jugak. Cuma yang paling ketara aku betul2 malas plus takde mood. Agaknya boring pon ada gak kot. Hahaha... Ntah apa2 jer aku nih.

Erm... Aku sebenarnya teringin nak nengok Transformer. Tapi lom ada kesempatan lagi. Nak ajak orang temankan aku cam susah jer. Ada yang malas nak pegi. Ada gak yang dah nengok ngan orang lain. Erm... Tak best tol! Takper la. Tengok la nanti camana. Ada rezeki aku, ada la kot. Lagipon, kalau dipikir2kan sangat, nanti hati aku gak yang sakit. Tu lagi2 tak best.

Aku baru jer tau ada sate samuri kat PKNS. Petang semalam aku lalu kat depan kedai tu. Rasa cam nak beli je. Tapi sebabkan banyak lagi tempat lain aku nak singgah, so nak tak nak aku terpaksa la mengcancelkan niat murni aku tu. Tapi dah sampai umah pun kepala otak aku leh ingat sate je. Ntah apa2 jer aku. Mengalahkan orang mengidam lak. :P Walau apa2pun yang bestnya,petang tadi dengan jayanya aku dah gi makan sate tu. Alah... Bukan banyak pun. Aku makan 6 cucuk jer. Sate ayam campur ngan sate daging. Saiznya takdela besar mana. Tapi memandangkan aku nih tak kuat makan, so tu pun dah cukup mengenyangkan perut aku :D

Aiseh... Dah tak tau nak story apa. So, permisi dulu la ek. Adiossss.......

Monday, June 22, 2009

Terima kasih dan maaf

Aku sebenarnya tertarik ngan statement kak Ki - dalam bersahabat, takde perkataan terima kasih dan maaf sebab dalam bersahabat kita kena saling menghargai.

Aku tak tau apa pendapat korang. Tapi aku rasa ada gak betulnya ngan statement tu. :) Apabila sahabat menghargai kita (dengan tindak tanduk dan perlakuannya), itu sudah cukup untuk menunjukkan yang dia berterima kasih dan meminta maaf dengan kita. Bukankah itu lebih baik dan bermakna berbanding kata2 yang lahir dari ketidakikhlasan hati?

Sunday, June 21, 2009

....

Kalau dia bertanya kepadamu
kenapa aku membisu
maka jawabkanlah untuk ku
‘aku ingin bersendiri
menghitung kembali salah silapku
menimbang semula kedangkalan hatiku
agar aku bisa tahu
agar aku bisa faham
kenapa ada yang sanggup merobek
kepercayaan yang kubina dulu
keikhlasan yang kusemai semalam
dan kejujuran yang kubajai kelmarin
agar aku tidak lagi tersalah catur
dalam sebuah hubungan
dengan insan bergelar sahabat’.


1.20 pm

Jalan2

Aku suka berjalan kaki dan aku juga kaki berjalan. Dari dulu sampai sekarang, memang itu fiil aku - meredah mana2 tempat yang aku pegi ikut sesuka hati aku. Dan pada masa yang sama amat jarang untuk mengkontrol ayukan diri aku yang sememangnya tak berapa nak ayu nih (melainkan kalau dalam keadaan tertentu yang memerlukan aku untuk bersopan-santun dan bertatasusila... hehehe...). Bagi aku, buat camtu memang seronok. Aku rasa bebas. Bebas daripada macam2 perkara termasuklah masalah dan stress yang menyemakkan kepala otak aku. Cuma sayangnya, bila umur aku semakin meningkat, aku semakin jauh daripada aktiviti2 macam tu. Bukan aku tak mau. Tapi aku semakin tak cukup masa dan semakin takde geng untuk melakukannya. Sian kat aku kan?? Hehehe... Tapi pengalaman siang tadi memang best. Aku memang enjoy giler walaupun letih dan berpanas. Tiba2 jer aku rasa muda balik cam dolu2 lak. Hahahah...

Kat member yang susah payah melayan kerenah dan keemosionalan aku siang tadi, tima kasih bebanyak ek. Lain kali leh lagi ek :D

Buat Jepun lak, insya-Allah aku akan selalu ada untuk ko:) Ko kan laling kesayangan aku! Jaga diri bebaik beb! Luv u... muahhsss.... Hehehe...

Thursday, June 18, 2009

Kawin

Baru jap tadi sorang kawan baik aku mintak alamat aku. Mula2 dia kata nak antar surat. Aku pelik gak. Surat apa dia nak pos kat aku. Rupa2nya kad kawin. Hehehe... Bagus ler cenggitu. Aku memang seronok bila dengar member aku lepas sorang2 nak kawin. Dengan kata aku lain aku tumpang hepi ngan perkahwinan korang semua. Doa dari aku semoga korang semua bahagia hingga ke anak cucu. Tapi korang pun kena gak doakan aku cepat2 kawin gak ek. Hahaha.... (getek lak kejap :). Tapi ada satu mender yang buat aku rasa pelik plus sedikit terasa hati. Naper masa aku tanya hari tu, mamat nih kata dia lom tunang lagi? Ish... issshh... Naper nak berahsia ngan aku?? Kita kan kawan??

Wednesday, June 17, 2009

Hari nih

Pagi nih aku pening. Serabut tol kepala otak aku. Mana idaknya... Tarikh mati dah dekat. Tapi nak buat story lak tak leh. Nak tau naper? Sebabnya keadaan kat dalam opis aku nih dah macam kat pasar tani. Bising toll!! Semuanya nak bercakap kuat.
-9.30am-

Aku rasa cam migrain dah memanggil2 aku. Baru pegang skit kat kepala sebelah kiri, aku dah leh rasa sakitnya. Mujurlah denyutnya tak kuat sangat. Ish... Agaknya aku stress giler masa diorang bising2 tadi kot. Mana taknya, masa tu aku tengah dok buat story pasal VTE, time tu ler diorang bising pasal nak cari mekapla, baju la, nasi lemak la... bla... bla... Hangin tol! Tu belum campur ngan mak aku membebel marahkan aku. Betul2 kena penderaan mental aku pagi nih. Hahaha... Tapi takper... yang penting VTE aku dah siap. Text untuk client pun aku dah submit. Leh lega skit. Tapi banyak lagi pending nih.. Stop dulu... Gi makan nasi lemak.
-1pm-

Petang nih aku bz giler. Rasa cam tak cukup kaki tangan jer. Mula2 tadi bz menyetelkan masalah lesen sorang kakak nih. Lepas tu dok mengadjust resipi (naik berpinar mata aku!). Lepas tu menyetelkan gambar yang tak cukup (still blom setel). Lepas tu sambung balik menaip mender lain lak. Adess.... berapa banyak lepas tu daaa.....
-5.20pm-

Balik umah nengok tv. Rest!

7pm

Tuesday, June 16, 2009

Julai

Julai dah makin dekat. Rasa cam tak sabar lak aku. Gabra pun ada. Hehehe... Ada something yang aku nak buat sebenarnya - dah lama sangat aku rancang. So, hopefully menjadik :) Aku tak tau adakah itu yang terbaik untuk aku. Tapi aku selalu berharap itulah yang terbaik untuk aku. Aku rasa kali nih aku dah nekad. Walau apapun yang berlaku dalam tahun nih, aku tetap nak teruskan. Aku dah letih mengutamakan sesuatu yang tak pasti. Jadik kali ini biarlah aku buat mender yang aku nak, mender yang aku suka, mender yang impikan. Pls.... Jangan halang aku.... Tapi, restuilah aku... Doakan aku....

Monday, June 15, 2009

Pantai

Tengah2 dinihari nih tetiba jer aku rasa cam nak gi lepak kat pantai. Nthla... Dari dulu lagi aku memang suka sangat ngan pantai walaupun pernah terlemas masa mandi kat laut 20 tahun dulu. Bagi aku, menengok dan mendengar bunyi pantai dan laut amat seronok dan meralitkan. Dapat pulak kalau masa tu kepala otak aku tengah serabut ataupun jiwa aku tengah galau. Berjam2 pun aku sanggup.

