Pages

Monday, March 30, 2009

Hari membuang masa di tesco...

dah lama aku tak gi join aturcara sukan. last aku masuk masa tahun 2004 kot. tu pun aku masuk kawat jer. tapi malang tol masa tu. umah sukan aku (rumah merah) kalah daa... lepas tu mana ada ada aku pegi bila opis aku buat sukan. aku pun dah tak ingat naper aku tak pegi. tapi tadi nth camana, aku leh pulak ikut kak rusni gi nengok anak muridnya masuk sukan. cam tak caya jer... tadi aku bukan setakat bangun awal, tapi siap buat breakfast cucur lagi. hahaha... cam tak jer...

lepas setel sukan, aku ngan kak rusni gi hantar dua anak muridnya balik dulu. lepas tu kitorang gi sunway tengok wayang. aku ingat nak nengok citer knowing. tapi kak rusni lak beriya nak nengok dragon ball. takper la. kasi layan jer. jangan nengok citer hantu mengarut macam citer yang aku nengok dua minggu sudah ngan kak fiza udah! :D nak nengok wayang punyer pasal, tak sempat kitorang nak lunch. punyer la lapar. mujur la, sempat beli popcorn ngan coke. tapi yang peliknya, dalam lapar2 pun, tak gak kitorang habih makan pon. mana taknya, sepanjang citer tu kitorang konsentret giler. best wooo... hehehe...

lepas habih nengok tu, kitorang terus balik shah alam. ingat nak makan bertiga ngan mamat tu. tapi leh lak dia tetido. letih aku ngan kak rusni nunggu. so, apa lagi. aku ngan kak rusni pun gi makan dulu arr kat nasi ayam pak mal tu. lapar tol! lepas hantar kak rusni, aku gi temankan gak mamat tu makan. lepas tu, aku gi tesco - shopping sorang2. adess... ramai giler. bayangkan, aku gi sana kol 6.45pm. tapi keluar dari situ kol 8.30 malam. bukan banyak pon aku beli. alah... cuma 7 benda jer. adess... buang masa tol!

erm.... tetiba jer aku teringatkan si zack. hari tu dia sms aku, aku dah tido lak. lama tol tak jumpa dia. tu la. masa dia datang sini aku lak takde kat sini. bila aku balik sini, dia lak cam bz. takper arr.. tak dapat jumpa kali ni, insya-allah next time pun leh jumpa lagi. :D
erm... apa citer shark ek? adess... rindu gak kat mamat sorang nih. tapi nth kenapa malas tol aku nak call dia. kang kalau dia tanya soalan cepu emas, terkelu lak aku nak jawab...

dah kol 12 lebih nih. banyak lagi mende nak buat. adioss...

No comments: