Pages

Tuesday, March 31, 2009

sian aku..

aku jadik 'out patient' sejak semalam lg. Sian kat aku. Nih pun aku rasa tak larat sgt. Habih lemah satu badan aku dibuatnya. Esok tak tau lg camana. harap2 ok la. cukup la mc hari nih je. Susah aku nanti klu esok pun aku tak sihat gak. Bnyk keje aku tersangkut nanti. Erm...esok ingat nak gi tengok wayang. Tapi aku punyer instinct kata tak jadik jer. Adik aku ni pun satu! Kol berapa dia nak kluar ni? Cepat ler weii! Aku nak koyok daa...

Monday, March 30, 2009

Hari membuang masa di tesco...

dah lama aku tak gi join aturcara sukan. last aku masuk masa tahun 2004 kot. tu pun aku masuk kawat jer. tapi malang tol masa tu. umah sukan aku (rumah merah) kalah daa... lepas tu mana ada ada aku pegi bila opis aku buat sukan. aku pun dah tak ingat naper aku tak pegi. tapi tadi nth camana, aku leh pulak ikut kak rusni gi nengok anak muridnya masuk sukan. cam tak caya jer... tadi aku bukan setakat bangun awal, tapi siap buat breakfast cucur lagi. hahaha... cam tak jer...

lepas setel sukan, aku ngan kak rusni gi hantar dua anak muridnya balik dulu. lepas tu kitorang gi sunway tengok wayang. aku ingat nak nengok citer knowing. tapi kak rusni lak beriya nak nengok dragon ball. takper la. kasi layan jer. jangan nengok citer hantu mengarut macam citer yang aku nengok dua minggu sudah ngan kak fiza udah! :D nak nengok wayang punyer pasal, tak sempat kitorang nak lunch. punyer la lapar. mujur la, sempat beli popcorn ngan coke. tapi yang peliknya, dalam lapar2 pun, tak gak kitorang habih makan pon. mana taknya, sepanjang citer tu kitorang konsentret giler. best wooo... hehehe...

lepas habih nengok tu, kitorang terus balik shah alam. ingat nak makan bertiga ngan mamat tu. tapi leh lak dia tetido. letih aku ngan kak rusni nunggu. so, apa lagi. aku ngan kak rusni pun gi makan dulu arr kat nasi ayam pak mal tu. lapar tol! lepas hantar kak rusni, aku gi temankan gak mamat tu makan. lepas tu, aku gi tesco - shopping sorang2. adess... ramai giler. bayangkan, aku gi sana kol 6.45pm. tapi keluar dari situ kol 8.30 malam. bukan banyak pon aku beli. alah... cuma 7 benda jer. adess... buang masa tol!

erm.... tetiba jer aku teringatkan si zack. hari tu dia sms aku, aku dah tido lak. lama tol tak jumpa dia. tu la. masa dia datang sini aku lak takde kat sini. bila aku balik sini, dia lak cam bz. takper arr.. tak dapat jumpa kali ni, insya-allah next time pun leh jumpa lagi. :D
erm... apa citer shark ek? adess... rindu gak kat mamat sorang nih. tapi nth kenapa malas tol aku nak call dia. kang kalau dia tanya soalan cepu emas, terkelu lak aku nak jawab...

dah kol 12 lebih nih. banyak lagi mende nak buat. adioss...

Thursday, March 26, 2009

Serabut plus serabai...

Lately nih, aku serabut dan serabai skit. cam2 masalah timbul. aku malas tol nak pikir. tapi dalam malas2 tu pun, aku tetap kena pikir gak. dalam keadaan camni aku rasa cam nak blame orang je. tapi berbaloi ke aku buat camtu? blame kat orang pun takkan mengubah apa2. dia tetap akan macam tu. yang lain2 pun tetap gak macam tu. dan aku pulak akan stress sorang2. berbaloi ker camtu?

kadang2 aku hairan dengan manusia nih. dan kadang2 aku pun hairan gak ngan diri aku. heheh... cam pelik jer kan bunyinya.. tapi itulah yang sebenarnya aku rasa. dan kadang2 jugak aku rasa kesian kat orang2 termasuk aku. naper agaknya jadik camni ek..

jepun, thanks teman aku hari tu. aku enjoy sangat walaupun aku terpaksa balik umah lambat. hehehe... insya-allah, bila free kita gi date lagi ek... :D

Thursday, March 12, 2009

HIdayah??