Aku ingat lagi masa gi Langkawi waktu part 6, aku pernah paksa Zila ngan Fauziah teman aku lepak kat pantai sampai dekat2 kol 11pm lebih. Beberapa tahun sudah aku selalu gak paksa Ery teman aku gi Tanjung Gila semata2 nak tengok laut sedangkan viewnya memang tak cantik mana pun. Masa ngan Jepun kat Teluk Batik lak, kitorang dengan bestnya menyantaikan diri sambil berbaring kat tepi pantai tu. Mentang2 la masa tu hari keje, bukan main lagi kitorang beraksi sakan kat teluk batik tu. Silap tol aku tak bawak kamera masa tu. Hehehe... Pengalaman naik kapal kat area Tengku Abdul Rahman Park kat Sabah adalah yang paling best. Waktu tu aku rasa cam dalam citer Titanic lak. Hahaha...

Dulu Zila selalu tanya aku, naper aku suka pantai. Erm.... Naper agak2nya ek? Hehehe...

Sebenarnya banyak mender yang menarik pada laut dan pantai. Anginnya sangat mesra dan nyaman. Bunyinya pulak cukup ramah dan menghiburkan. Pasirnya halus. Buih2nya putih dan kemudian berselerakan bila pecah. Di pantai, kita boleh tengok betapa akrabnya langit dan bumi. Kedua2nya nampak saling bertaut menjadi satu. Dari pantai jugak kita boleh nampak pemandangan indah yang lengkap dengan banyak layer.

Laut dan pantai bukan cuma untuk jadik tempat cuci mata. Banyak mender yang boleh kita belajar kat sana. Biasanya bila kat sana, aku tak suka pikir banyak mender. Aku kosongkan kepala dan ketepikan semua prob. Syoknya masa tu...

Friday, June 12, 2009

Citer pasal makcik...

Semalam aku terjumpa ngan sorang makcik kerek. Selamber jer mengamuk tak tentu hala kat depan public. Tak tau malu tol! Lupa lak nak bagi tau... Dia mengamok sekali kat depan anaknya. (Bangga tol dia mengajar anak dia supaya buat perangai mengada2). Kalau yer pun tensen ngan anak dia (agak aku ler... ) dan tak puas hati ngan aku, tak yah la buat perangai buruk camtu. Kita kan sama melayu. Islam lak tu. Tak leh ke cakap bebaik? Sian gomen... Sia2 jer buat kempen budi bahasa, tapi ada gak orang yang tak reti berbahasa... Nengok kan perangainya tu, mendidih gak la aku. Tapi maleh aku nak melayan dia. Daripada berhangin dan berasap cam dia, baik aku setelkan keje aku. Ada gak paedahnya.

Kepada makcik yang berkenaan, kalau terbaca ni, aku nak bagi tau kat makcik yang perangai makcik sangat huduh dah buruk. Kalau esok lusa anak makcik yang mengada2 tu buat perangai camtu gak kat makcik, maka makcik leh berbangga sebab itu tandanya makcik dah berjaya didik anak makcik jadik sebijik macam makcik. So, tahniah seiklasnya dari aku (in advance)....

Tuesday, June 9, 2009

Sebabnya??

Ada orang cakap, sesuatu tu mesti ada sebabnya. Macam tu gak bila kita melakukan sesuatu, bercakap sesuatu, menyukai sesuatu dan etc. Tapi bagi aku la, kadang2 aku sendiri takde jawapan untuk mender2 tu semua. Ia berlaku cam spontan jer tanpa dirancang. Macam tu jugak kadang2 bila aku sukakan seseorang. Ada masanya aku tak tau naper. Yang aku tau ialah aku suka. Naper suka? Tak tau! Hahaha... Gitu gak kadang2 bila aku membuat satu2 keputusan seperti nak ke mana, buat apa dan etc. Orang tanya aku naper? Dan aku pun menjawab dengan selambanya - ntah tak tau! Hahaha... Cam poyo jer... :P

Monday, June 8, 2009

...

Aku ngantok...
Aku letih....
Aku rasa nak tido.... :(

Sunday, June 7, 2009

Kenangan...

Tadi entah camana aku terjumpa satu sajak. Takder la sesedap mana. Tapi bagi aku ia cukup spesel - kenangan 1997 :)

Daerahku

Kembalinya aku ke daerah ini
ternyata mengundang resah di hujung senja
bernaung di bawah pohon keyakinan rapuh
berpayung di bawah pengaruh luntur
berteduh di bawah kegemilangan roboh
lemas di lautan penuh penipuan.

Kepulanganku ke daerah ini
disambut senyuman sinis penuh tersirat
aku bagaikan tersisih di tanah ini
menjadi penumpang di tanah sendiri
dan aku cuba tersenyum lagi
walau jauh di tasik hati
berlagu pilu bernada sayu.

