Pages

Monday, April 22, 2013

Ketayap

Hari ni perut tak berapa sihat. Tapi bila nampak kuih ketayap, teringin pulak rasanya.
Waktu kecil dulu masa lepak di kampung, saya selalunya jalan kaki dengan arwah opah ke pasar sehari. Kitorang panggil Pekan Khamis. Kalau tak silap saya jarak dari rumah opah ke sana lebih kurang 1.5 kilometer. Nak ke sana kami kena lalu alur air, kemudian kubur. Biasanya saya teman opah beli barang basah. Tapi opah tak pernah lupa bawak saya pegi beli kuih ketayap kat satu gerai ni. Biasanya opah akan belikan saya dua jenis kuih yang memang saya suka sangat dulu - ketayap dan koci.
Tiba-tiba rindu pulak kat arwah opah...

Monday, April 15, 2013

Chulan

Sekejap tadi tak semena-mena saya terbuka website ni http://www.smkrajachulan.net/. Terus saya rasa rindu. Tujuh tahun di Chulan, banyak benar kenangannya. Pahit, manis, masam, masin... macam-macam ada. Bila tengok gambar Chulan yang ada di dalam website tu, mulalah terbayang seolah-olah saya masih di situ. Macam tak percaya dah 15 tahun berlalu. Cepatnya masa berlalu...  :)

Friday, April 12, 2013

Huruf dan nombor

Kehidupan saya tidak mewah. Sederhana saja. Alhamdulillah cukup makan dan pakai.

Zaman saya kecil dulu, keluarga saya bukanlah orang berada. Ayah saya buruh kilang simen. Mak saya mula-mula suri rumah tangga. Kemudian jadi cikgu di sekolah agama rakyat. Bila dicampurkan gaji emak dengan ayah masih tak banyak mana. Tapi cukuplah untuk kami sekeluarga.

Disebabkan keadaan kewangan yang tak begitu baik, saya dan kakak tak pernah masuk tadika walaupun tadika kemas. Ayahlah yang ajar kami membaca dan mengira.Seingat saya, saya mula kenal huruf dan nombor masa umur lima tahun. Kami suka membaca. Jadi kadang-kadang ayah saya beli Bintang Kecil untuk kami. Rupanya lebih kurang macam suratkhabat saiz tabloid. Pernah juga ayah belikan komik.

Masa masuk darjah satu, saya dimasukkan ke dalam kelas 1 Hijau. Itu kelas pertama. Saya tak ingat macam mana saya boleh dimasukkan ke dalam kelas tu. Mungkin sebab saya dah pandai membaca. Cikgu kelas saya namanya Cikgu Zainab - sangat bengkeng, garang dan cenge. Tapi hatinya baik.

Tidak lama sebelum masuk darjah satu, ayah ada belikan set buku untuk saya. Saya tak ingat sangat buku-buku tu. Tapi ada satu buku yang saya sayang. Kalau tak silap saya buku tu warna merah. Disebabkan saya suka dan saya sayang buku tu, saya bawa ke sekolah. Tapi arwah Cikgu Zainab rampas buku tu.

Saya tak ingat sama ada masa tu saya atau kawan saya yang sibuk membelek buku tu masa dia tengah mengajar. Tapi disebabkan marah muridnya tak memberikan tumpuan, buku itu yang jadi mangsa. Saya berasa terlalu sedih. Saya mengadu kepada emak dan ayah. Mereka kata akan marah Cikgu Zainab bila jumpa nanti. Tapi sampai Cikgu Zainab meninggal, mereka tak pernah marahkan Cikgu Zainab ambil buku tu. Dan sampai sekarang saya tak pernah dapat buku tu lagi.

Dulu kalau saya mengadu kena marah, pukul atau cubit dengan cikgu, ada tiga perkara yang mungkin berlaku - emak dan ayah akan kata nak marah cikgu balik, emak dan ayah buat tak tahu ataupun saya kena marah balik dengan mereka.

Kalau suatu hari nanti saya dianugerahi zuriat, saya tak tahu bagaimana saya akan mendidiknya. Adakah saya berpeluang untuk mengajar mereka kenal huruf dan nombor? Adakah saya akan ikut telunjuk mereka ataupun mereka yang ikut telunjuk saya? Wallahu'alam. Saya tak tahu. Cuma saya berharap akan menjadi ibu yang baik seperti emak dan ayah saya. :)

Monday, March 18, 2013

Blur...

