Pages

Wednesday, July 22, 2009

Aku dan 'dia'

Hari nih aku rasa tol2 hangin ngan 'dia'. Nthla... Makin lama aku rasa makin tak serasi. Makin lama makin aku tak kenal siapa dia. Aku dah rasa cam plastik. Terpaksa menurut walaupun sebenarnya aku banyak membantah dan melawan. Aku nak berterus-terang ngan dia. Tapi siapa aku untuk bersuara? Jawapannya nanti mudah jer. Masih bersama atau pergi jauh2. Jadik mana satu pilihan aku?

Sunday, July 19, 2009

Kursus

Hari nih aku sangat2 letih. Semalam pun sama gak. Lama duduk atas lantai betul2 buat badan aku jadik sengal semacam. Dapat massage pun sedap gak nih. Hehehe...

Semalam dan hari nih aku gi kursus MCB kat Ampang. Dari kol 8 pagi sampai 7.30 malam. Semalam aku sampai kol 9pm sebab federal highway jem. Hari ni aku sampai umah awal skit kol 8.30 pm. Bukan main laju lagi aku keluar dari dewan tadi. Maklum ler... Dah tak sabar sangat2 nak ninggalkan Ampang dan balik umah. Teruja giler! Hahaha...

Hampir sepanjang masa kursus tu kena dok atas lantai - satu mender yang paling aku tak suka. Dari dulu lagi aku tertanya2, naper diorang tak nak kasi jer kitorang semua dok atas bangku? Kan lagi selesa. Takde ler pinggang sampai ke kaki aku sengal dan sakit semacam. Kursus yang aku pegi nih agak lain skit dari kebanyakan kursus yang aku ataupun mungkin jugak korang dah pegi. Kursus nih tak habis2 dengan menangis. Tapi mujur la kali nih part menangis tak sekerap previous punyer kursus. (Untuk pengetahuan korang, kursus nih adalah sambungan dari kursus ESQ yang aku pernah pegi dulu).

Masa kursus yang dulu, aku cuba nak menangis. Maklum ler masa tu ramai sangat yang menangis sebab terlalu menghayati agaknya. Jadi aku pun berusaha la menghayati bersungguh2. Bila dia suruh aku bayangkan sesuatu, aku cuba bayangkan. Aku bayangkan dengan bersungguh2. Tapi nthlah... Camana cara pun aku buat, air mata aku tetap tak leh kluar. Erm... Adalah dua tiga titis. Itu pun sebab aku paksa dia keluar. Hahaha... (Ntah apa2 jer aku :P). Dua hari aku mencuba. Masuk hari ketiga, aku dah malas sebab hasilnya tetap sama. Member aku cakap aku tak menangis sebab aku tak dapat hidayah. Ada yang lain cakap sebab aku nih jenis keras hati. Erm.... Tapi aku tak rasa pun camtu.

Sebenarnya ada banyak sebab aku tak leh nangis.
1. Aku bukan jenis yang boleh dipaksa2 atau disuruh2 untuk melakukan sesuatu termasuk menangis
2. Aku dah tau teknik (psikologi) yang diorang pakai walaupun bukan keseluruhan
3. Setiap waktu untuk menangis telah diatur dan disengajakan lebih awal oleh trainer. Keadaan yang sengaja dicipta membuatkan aku rasa cam ia tak ori. Sebabnya tangisan itu mungkin bukan datang dari jiwa yang betul2 menyesal dan insaf, tapi cuma disebabkan minda bawah sedar yang terpengaruh dengan kata2 trainer.
4. Pendekatan yang digunakan terutamanya masa menyuakan mic oleh assistant trainer kat orang yang sedang menangis amat aku tidak berkenan. Mendengar suara orang ala2 merintih dan hampir2 meraung membuangkan aku rasa macam rimas ya amat

Kursus hari nih dan semalam tak banyak beza ngan yang aku pegi dulu. Macam aku bagi tau tadi, sesi menangis dah tak sebanyak dulu. Dan kali ini aku tak mau dah memaksa diri aku menangis. Aku nak jadik diri aku yang betul2. Aku tak mau jadik plastik. Lantakla orang nak kata aku hati keras ke, takde hati ke, takde hidayah ker... aku betul2 tak peduli. Seperti yang aku jangka, aku memang tak menangis sepanjang dua hari kursus tu.

Aku tak tau korang dah pernah pegi ke tak kursus nih. Tapi aku tau, sama ada korang pernah pegi ke atau tak pernah pegi ker, korang punyer pendapat dan pandangan dengan aku kemungkinan besar tak akan sama. Dan aku pun tak pernah harap pun korang mempunyai pendapat dan pandangan yang sama dengan aku. Jadik jangan amik kisah ataupun terpengaruh dengan apa yang aku tulih kat sini. Cukup la setakat baca. Tak yah sampai masuk kat kepala. Sebab apa yang aku tulih kat sini cuma luahan aku secara peribadi dan takde kena mengena ngan orang lain. :)

Bagi aku la.. personally.... aku sebenarnya kurang tertarik dengan kursus nih. Bagi aku, pendekatannya kurang menyenangkan aku. Aku tau trainernya adalah orang Indonesia. Tapi sepatutnya apabila dia membuat training di Malaysia, dia mesti menyesuaikan cara presentationnya dengan 'Malaysia' sebab target audiencenya adalah orang Malaysia. Aku paham dia mungkin susah untuk bercakap bahasa Melayu macam kita bercakap. Jadik, bila dia cakap bahasa Indon, aku masih boleh terima. Tapi aku tak nampak alasan kenapa dia tidak boleh menukarkan bahan siarannya dan juga kertas kerja yang diberikan dalam bahasa Melayu. Aku jugak agak musykil, kenapa banyak betul nilai dan budaya Indonesia yang dimasukkan dalam training ini? Sebenarnya ada beberapa lagi perkara lain yang aku tak berapa berkenan. Tapi tak yah la kot aku citer. Bukan penting pon. Iye tak?? Hehehe...