Aku yang terpinggir di daerah sendiri
di hujung senja berlabuh
kumenanti kapal untuk berlayar
menjejak kebahagian lalu
lantaran aku dianggap pendatang
menyesakkan ruang waktu
di daerah sendiri.

Di tengah lautan kukirim utusan
agar daerahku mengerti
"aku tidak gentar dengan isimu
cuma ingin mengembara meniti waktu
kembali menganyam sejarah gemilang semalam."

Friday, June 5, 2009

Tensen tol!

Sekarang ni aku kat tempat servis keta. Tengah berhangin dan berasap. Aku memang tak puas hati btol ngan perodua nih. Nak tukar spark plug pun dah sampai 50 lebih. Vios pun dalam 30 lebih jer. Pelik tol! Apa yang mahal sangat? Bukannya brand bagus sangat pon. Cap perodua jer.. Ishh.. Geram betol aku! Dah la barang cikai dia kasi aku! Nyesal lak rasanya beli keta nih. Baik aku guna public transport jer. Takde menyusahkan idup aku nak kena gi servis keta jer memanjang. Betol la nenek moyang dolu2 cakap - menyesal dulu pendapatan. Kalau menyesal sekarang, maka padanla dgn muka aku... :(

Wednesday, June 3, 2009

Cepatnya masa berlalu

Pejam celik pejam celik tinggal lagi enam hari jer nak mencukupkan enam tahun aku keje kat sini. Cam tak caya jer aku leh bertahan begitu lama. Hehehe... Tapi agak2 naper camtu ek?? Erm.... Nak tau naper??? Dah tentula sebab aku tak dapat keje lain. Hahaha.... Apa punyer jawapan daa.... :P

Aku memang orang yang cepat bosan. Jadik nak tak nak aku kena ngaku gak.... aku dah agak bosan kat sini. Mana taknya, aku terpaksa berdepan dengan benda dan perkara yang sama jer memanjang. Tapi ada satu mender yang buat aku tak berganjak dari keje aku sekarang. Nak tau sebab apa? Sebab keje itu keje yang cukup istimewa bagi aku. Kadang2 aku pikir balik, kalau aku tiba2 dapat peluang yang lebih baik dan juga sesuatu yang aku suka, bersedia ke aku untuk tinggalkan keje sekarang?

Dulu aku pernah naik hangin ngan sorang mamat nih. Dia kata orang yang keje macam aku nih sebenarnya bukan nak buat keje sangat. Tapi lebih kepada nak mender free jer, makan free kat tempat high class dan bla.. blaa... blaa... Sakit tol hati aku mendengarnya. Rasa cam nak pelangkong jer dia. Hahaha... Bila dipikirkan dalam keadaan kepala otak tengah cool, mungkin ada gak betulnya kata dia. Tapi still aku tetap reject kata2 dia. Sebabnya aku bukan macam tu. Dan kawan2 aku pun bukan macam tu! Kalau nak diikutkan, apalah sangat mender free yang kitorang dapat kalau nak dibandingkan dengan keseronokan yang kitorang dapat semasa bekerja.

Keje macam aku nih tak akan membuatkan aku kaya harta. Dan aku tau aku tak mungkin akan dapat kumpul duit dan harta yang banyak kalau aku terus menerus dengan keje ni. Tapi dengan keje nih, sebenarnya banyak mender lain yang aku dapat; pengalaman, ilmu, kenalan, perasaan dan macam2 lagi. Naper aku kata perasaan? Sebab sebaik saja aku bekeje dalam bidang ni, aku tau macam mana perasaannya bila kena maki, dimalukan depan orang, dihalau, diperlekeh, dihina, dimarah, ditengking, dipuji, dibodek dan bla... blaa... blaaa.... Ada masanya aku rasa cam aku dah lali dengan semua tu sampaikan ada antara member2 yang cakap aku nih jenis muka tebal dan tak reti malu. Tapi tak kisah la tu. Lebih penting lagi, dengan keje nih jugak, aku jadi lebih sedar diri.... Nak tau naper aku cakap camtu? Erm... Takyah la aku story. Biar aku sorang jer yang tau naper :)

Monday, June 1, 2009

Sebabnya...