Lately ni saya rasa tak sedap hati. Saya nak buat sesuatu, tapi saya waswas. Saya nak tolong orang tu sebab saya sayang dia. Tapi saya tak tau sama ada cara yang saya pilih betul atau tak. Saya tau kalau saya tak tolong pun, tak akan menjejaskan saya apa-apa pun. Dan tak ada kaitan dengan saya pun. Tapi saya tak sampai hati nak tengok dia bersedih. Dah bertahun-tahun dia bersedih. Takkan saya nak biar dia bersedih lagi? Aduhai... susahnya hati ni.. Ermm... kena buat istikharah gak nih.. :(

Saturday, March 9, 2013

Janganlah keterlaluan...

Pencerobohan 'tentera sultan Sulu' memang menyakitkan hati. Tapi sy juga sakit hati apabila membaca komen2 orang Malaysia yang bersifat kurang ajar, terlalu emosi dan tidak sensitif. Walaupun dalam situasi kita khususnya orang Sabah menjadi mangsa, adakah itu memberikan green light kepada kita untuk memaki hamun org Sulu? Kalau begitulah pendapat kawan2, saya rasa anda sudah silap.
Cubalah kita tengok di sekeliling kita. Boleh jadi ada kawan2 kita berbangsa Sulu. Boleh jadi mereka juga mungkin jiran kita, ipar kita etc.Adakah mereka juga begitu jahat seperti askar2 sultan kiram tu? Apa agaknya perasaan mereka apabila membaca komen2 kasar drp kita? Takkan hati mereka tak tergores? Tak ke itu boleh memecah belahkan masyarakat kita? Dalam melayan kemarahan tu, kita jangan terlalu memikirkan hati dan diri sendiri. Sesekali empati tu sangat penting.Dan ada masanya, muhasabah diri jauh lbh baik daripada memaki orang lain sebab tak ada sesiapa pun yang sempurna. Wallahu'alam...

Sunday, March 3, 2013

Sulu

Serangan tentera Sulu bukan senda gurau. Keadaan semakin kritikal, bukan masa untuk kita orang Malaysia mempolitikkan isu ini. Juga bukan masa untuk kita bertelagah, mengutuk atau menuduh sesama sendiri, apalagi nak menggelar sesiapa saja dengan panggilan 'anjing'.
Info demi info yang saya dapat berkaitan kemasukan orang-orang askar Sulu membuatkan saya rasa makin tak senang duduk. Tapi saya benar-benar berharap dan berdoa Allah memelihara serta melindungi Sabah dan Malaysia.
Saya bukan orang yang arif. Saya pun tidak sepandai mana. Tapi melihatkan kejadian pencerobohan ini, seperti ada sesuatu yang tak kena. Banyak perkara yang bermain di fikiran saya. Tapi apa yang boleh saya buat setakat ni cumalah berdoa dan mengharapkan yang baik-baik.
Saya berharap pihak ATM dan PDRM dapat menangani isu ini dengan baik. Saya percaya SB juga sedang berusaha melakukan yang terbaik. Semoga semua rakyat Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang mereka dan tidak mempersoalkan sesuatu yang kita sendiri tak begitu arif atau tak begitu jelas tentangnya supaya keadaan tak menjadi bertambah keruh. Wallahua'lam...

Thursday, February 28, 2013

Hei!

Baru-baru ni ada isu berbangkit pasal istilah 'hei' di ofis saya. Pada masa itu lah baru saya sedar, perkataan 'tiga huruf' ini dipandang dengan cara yang berbeza-beza oleh ramai orang.

Ada orang anggap, panggilan 'hei' kepada seseorang adalah kurang ajar. Ada orang anggap ia biasa-biasa saja. Pada saya pula, ia bergantung kepada siapa yang menyebut perkataan itu dan kepada siapa pula ia ditujukan.