Jumaat sampai Ahad last week aku kena gi kursus ESQ. Adess! Aku memang malas giler sebab kena bangun awal pagi. Sebelum kol 8am dah kena terpacak kat matrade jln duta tu. Lepas tu setel lak kol 7.30 pm. lama giler! Naik lenguh pinggang aku sebab masa kursus tu semua org kena duduk atas lantai. Tapi bila dipikirkan balik, ok gak aku pegi. At least aku leh sedar diri. Hehehe..

Sepanjang kursus tu memanjang je org menangis. Ada la beberapa kerat yg maintain macho termasuk la aku. Tapi last day air mata aku ada gak terkeluar skit. Ish.. Kira ok la tu. Tadi kak rin ngan kak miri tanya aku nangis ke tak. Beriya-iya diorang tanya. Bila aku sengih, diorang tak puas hati. Bila aku angguk diorang tak percaya. Kelakar tol!

Masa kat dalam kursus tu, ada orang tanya kat tukang penceramah tu (lupa nama dia), kalau tak nangis, tu tanda tak dapat hidayah ker? Uikss... Terasa lak aku!!

Wednesday, March 4, 2009

Letih daa...

Aku baru jer balik dari Taipei semalam. Adusss... Letih giler! Aktiviti aku kat sana memang pack. Keluar pagi, balik malam. Tapi, apa2 pun tetap best! Aku memang enjoy. Rasa cam pegi vacation lak. Hehehe...

Hari ini aku amik half day. Kol 2 karang aku kena gi opis. Lagipun petang nih aku ada briefing pasal ESQ esok lusa ngan tulat. Adess... Kalau dah macam ni, time bila aku nak siapkan keje nih ek? Konpiusss tol! Tapi sebelum gi opis, aku kena gi servis keta aku dulu sebab weekend nih aku takde masa nak buat. :)

Erm... Jap2 lagi kalau sempat aku citer kat korang pasal taiwan ek... :D

Wednesday, February 11, 2009

EQ

nih lagi satu mende aku nak letak pasal EQ. aku ingat aku dah buang. rupa2nya ada lagi aku simpan. :)

Flower / Emosi/ Hypothalamus
Positif

Penyayang, periang, berfikiran terbuka, prihatin, memahami perasaan orang lain, bertimbang rasa, pemurah, kreatif, ingatan jangka pendek, berimaginasi
Negatif
Suka merajuk, pemarah, sensitif, serius, suka membenci, mudah sedih, dengki
Gangguan
Mengantuk, selsema, sinus, kejutan, angin ahmar, pembuluh tersekat
Terapi
Sentuhan, wangian, visual, warna

Stream / Fizikal / Thymus / Medula
Positif
Tubuh yang kuat, bertenaga, agresif, atelit, kemas, mampu buat kerja-kerja berat, bertanggungjawab, tumpuan, terperinci, logik, intelek
Negatif
Fizikal lemah, malas, pentingkan diri, keras hati, berfikiran sempit, ego
Gangguan
Kebas, kejang, usus sensitif, sembelit, penyakit saraf, sakit tulang dan anemia
Terapi
Pergerakan, keseimbangan aktiviti fizikal

Shaker / Spiritual / Pineal
Positif

Kuat semangat, tinggi keyakinan, pendirian yang tetap, bijak, boleh memotvasikan orang lain, ada ciri-ciri pemimpin, kreatif, holistic, peka pada keadaan dan boleh membaca suasana
Negatif
Lemah semangat, mudah putus, murung, sentiasa bimbang, degil, mudah terpengaruh
Gangguan
Pitam, mabuk, sakit kepala, sakit tengkuk, insomnia, halusinasi, nyanyuk dan epilepsi
Terapi
Audio, muzik, sensasi