Bila dah selalu sangat ikut peraturan, aku rasa cam letih, aku rasa cam bosan, aku rasa macam kaki tangan kena ikat. Dan kepala otak rasa tepu. Sebab itulah kat sini aku tulih ikut sesuka hati aku tanpa perlu amik tau ejaan yang betul, nahu yang tepat dan bla.. bla.... bla...... Biar aku belasah jer sesedap hati aku. Yang penting aku tak stress memikirkan semua peraturan2 penulisan yang aku belajar sejak darjah satu. Kat semua cikgu2 yang pernah susah payah ajar aku bm, mintak maap bebanyak. Jangan kecik ati ek. Kat sini jer aku hentam keromo. Tapi bila bab keje, aku tetap setia ikut peraturan DBP. Hehehe... Tak caya, meh sini aku tunjukkan bukti. Adess... Cam poyo lak aku nih! (sebelum orang kutuk, meh aku kutuk diri aku dulu.. :P)

Dulu ada orang tanya aku, naper gaya tulisan aku macam nih kat sini? Jadik, itulah jawapannya. :)

Sunday, May 31, 2009

Itm

Semalam aku melepak jap kat itm berdua ngan member. Gi ronda2 kat sana sambil menengok perubahan2 yang dah berlaku terutamanya kat menara. Cam takde keje je aku nih. Hahaha.. Berbanding 2007, tak banyak mende yang berubah. Tapi kalau nak dibandingkan dengan 2002, dah tentu banyak bezanya. Masa awal tahun 2000, kalau ada kelas malam, aku suka melepak kejap kat tangga tingkat 12 atau 13 menara. Dari situ aku boleh tengok bandar Shah Alam. Takde apa pun yang menarik. Tapi aku suka menengoknya. Mungkin sebab warna2 lampu kot. Bila aku berpeluang balik ke sana dua tahun lepas, aku teringin nak buat perkara yang sama. Tapi zaman aku belajar kat situ dulu dah lama berlalu. Menara dah tak happening cam dolu2. Dah takde student yang melepak malam2 kat tingkat atas. Sampaikan bila aku nak melepak kat tangga cam dolu2 pun aku naik takut - takut pada sebarang kemungkinan yang tidak bagus. Ish... ishhh... Penakut gak aku nih ek. Hahaha...

Thursday, May 28, 2009

Tiba2 jer aku rasa kagum :D

Pagi tadi aku excited giler nak gi penjara Kajang. Hahaha... Nth apa2 jer aku nih. :) Aku sebenarnya tak pernah nak amik tau apa2 pun pasal perkembangan kat penjara. Tapi frankly speaking, aku agak kagum gak la tadi bila diberitahu ada spa ngan saloon kat sana. Tapi mintak maafla ek... Hanya untuk orang pompuan jer. Hehehe.. Harganya murah dan servis pun dikatakan berkualiti. So, kalau korang nak try leh la contact diorang. Kalau nak contact number, korang leh dapatkan kat website diorang. (Cam tolong promote jer aku nih... Hehehe...) Kalau tak silap aku, korang nak tempah baju kat sana pun leh. Latest, diorang ada buat comforter. Tapi setakat nih diorang cuma jual kat staff2 penjara jer. Maybe akan datang, korang pun leh beli comforter dari diorang. Lagi satu perkara menarik - penghuni2 penjara nih pun ada buat frozen food tau! Antaranya termasuklah mini murtabak ngan karipap. Diorang jual under label My Pride kalau tak silap aku. :)

Monday, May 25, 2009

Dahlia

Kelas Pendidikan Jasmani sudah pun berlalu separuh waktu. Biasanya pada waktu begini, Dahlia gemar mewarna buku lakaran kartun yang dibeli ayahnya. Namun, entah mengapa hari ini dia kurang berminat untuk berbuat begitu.

Ditopangkannya dagu sambil anak matanya ralit merenung jauh ke luar jendela. Riuh-rendah rakan-rakannya di padang membuatkan hatinya sedikit terusik. Keseronokan mereka membuatkan Dahlia tiba-tiba sahaja berasa kepingin. Sudah lama benar dia tidak memijakkan kaki di atas rumput padang yang menghijau. Dan sudah lama juga dia tidak berlari mahupun melompat girang seperti kanak-kanak lain. Dahlia benar-benar kerinduan.