Merujuk kepada kamus Dewan Eja Pro 2012, hei adalah bermaksud hai. Kalau dilihat kepada maksud yang diberikan, bermakna perkataan hei tidak salah digunakan. Dan ia tidak mengundang apa-apa unsur kurang ajar. Ini berbeza dengan 'hoi' yang bermaksud: kata untuk memanggil atau menyahut (kurang hormat daripada hai).

Secara peribadi, saya melihat hei boleh digunakan, tetapi tidak boleh disebut kepada sebarangan orang. Bagi saya, hei (bergantung kepada konteks ayat dan nada yang digunakan) mungkin merupakan kata-kata mesra atau lambang hubungan erat/baik antara orang yang menyebut perkataan itu dengan orang yang ditujukan perkataan itu. Jikalau kita tiba-tiba saja berkata 'hei' kepada orang yang tidak dikenali ataupun orang yang tidak rapat dengan kita, kemungkinan untuk ia disalahertikan adalah tinggi. Namun, walau serapat mana pun kita dengan seseorang itu, penggunaannya perlu disesuaikan dengan level atau status kita dengannya. Ia mungkin lebih sesuai digunakan antara kawan dengan kawan. Tapi jangan sesekali kita gunakan perkataan hei kepada orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita seperti ibu bapa, guru dan bos.

Tuesday, February 5, 2013

Dulu dan sekarang...

Dulu-dulu, saya cukup seronok bila gambar saya keluar di suratkhabar atau majalah. Walau tak ada nama, saya tetap rasa seronok dan bangga. Tak tahulah kenapa. Tapi itulah perangai saya dari saya sekolah rendah sampailah sekolah menengah.

Sejak saya masuk IPT, keadaan mula berubah. Dulu masa sekolah, saya suka orang ambil gambar saya. Lebar je saya tersengih di depan kamera seolah-olah lawa sangat masa tu. Tapi bila di IPT, saya lebih suka ambil gambar orang lain dan benda lain. Sangat sikit gambar saya yang saya ada terutamanya gambar saya seorang. Masa guna film, semua gambar-gambar tu saya cuci dan saya simpan. Tapi sejak dah ada digital, sikit saja yang cuci. Selebihnya saya simpan dalam komputer. Baru-baru ni, bila corupt, barulah saya sedar betapa bagusnya kalau saya cuci semua gambar tu. :)

Mula di IPT, minat saya untuk lebih mengexposekan 'wajah' saya semakin berkurang. Dan akhirnya apabila masuk dalam bidang pekerjaan, saya tidak lagi berminat untuk menayangkan muka saya di majalah, atau suratkhabar. Dan sebab itu jugalah saya tidak memohon bekerja di syarikat penyiaran. Alasannya masa tu mudah - saya tak suka glamor, saya tak suka bermekap dan saya tak suka tayang muka saya. Saya lagi senang dan seronok orang tahu nama saya daripada rupa saya. Dan kebetulan, wajah saya memang tidak selawa mana.

Sepanjang bekerja di sebuah syarikat penerbitan sebelum ini, seolah-olah dah jadi satu tradisi - setiap kali nak raya mesti ambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah. Setiap kali tiba masa tu, saya mesti gelisah sebab saya tak suka ambil gambar, apalagi nak ditayangkan kepada pembaca. Tapi demi kawan-kawan satu team, saya mengalah. Mujurlah setiap kali nak ambil gambar, saya kena bermekap tebal dulu. Jadi, memandangkan dulu saya memang tak bermekap, bila gambar tu keluar majalah, tak ramai yang perasan itulah saya lebih-lebih lagi saya tak bercermin mata.

Ramai kawan-kawan kutuk saya. Ada yang kata saya tak sporting, 'kampung', pelik, poyo, entah apa-apa dan macam-macam lagi. Tapi saya tak kisah. Sebab itulah saya. Saya tidak kisah orang tak kenal saya sebab saya bukanlah sesiapa pun. Yang penting kita semua bahagia. Lagipun, dengan banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya, saya lebih senang bersikap low profile. Ia buatkan saya rasa lebih tenang dan selesa. Lagipun, bagi saya, rupa paras kita tak akan kekal lama sebab kita semakin tua dan akhirnya mati. Tetapi nama akan terus kekal. Malah, bila kita mati nanti pun, nama kita juga yang akan tertulis di batu nesan. Wallahu'alam :)

Saturday, January 26, 2013

me-myself-battle

Sun Tzu said, to win a battle, we should get to know very well of our enemy. But what if the enemy is ourselves who always trying to deceive us and make us become unwise, hence drag us far far away from the right path?
Well, it may sounds easy if we really know who we are in depth. Therefore, we can control and manage ourselves in a good and appropriate way. But, do we really know ourselves?
My answer is no. I may say I know myself better than anyone else. But beyond that, there is time where I keep asking myself - who am I and how I can win the battle inside me. And unfortunately, sometimes the answer is vague.