Jewel / Minda / P. Gland
Positif

Kuat daya ingatan, konsentrasi tinggi, kerja dengan perancangan, sistematik, kuat berfikir, objektif, pintar, banyak tanya, pemikiran kritis, logical, disiplin mental yang tinggi, terperinci, penganalisis yang baik
Negatif
Pelupa, hilang daya tumpuan, keliru, malas berfikir, lembab, suka komen
Gangguan
Angin, gastrik, alahan kulit, loya, buah pinggang, haid tidak teratur
Terapi
Verbal, nasihat, kaunseling

Tuesday, February 10, 2009

Cendawan oo cendawan....


sejak menjak gila petik cendawan nih, aku rasa macam teringin lak nak buat mushroom soup. hari tu aku ada buat. tapi cam tak best jer. tadi kebetulan masa dok belek note kat email, aku terjumpa resepi nih. so, aku paste je kat sini dulu. nanti mana ler tau aku ker atau engkorang nak buat ker... hehehhe... aku tak sure saper bagi resepi nih kat aku. chef kat fim kot. ish... lupa lak nama dia. chef azmir kot... hahaha... sesuka hati aku jer :D
erm... sebut pasal resepi, tetiba jer aku teringat kat kak ani. lamanya tak makan dia masak. rindunyer.... :)

Cream Of Mushroom Soup

Ingredients (Serves 10)
- 80 gm butter
- 80 gm onion, peeled and chopped
- 30 gm garlic, peeled and chopped
- ½ tsp crushed black peppercorn
- 1 gm dried oregano
- 10 gm basil leaves
- 1 gm dried marjoram
- 300 gm fresh abalone mushroom
- 200 gm fresh shitake mushroom
- 100 gm fresh button mushroom
- 3 litres chicken stock
- 200 ml cream
- to taste salt

Garnish
- 5 gm Paprika powder

Method
- Melt butter in a soup pot, sauté onion, garlic, crushed black peppercorn until aromatic. Add oregano, basil leaves, marjoram and all mushrooms. Sauté until fragrant.
- Pour in the chicken stock. Bring to simmer for 20 minutes.
- Pour into food processor and blend until fine.
- Bring the mushroom soup to the boil, add cream and salt to taste.
- Stir butter into the soup before serving. Garnish with paprika powder.

Carelessnya aku!!!

hari nih hari ketiga aku tak sihat. rasa cam nak mc jer. tapi mana leh! deadline dah dekat nih. keje pun berlambak tak siap lagi. adess... tak selesanya rasa hidung nih!

esok aku plan nak masuk opis lambat. ingat nak terus jer gi umah dr.robiah. aku janji ngan dia kol 9 pagi. tapi masalahnya iron aku lak tertinggal dalam keta opis. ishh... nampak gayanya kena gak la masuk opis dulu. kang tak pasal2 ada orang rembat iron aku. leceh betol. membazir minyak jer sebab kena patah balik. ishh!! hampeh! camana leh terlupa amik tadi??

alamak! mana gi pendrive aku nih? ish.... saper la gamaknya yang mengambik? erm...

Friday, September 19, 2008

Bz wooo....

aku baru jer setel ngan deadline opis. adesss.. letih tol. keje dah macam orang giler. sampai malam pun rasa cam tak cukup tido.. sian aku..

la ni aku kena konsentret lak kat projek aku ngan kak jem. adesss... satu mende pun aku tak start lagi. ishh... mau bising dia kalau tau aku belum buat apa2 lagi. takper arr... malam karang kalau takde hal aku kena buat gak. deadline pun dah dekat nih! kot tak tekejar lak aku.

erm... dah lama aku dok memikir pasal plan aku hari tu. mula2 cam tak berapa nak konpiden jer. tapi bila aku pikir2 balik, lagi lama aku tangguh, lagi banyak aku rugi. so, nanti petang aku nak call balik jessy. nak try buat appoinment ngan dia. kalau takde aral melintang weekend nih dah leh procees kot. uishh!!! semangat tol aku nih ek. hahahah!!! nth apa2 jer aku.. hehehe...

dari kecik sampai ler ke tua nih, banyak tol mende aku nakbuat. tapi kalau dah semua aku nak buat, kang satu pun tak menjadi.... padan ngan muka aku!!! :P

Wednesday, September 3, 2008

31 ogos...