Dia mengeluh kecil. Dialihkan pandangannya ke arah lain. Langsung dikesatnya mata yang berair. Dia ingat lagi pesan nenek. Kata nenek, apa yang berlaku adalah dugaan Allah. Dan sebagai hambanya dia harus bersabar.

Cuba dipujuk lagi hati yang tidak keruan. Namun, makin dipujuk, kian galak pula hati kecilnya meronta gelisah.

Sesekali dahinya berkerut menahan sakit. Perlahan-lahan diselaknya kain baju kurung yang sedang dipakai. Kemudian dirabanya kedua belah kakinya yang berbalut kemas. Hati Dahlia kembali sebak. Tidak ramai yang tahu apa yang tersembunyi di sebalik balutan itu. Malah, boleh dikatakan cuma beberapa orang sahaja rakan-rakannya yang perasan akan kakinya yang berbalut. Kadang-kadang Dahlia berasa sangat segan dan bimbang. Dia takut kalau-kalau bau yang kurang enak dari kakinya tiba-tiba menusuk ke hidung teman-teman lain.

Dahlia sedar, kakinya tidak seperti kaki orang lain. Kakinya penuh keruping bercampur nanah. Dahulu bahagian yang kena cuma sedikit. Tetapi, semakin lama bertambah luas pula ia merebak. Dan akhirnya menjalar sehingga ke seluruh kaki kirinya. Dia tahu, bukan calang-calang nanah yang bertapak di kakinya.

Sejak diserang penyakit, kakinya tidak lagi betah bergerak seperti dahulu. Nanah di kaki seolah-olah rakus menjamah kulit dagingnya sehinggakan kakinya hilang upaya untuk berdiri gagah. Pergerakannya kian terbatas. Serta-merta dia berasa sangat kasihan kepada ayahnya kerana terpaksa bersusah payah menghantar dan mengambilnya dari sekolah setiap hari. Malah, lebih menyedihkan Dahlia apabila ayahnya terpaksa mendukungnya menaiki tangga setinggi dua tingkat semata-mata kerana mahu menghantarnya ke kelas 3 Hijau.

Pernah Dahlia suarakan hasratnya untuk berhenti sekolah. Sekurang-kurangnya kurang sedikit beban ayahnya. Namun, mak dan ayahnya berkeras membantah.

“Jangan risaukan ayah. Selagi Lia boleh pergi ke sekolah, mak dan ayah nak Lia pergi juga. Kami tak mahu Lia tercicir,” terang ayahnya lembut membuatkan Dahlia sedikitt terharu.

Dahlia tidak tahu penyakit apa yang sedang dideritainya sejak lebih setahun lalu. Kata ayah, doktor sendiri pun tidak pasti. Dahlia jadi bingung tiba-tiba. Setahu Dahlia, doktor amat bijak tentang ilmu perubatan. Mustahil penyakit sebegini pun dia tidak tahu. Serta-merta timbul keraguan di hati Dahlia. Benarkah doktor tidak tahu? Atau barangkali ayah sengaja berkata begitu?

“Memanglah mereka pandai ubat orang sakit. Tapi Lia kena ingat, doktor pun manusia juga macam Lia... Walaupun dia hebat, dia tetap ada kekurangan. Cuba Lia tengok Shahril. Orang mungkin sangka dia kuat sebab badan dia besar dan gemuk. Tapi Lia pun tau yang Sharil selalu kena buli, kan?” ujar emak suatu hari. Dahlia terdiam seketika, cuba menimbang semula kata-kata emak.

Pernah juga Dahlia terdengar soksek orang. Kononnya dia dianiaya orang. Namun, Dahlia tidak berani hendak mengiyakan.

“Lamanya termenung. Ingatkan apa?” Dahlia tersentak. Ditolehnya ke arah Aini yang baru sahaja selesai menyalin pakaian sukannya.

“Tak ada apa-apa,” ujar Dahlia lembut. Aini tersenyum. Dilabuhkan punggungnya di sisi Dahlia.

“Rosdi cakap, hari ni Cikgu Zainab tak datang. Eee... Seronoknya...” kata Aini tiba-tiba. Gembira benar dia apabila kelas Bahasa Malaysia tidak ada hari ini. Dahlia sekadar tersenyum. Dia sudah masak benar dengan sikap Aini. Aini agak pemalas. Peliknya, dia masih lagi mampu mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan.