Tuesday, January 15, 2013

Alhamdulillah...

Sepanjang lebih 33 tahun saya hidup di bumi Allah, dah banyak dugaan saya tempuhi, dah banyak air mata yg menjadi pelepas kesedihan saya. Alhamdulillah, walaupun saya tak berjaya menempuhnya dengan cemerlang, sekurang-kurangnya saya masih boleh bernafas dan meneruskan kehidupan seadanya dengan senyuman dan gelak ketawa. Syukur ke hadrat Ilahi.
Saya tahu, macam mana hebat dan peritnya dugaan yang melanda saya, mesti ada orang kena lebih hebat dan perit daripada saya. Dan saya juga tahu, saya tak pernah keseorangan, insya Allah.
Semoga Allah sentiasa memberikan saya ketabahan dan kekuatan agar saya tak kecundang di tengah jalan. Amin... :)

Thursday, January 10, 2013

-carut-

Saya hairan. Kenapa orang Melayu khususnya lelaki suka mencarut. Pantang silap sikit mesti nak mencarut. Kalau tak dapat nak carut guna mulut, jari tengah pun jadi. Pendek kata, mencarut tu dah jadi habit, kemestian dan kebanggaan.

Islam menuntut umatnya supaya berkelakuan baik dan berkata baik. Jadi seharusnya orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tidak mencarut ataupun sekurang-kurangnya mengelak daripada mencarut.

Bagi saya, bila kita mencarut, itu menunjukkan betapa rendahnya martabat adab dan tingkah laku kita, dan kita juga sebenarnya memalukan diri kita sendiri. Jadi, sementara ada kesempatan, jomlah kita sama-sama berubah supaya bangsa Melayu menjadi bangsa yang indah budi pekerti. :)

Thursday, January 3, 2013

Erm...

I'm lazy. I'm tired n I have no mood to do all the things that I should do right now. Adehh.. apa la nak jadik ngan aku nih?? So bored!

Tuesday, December 25, 2012

Slmt thn baru masihi :)

Cptnya masa berlalu. Kdg2 rasa mcm x sbr jer nak abihkan thn ni. Tp bila dipikirkan bnyk lg mender yg lom siap, ada baiknya masa tu kasi pause skjp. Lps semua setel, br leh kasi jln balik. Hahah... sesuka hati sy jer. :p

Lps dah setel semua, sy nak amik cuti brg 3 @ 4 hari. Sy nak bertapa sat. Biar kpla otak nih berehat ngan bestnyer. Bnyk tol masalah negara sy thn ni. Tak tau la thn dpn mcm mana. Makin teruk ke makin bagus ke, sy serah je kpd Allah sbb Dia je yg lbh tau. Lg pun kata org, lps pahit br rasa manisnya. Klu xde ujan, mcm mana nak ada pelangi, ye x? Hehehe...

Memandangkan dah nak thn baru masihi, sy wish kat semua hepi new year. Jumpa lg klu panjang umur ek.

Babai n adios! :)

Thursday, November 29, 2012

Cerita hari ni...

Bila kita semakin jauh menjadi hamba wang ringgit, kita semakin terlupa siapa diri kita yang sebenarnya. Sampaikan kita sanggup merendahkan dan memperlecehkan orang lain, sedangkan sebelum ni orang tu la yang bersusah-payah menolong kita. Kita dok kecoh kata orang tak reti bersyukur dan kita dok kecoh suruh dia berterima kasih dengan apa yang kita dah bagi pada dia. Tapi pernah ke kita terfikir untuk melakukan perkara yang sama?