31 ogos tahun nih memang tak meriah. keta pun tak banyak yang pasang bendera (termasuk ler keta aku... :D) tak tau ler naper. maybe ramai yang takde mood kot. aku cam biasa arr... memang tak berapa nak kisah sangat pun. pagi2 31 ogos orang lain sibuk nengok parade. aku lak tido! hahahhh... syoknyer tido. :D

masa aku balik ipoh hari jumaat malam sabtu tu, banyak gak keta kat highway. tapi mujur gak diorang dah bukak 3 lane. so, takde la jem sangat. aku gerak dari umah kakak aku dekat kol 9 gak. lepas tu sampai umah mak bapak aku kol 12. adess... letih tol drive (walaupun sebenarnya sepanjang siang tu aku dok melepak kat umah jer).

esoknya aku satu family balik kampung sebab opah aku buat kenduri. aku tak tolong masak pun. tapi aku tolong basuh pinggan. ishh... kira ok la tu kan? hehehe... syok gak bila balik kampung lebih2 lagi bila anak2 sepupu aku ada kat sana. menyakat diorang memang best. petang tu aku main badminton ngan sepupu2 aku. adesss... naik sengal badan2 aku. tu lerr... tak nak bersenam lagi. padan ngan muka aku!! dapat bersembang ngan pak2 dan mak2 sedara aku pun syok gak. iyerla.. bukannya selalu dapat peluang camtu. tapi paling best masa makan ramai2. lauk2nya bukan spesel mana pun. tapi, sebab makan ramai2, nasi dua kali tanak pun tak cukup. opah cam biasa la... dia mula membebel bila nasi tak cukup.

ermm... aku sian nengok opah. yerla... badannya kurus sangat2. mata pun dah tak nampak sangat. bangun pun dah tak larat. aku ingat lagi dulu2 aku selalu ikut dia gi pekan khamis. opah sporting. tak pernah marah2 aku. bila mak ayah aku marah aku depan dia, sure diorang kena marah balik ngan opah. syoknyer masa tu!

tengah hari 31 ogos tu aku gi lepak ngan zawi kat tkk. lain tol tkk sekarang nih. rasa cam janggal lak lepak kat situ. lepas tu kitorang gi ipoh parade jumpa ngan zila. masa tengah makan kat marrybrown, tetiba jer terpikir nak gi kedai makan roslina. memandangkan hari masih awal, aku ajak zila gi ikut kitorang ke sana. mula2 dia tak nak. tapi aku tak kira! aku paksa gak dia (bukan selalu aku paksa ko, kan zila? kan? kannn?? kannnn??? heheh...). uishh... lama gak kitorang kat sana. dua jam kot. naik lenguh dah pinggang aku dok lama2 kat situ. lupa lak nak citer... ada orang syok kat zawi! hahahah!!! ermm... dan kebetulan gak hari yang sama, aku gi ziarah tok zila. lama gak aku tak jumpa mak zila ngan toknya. :)

Syoknyer cuti!

syoknyer lima hari cuti. rasa cam malas lak nak gi keje esok. erm... tapi nak tak nak tetap kena gi gak. tol tak?? hehehe...

cam tak caya jer sahur tadi aku bangun kol 4. biasa kol 5 pun belum tentu lagi aku bangun. esok tak tau ler camana. kol 5 kot. takper arr... jap lagi aku masak nasi. nanti sahur terus makan jer. lauk bukak poser tadi pun banyak lagi. lupa lak nak citer. tadi aku masak ayam paprik ngan sayur campur. takde la sedap mana. tapi ok la... yang penting perut kenyang. :D

petang tadi aku gi tengok citer wall e kat bukit raja. citer tu start kol 2.45pm. tapi aku kluar umah kol 2.30pm. aku bajet leh sampai sana on time. tapi mana ler sangka tetiba lak jalan jem dari bulatan sec 15 sampai bulatan kayangan. nyesal tol ikut situ. tak pasal2 aku rugi 15 minit. ish... memang rugi arr.. dah la citer tu syok. takper arr.. nanti aku nak suruh adik aku amik kat internet jer la. leh aku tengok lagi sekali.