Dahlia tidak menghiraukan Aini yang sedang sibuk melipat baju sukannya untuk dimasukkan ke dalam beg sekolah. Dia terus membuka buku warna bergambar Mickey Mouse kesukaannya. Diselaknya satu persatu. Aksi Minnie Mouse yang sedang menari tango menarik perhatiannya. Langsung jari-jemarinya berhenti menyelak. Diambilnya pensel warna merah tua. Kemudian diwarnakannya gaun Minnie yang separas lutut.

“Aini! Kenapa pukul Lia? Sakit tau!” rintih Dahlia tiba-tiba sambil menggosok lembut bahu sebelah kanannya. Aini tersengih memandang wajah masam Dahlia.

“Ala... Minta maaflah, Lia. Aini tak sengaja. Ini semua sebab lalat tadi tu lah! Agaknya dia dah tak ada tempat lain nak pergi. Sebab itulah dia datang sini. Tapi, pelik betullah! Lalat kan selalunya suka tempat busuk. Takkanlah dia boleh tersuka bau bedak Aini yang wangi ni!” kata Aini cuba berseloroh.

“Agaknya dia datang sebab kaki Lia...” ujar Dahlia perlahan dengan nada yang cukup mendatar. Aini tersentak. Tidak disangka gurauannya tadi telah mengguris hati temannya.

Dipandangnya wajah Dahlia yang berubah suram. Dia tahu Dahlia tersinggung. Aini mengeluh perlahan. Dan hatinya terus-menerus memaki kelancangan mulutnya sendiri. Ahh... Bagaimanalah dia boleh menjadi secuai itu ketika melontar kata kepada Dahlia? Dialihkan pandangannya ke arah lain. Tidak sampai hatinya melihat air yang sudah bergenang di kelopak mata Dahlia.

“Lia... Aini minta maaf. Aini tak maksudkan macam tu. Aini cuma bergurau,” ujar Aini lembut. Cuba dipujuknya Dahlia yang semakin berwajah mendung.

Dahlia diam tidak membalas. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia teringatkan lalat-lalat yang selalu cuba menyinggah pada kakinya ketika tidak berbalut. Berulang kali dia menepis, tetapi lalat itu enggan jua pergi jauh. Dahlia mengeluh perlahan. Hatinya terus merintih. Ahh... Letihnya melayan tubuh sendiri.

“Lia... maafkan Aini...” ujar Aini untuk kesekian kali. Namun, Dahlia terus menyepi.

“Lia...”

Dahlia sudah semakin bosan dengan rasa sakit yang kian menjalar. Kalaulah penderitaannya hanya akan berakhir dengan kematian, dia rela begitu. Bukankah itu lebih baik untuk dia dan semua orang?

“Lia... Kenapa ni?”

“Erm... Lia tak apa-apa,” ujar Dahlia sambil tersenyum. Dia tidak mahu lagi ambil hati dengan Aini. Aini teman baiknya. Dia sayangkan Aini. Dia sayangkan semua orang.

Waktu persekolahan sudah lama berakhir. Dahlia membetulkan kain yang menutup bahagian kakinya yang telanjang tidak berbalut. Kemudian ditariknya nafas dalam-dalam. Dia ingin hirup udara segar di hadapan rumahnya puas-puas. Dipandangnya ibu yang yang sedang menyapu sampah di halaman. Kemudian beralih kepada wajah nenek dan ayah yang sedang berbual tidak jauh darinya. Dibeleknya setiap wajah itu puas-puas. Dia tidak mahu kerinduan lagi selepas ini.

“Lia sayang... Mari kita masuk dalam,” ajak ibunya lembut. Namun, Dahlia enggan bergerak mahupun membuka mata. Walau berkali-kali diajak, Dahlia tetap kaku begitu. Perlahan-lahan tubuhnya mula mendingin.

Kisah pokok durian...


Kadang2 aku nih tak ubah macam menunggu buah yang tak luruh2 dari sebatang pokok durian di sebuah dusun. Dan option yang aku ada cuma 3– gi kat dusun lain; gi tunggu kat pokok durian lain ataupun terus tunggu kat pokok yang sama macam orang bodo. Jadi apa pilihan aku?