Kita dok sebok annouce kat orang luar yang kita nih tak kejam, tahu menjaga kepentingan dan kebajikan orang di bawah kita. Tapi adakah dengan memaksa orang pergi dengan kata lain menghalau (walaupun dengan bagi duit sejemput sebagai bekalan) kita boleh menganggap diri kita sangat baik, bagus dan berperikemanusiaan?

Janganlah jadi kacang lupakan kulit.
Janganlah jadi manusia yang terlupa tentang tinggi rendahnya langit.
Dan janganlah juga terlupa akan daratan bila sudah seronok naik cruise mewah kat tengah lautan.

Kalaupun orang yang kita aniaya itu tidak membalas ataupun mendoakan yang buruk2 kepada kita, tapi Tuhan tu kan tahu segala-galanya.

Semoga Allah merahmati kita semua. Amin...

Tuesday, November 20, 2012

Palestine-Israel-us

Israel is attacking Palestine. And lots of people are saying that they want to boycott McDonald and other Israel products. But the funny part is they are still keep updating their Facebook every minutes they have. Well, I'm really sure they know who created and own the Facebook. So I think, instead of boycott all these things, it's better if we started to boycott anything that embedded by Israel inside our mind. Erm... can we do that?

Wednesday, November 7, 2012

Thank you..

To whom it may concern, I really appreciate and thankful for whatever you did to bring me down. You make me realise the true colour of you. And it also train me to become tougher and better person. Eventhough you will never admit your fault, but it is okay because I still forgive you. And please forgive me because maybe it is my fault that makes you do whatever you just did.
Thank You.

Thursday, November 1, 2012

cuti!

welcome to november! hehehe...
november ni saya kebizian. bnyk tol mende pending yg nak kena siapkan. saya terpikir gak nak bercuti. tapi schedule saya pack giler. saya free ahad je. tu pun kdg2 ahad pun kena keje. so, nak tak nak kena la bersbr. erm... memandangkan thn ni agak susah saya nak bercuti, mungkin saya terpaksa tukar plan bercuti pd ujung jan dpn. tp tu pun saya risau gak. kot clash ngan keje. adehh.. susah tol nak bercuti ni! :(

Friday, October 26, 2012

Slmt hari raya aidil adha

Double three is just around the corner. Well, I don't really care about it as to me it is just number that shows how long i have been living in this world. But the most important thing is how am I going to appreciate my life n make every single of my days become meaningful to me.

And today is aidil adha. So, hepi hari raya. Hopefully we can learn something from this special day. Amin... :)

Tuesday, October 23, 2012

Lagi saya mengomel :)

Kita tak mungkin dpt mengubah org. Itu amat mustahil. Kita cuma boleh ubh diri kita. Tp istimewanya kita mungkin boleh mempengaruhi org utk melakukan sesuatu. Tp bukan semua org ada kebolehan mcm tu. Dan saya mungkin antara org yg x ditakdirkan utk ada kebolehan tu. Sbb itu saya kena pikir - apa yg patut saya buat utk berdepan dgn org2 yg sdg merancang kejatuhan saya.
Saya slalu gak tertanya2, apa yg saya dah buat smpi org nak buat mcm tu kat saya. Klu ada yg x puas hati dgn saya, kan lagi baik berterus terang? Tp x apalah. Selagi saya boleh berthn, saya akan terus berthn. Mungkin org berkenaan ter'aniaya' saya. Dlm kata lain dia x berniat macm tu pun. So x apa lah.Saya maapkan dia. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Amin.. :)

Tuesday, October 16, 2012

kenal dulu

kdg2 sblum beli buku...
- ada org suka baca sinopsis dulu
- ada org suka tanya pendapat org lain dulu.
- ada org suka belek isi dlm dulu
- ada org suka tgk nama penulisnya dulu
TAPI ada jugak org yg main beli je - cinta pandang pertama

sama la jugak keadaannya kita sblum memilih utk berbaik ngan seseorg.
- kita baca dulu tingkah laku dia
- kita tanya pendapat org lain
- kita belek hati budi dia
- kita tgk apa status dia
TAPI ada jugak kdg2 kita berbaik dgn dia tanpa sbb apa2.

cuma kita kena ingat. tak kenal maka x cinta. jd jgn mudah buat penilaian tanpa cuba mendekatinya sbb takut penilaian kita slh.

wallahu a'lam...