Monday, August 25, 2008

Hari boring plus malas sedunia..

hari nih ass. bos aku cuti. so, apa lagi! inilah masa yang sesuai untuk aku mencilok pc dia. hahahahh!!! (poyo jer lebih... D)

malasnya aku nak buat keje hari nih. mana taknyer... asyik mende yang sama gak aku buat. boring! boring!!! takde keje lain yang lagi best ke boleh aku buat?? dah la tu, pc pulak lembab nak mampuss! nih yang menambahkan keboringan dan kemalasan aku nihhh! erm... syoknyer kalau dapat tukar keje. tapi bila la agaknyer ekk..

jumaat nih patutnya aku kena gi outstation kat kuantan. tapi aku malas la nak pegi. lagipun aku dah plan nak balik ipoh. at least dapat gak aku meluangkan masa dan berpuasa ngan kakak aku. yer la... bulan depan dia dah nak fly gi london. raya nanti pon konfem dia tak raya sekali ngan kitorang. erm... last week aku dah cakap ngan bos aku. so far macam takde masalah jer. tapi tak tau la nanti camana.

ish.. best gak kalau amik cuti jumaat nih, kan? leh gak beristirehat. maklum ler.. malam tu mesti jalan kat highway jem.. alahh... lupa lak! jumaat pagi aku kena gi ikea la pulak. erm... takper arr.. try amik half day jer la.

esok ada assignment kat sunway lagoon lak. adusss!! malasnyer....

hisshh... memanjang jer malas! apa nak jadik nihh?? ahaksss...

Friday, August 22, 2008

Syok sendiri ekkk...

beberapa hari lepas, muka aku ada kluar kat sinar selangor. besau tuh!! glamor tol aku. byline pun letak nama aku. iyer la.. dah story tu pun aku yang nulih. hehehe... tapi aku tak simpanpun paper tu. malas aku nak gi beli kat kedai buku opis aku. lagipun muka aku memang dah selalu kluar kat majalah aku. so, setakat sinar harian, apa ada hal??? hahahaha!!! nak berlagak jap. hehehe...

hari ni aku bercuti. sajer amik 'cuti malas'. letih arr... asyik mengetuk story jer. naik kematu dah jari-jemari aku nih hah. alahh!!! nama jer cuti satu hari. tapi dari kol 9 sampai kol 11 tadi aku menaip story. nth apa2 jer aku nih. lunch pon lom lagi. hampeh tol!! mujur ada roti kelmarin. leh gak buat masuk mulut. malam esok aku kena gi gala nite kat kompleks kraf jalan conlay. kena buat story. ehhh.... lupa lak. ida, ko ada tak malam tu nanti?? adesss... iyer2 jer aku tanya. macam ler ida nak menjawab kat sini! poyo tol aku nih...

aiseh... dah kol 12. 57 nih. aku janji nak amik kak rusni kol 1! apa la aku nih. mandi pun lom lagi...

erm... out dulu arr.. nak gi siap2. lepas tu lunch ngan kak rusni. aku nak pow dia sebab dia dah lulus lesen p semalam. alahhh... lulus pun sebab markah kesian.... tol tak akak??? hehehhh... jangan marah arrr kak rusni. :)

adiosssssssssssss.......

Friday, August 1, 2008

Citer di batu pahat

sekarang nih aku tengah dok sorang2 kat coffee house hotel garden, batu pahat. bebudak opis aku yang lain semuanya kat dalam bilik. dah tido kot. aku pun tak sure.

aku gerak dari opis tadi kol 10.30 pagi. tapi kitorang singgah jap kat kilang sbb nak gi amik majalah. lama kat dalam keta, naik lenguh badan aku. sampai jer hotel, aku lepak2, gosip2. lepas tu gi sri medan (kalau tak silap aku) - area batu pahat gak. kitorang gi makan sate. sedap gak. member aku cakap soto pun sedap. orang yang bawak kitorang cakap tempat tu glamor. sultan johor pun turun gi makan kat situ. tapi, bila aku rasa memang sedap pun. dagingnya lembut jer. aku rasa cam nak order jer lagi. tak puas makan.tapi perut lak dah kenyang. orang tu kata esok nak bawak kitorang makan nasi beriyani yang sedap kat area sini.

tadi aku lepak jap ngan member aku kat bp walk (ala2 macam bintang walk. heheh...) ramai giler orang kat situ. kitoarang gi dah lewat. so, kedai semua dah tutup. yang bukak pun cuma kedai makan.

batu pahat nih kecik jer. aku rasa lebih kurang cam ipoh kot. tapi aku ngeri la tengok orang sini bawak keta. sebijik cam gangster. budak2 pun lebih kurang camtu gak. bayangkan ler... selamba jer budak sekolah rendah bawak basikal tengah2 jalan besar (kat double line). tak sayang nyawa tol. ish... aku memang tak berani arr drive kat sini. ngeri sungguh!

erm... ok la. aku nak gi naik atas dulu. nak tido. esok kena keje lak. lagipun aku takut la sorang2 kat sini. so, adiosss...

Monday, July 21, 2008

Malas!!!

hari nih aku betul2 takde mood nak buat keje walaupun keje sebenarnya tengah berlambak. malas sungguh! rasa cam nak berenti keje pon ada. tapi kang kalau berenti, saper nak kasi aku duit. kalau ada sugar daddy takper gak. hahahahhh!!!!

tadi aku dah cakap ngan bos aku nak cuti esok. dia kata ok. tapi layout mesti setelkan dulu. aku angguk jer. tapi dalam borang cuti aku apply satu setengah hari. selamber jer aku. dibuatnya bos aku tak luluskan, padan ngan muka aku.

erm... cuti satu setengah hari nih aku nak gi mana ek? adess... takde idea lak. mula2 aku plan nak amik cuti jumaat jer. so, leh terus balik ipoh. tapi masalahnya aku malas nak balik. bukan aku tak rindu kat mak bapak aku. tapi aku malas sangat nak dengar mak aku membebel pasal bab kawin. mentang2 ler semua sepupu-sepapat aku yang baya2 aku dah kawin (termasuk gak la beberapa kerat yang umur diorang bawah aku), aku lak yang kena tempiasnya. bosan tollll!!!

adess.. chef nih pun satu hal! banyak kali aku call dari last week, tapi tak reti2 nak jawab. sms pun tak gak reply. layout dah nak kena submit nih. boring tolll...

nak gi library la jap. adioss..

Saturday, July 19, 2008

deadline... deadlineee.........

kalau ikutkan bulan nih team aku dah terlajak deadline. tapi nantak arr.. malas aku nak pikir. yang penting story aku semua dah siap. cuma tinggal gambar jer lom abih setel lagi ngan layout. tak per arr.. leh setel isnin depan kot. heheh...

start minggu depan, aku bz balik sebab nak buat bumper untuk oktober lak. erm.. kak rin anytime jer nak bersalin. bos aku cakap, takde saper ganti dia nanti. adesss... masakla kitorang jawabnya. sure tak menang tangan. tuh ada gaya nak terbabas deadline lagi nih. tapi aku tak kira. minggu depan aku nak amik gak cuti. ish... kalau aku amik cuti pun, aku nak gi mana ek?? aiseh! takde idea lak. tapi tak kira. aku nak gak cutiii! nak gakkk!!! hehehe...

bulan 8 nih ramai tol member aku yang nak kawen. erm... nth bila lak aku punyer turn nak sampai nih? ishhh... lambat tol! mana la laling aku nih? kata nak datang minang, tapi tak mandang ponn. kang aku pegi pinang orang lain lak, baru padan muka! hahahah... amenda lak aku melalut nih..... apa2 pun kepada kawan2 aku yang bakal berkawen, tahniah dan all the best. to aji ngan ayu - aku tak sure lagi leh gi ke tidak wedding korang. tengok ler camana. apa2 hal aku gi tau kemudian.

pasal gath budak2 RK nanti, kita buat 27hb nih jer la ek. klcc pun ok gak - buat kat tepi dolphin taman klcc tu jer. happening tu! lepas tu leh mandi-manda kat pool tepi tu jer. sempoi tuh... hehehe...

dah kol 2 lebih nih. ngantok arr.. tv pun takde citer best. seblum aku makin ngarut dan melalut, aku gi tido dulu arr.. gud nite. ZZZzzzzzzzz........

Saturday, July 12, 2008

Chulanian plus sepi

aku baru jer balik dari assignment ngan doktor kat depan umah. syok sungguh! tak sampai 20 minit dah setel interview aku. hahahhhh... gerenti doktor tu terharu giler ngan kepantasan aku menginterview dia.. :P

deadline aku selasa next week. adesss... banyaknyer tak siap lagi. isu lom cari lagi. fesyen client lom shoot lagi. fokus pun lom interview lagi. tu lom citer lagi yang dah ada tapi lom taip. leh pitam aku camni. ishh... takde saper2 nak nolong aku ker???

baru2 nih aku ada nengok citer sepi - filem melayu kedua aku nengok kat panggung wayang. leh tahan gak citer tu. citer tu ada tiga part. paling best masa part afdlin shauki ngan nasha aziz. yang lain2 tu cam boring skit. aku ingat lagi first movie melayu yang aku tengok kat ipoh parade - mr. cinderella. tu lagi boring giler. nyaris aku tak terlentok kat dalam panggung wayang. tapi takper.. time tu pun orang blanjer.. hehehe...

sejak menjak dua tiga tahun nih, aku memang jarang tol check email aku. kalau aku bukak pun, keje aku tak lain dan tak bukan adalah untuk mendelete mende2 ngarut yang memenuhkan inbox. tapi sejak menjak aku dapat banyak email daripada bebudak chulan nih, cam rajin lak aku menengok inbox aku tu. tak sangka.. ingat lagi bebudak tu kat aku. heheh... terharu wooo.... rupa2nya ramai gak ex rk yang stay kat area kl. kalau buat gath, sure happening. hari tu, diorang buat kat umah nezy. ingat nak join gak. tapi ada hal lak.

dah kol 12.30 nih. aku ada lunch date ngan kak rusni. so, cau dulu... :D

Monday, July 7, 2008

Hampeh punyer samannn!!

boringnyer hari nih. rasa cam malas tol nak buat keje. tapi dah lama sangat aku delay. kang bising lak pakcik tham tu karang. erm... malam nih rasanya leh siap satu kot. so, esok leh la aku email kat dia. yang sebelum nih punyer pun aku tak email lagi. tapi dah lama siap. mesti diorang maki aku sebab aku lambat siapkan story tu semua.

tadi tak pasal2 terbang duit aku 300 sebab bayar saman eksiden hari tu. bila pikir2 balik, rasa cam nyesal lak bayar. tak berbaloi sungguh. orang lain yang langgar aku. tapi aku lak yang kena bayar. mengong tol! patutnya aku biar jer sampai masuk court. heheh...

otw balik tadi pun, aku nyaris2 tak eksiden kat tol batu 3. bangang tol pompuan cina tu. sesuka hati dia jer nak tukar lane macam ler jalan tu dia sorang jer yang pakai. mujur aku sempat break. dan mujur gak takde keta kat belakang aku. kalau tak, alamat masuk icu la keta aku lagi sekali. paling sedih kena bayar saman bodoh tu lagi. erm... rasa cam nak tukar keta jer... :/

ok la. sambung buat keje balik. adiosss...

Monday, May 12, 2008

Siannyer keta kesayangan aku.... :((

dah lama aku tak menulis kat blog nih. tak sempat arr.. lately nih aku quite bz. hari nih aku amik cuti. so, sambil2 tengok tv aku masuk la sini kejap.

pagi tadi masa nak gi opis, aku accident. nak elak lori punyer pasal, aku terbabas kat divider tepi jalan. pecah tayar keta aku kat depan. lepas tu pulak, ada bas melanggar sebelah kiri aku. remuk sikit keta aku. tapi syukurlah aku selamat. aku buat report polis. lepas tu kena saman. hangin tol aku. lori yang makan jalan tu tak kena apa2. bas yang melanggar aku pun selamat. aku jer yang kena saman. tak aci betul! so sekarang nih nak ke mana2 pun aku dah tak boleh sebab keta aku dah masuk icu. sian keta aku... erm.. bila pikir2 balik, rasa macam nak jual lak keta tu. asyik kena langgar jer sejak mula beli. aiseh... camana lak aku nak gi balik opis nih. dah tentu keta aku tersadai kat sana lebih seminggu. patah kaki la aku camni.

ok la. aku nak sambung buat keje opis. deadline minggu nih. adios...