Ok la. Dah lewat malam nih. Time to sleep bebeh...

Gud nite. Adiosss....

Tuesday, July 14, 2009

Letih....

Hari nih aku sangat letih. Amat2 letih!
- Letih apabila terpaksa mengiron lebih 68 pasang baju mengalahkan bibik yang keje kat umah orang.
- Letih apabila terpaksa buat keje 2 kali yang bagi aku amat membuang masa aku.
- Letih apabila melayankan kerenah client yang amat memeningkan kepala.
- Letih apabila terpaksa turun naik tangga cam orang mengong dan tak ketentuan ditambahkan lagi terpaksa mengusung macam2 mender.
- Letih apabila terpaksa melayan kerenah si kecik yang memang tak reti dok diam.
- Letih apabila terpaksa memikirkan keje yang menimbun dan pending.
- Letih apabila terpaksa tidak lunch
- Letih bla... blaa.... blaaaa........

Dan sekarang nih pun aku letih memikirkan sorang client yang tak reti2 nak return call atau reply sms aku! Adesss... Call la aku balik wehh... Aku nak konfemkan untuk esok nih! :-(

Dalam keadaan macam nih, ada satu mender jer yang dok berlegar kat kepala otak aku - resign!! Tapi kalau aku resign saper nak sponsor idup aku wehhh??? Adesss....

Monday, July 13, 2009

Teruja.. Hehehe....

Tadi aku blur. Malas nak buat keje. Tapi la ni aku rasa cam hepi dan excited giler. Adesss... Tak sabarnya! Hehehe...

Teruja bebbb! Hahahah...

Friday, July 10, 2009

Letih tol!

Baru2 nih dalam bz2 aku mengejar deadline, akhirnya dapat gak aku menengok dua movie yang memang dah lama aku kepingin - Ice Age ngan Transformer. Aku tau citer tu best. Korang cakap camana pun aku tetap tau citer tu memang best. Tapi sayangnya, aku tak ada feel yang sepatutnya masa aku menengok citer tu. Sian kat aku.... Masa aku nengok dua citer tu, aku betul2 dalam keadaan yang amat letih. Kalau orang lain dok sebok gelak, aku lak dok sibuk menguap. Boleh dikatakan sipi2 nak terlentok. Memang sadis tol!

Beberapa minggu nih memang aku sangat letih. Kalau dulu biasanya aku selalu tido lambat. Tapi la ni kol 9 lebih mata aku dah layu. Belum kol 10 aku dah lentok. Bukan lentok atas katil. Tapi terlentok atas bangku. Perlu diingatkan - bukan sofa tapi bangku! Hahaha... Sebijik cam orang takde katil! Sian tol kat aku. Aku memang tak sabar giler nak menyetelkan bumper nih. Lepas setel, aku nak amik cuti. Tapi apa2 pun korang tak yah susah2 nak tanya aku nak ke mana kalau aku dapat cuti seminggu (campor sabtu ahad :D). Sebabnya aku lom pikir lagi. Ilham lom sampai daa... Erm... kalau nak gi Muar, sure kak Ki keje masa tu. Tol tak akak?? :)

Aku sekarang nih tengah mengadap tv sambil dok atas lantai dengan tangan lak dok menaip kat keyboard nih hah. Sajer maleh nak dok atas bangku. Bukan apa, nak kasi bangku tu rehat jap. Hehehe.. Cam poyo jer bunyinyer. Keliling aku lak penuh ngan mag lama. Mula2 ingat nak buat something ngan mag tu. Tapi secara tiba2 timbul lak kemalasan yang melampau - malas nak buat keje dan malas nak mengemasnya balik. So, aku biarkan jer. Takperla. Biar jer pepak kat situ. Lama2 nanti bila aku rimas, pandai la aku mengemas balik. Tol takk?? Hahaha... Lagi sekali aku jadik orang yang poyo! :P

Ok la. Stop kat sini. Nak tengok citer Mr. Deed lak :)

Tuesday, July 7, 2009

Ngantuk!

Aku ngantuk. Aku letih. Aku lapar...

Tapi aku malas nak tido. Kat umah aku nih pun takder mender nak makan. Nak mintak adik aku tapaukan? Ermm... Dari tadi lagi aku call dia, tapi tak berjawab. Sms pun tak reply. Mana nth dia merayap. Aku pun tak tau.

Mata aku nih dah rasa cam berat jer. Letak jer kepala atas bantal, gerenti tido. Lately nih aku betul2 letih. Schedule aku pack giler. Semuanya rushing. Naik serabut dan pening aku dibuatnya. Kali nih aku memang serius nak bercuti. Sama ada seorang atau berkawan, aku tetap nak gi cuti. Aku nak rehat puas2. Mula2 aku bajet amik 3 hari. Tapi bila pikir balik, alang2 baik ler amik terus lima hari. Tapi masalahnya - bos aku sudi ker nak meluluskan??

Adess... Tak leh nak tahan mata dah nih. Nak out dulu. Babai semua. Adios. zzzzzzzzzz........

Betul ker?

Dia kata kat aku – aku dah banyak terima.
Aku bagi tau dia – aku rasa terbeban, aku rasa marah, aku rasa geram, aku rasa tak puas hati.
Dia balas balik – aku cuma terima, tapi aku tak pernah belajar untuk mengawalnya.
Aku tanya kat dia – camana aku nak belajar?
Tapi dia sengih ajer.
Dan aku mula tertanya2 – betul ker tindakan aku??

Bibik!

Beberapa hari nih keje aku tak ubah macam bibik. Iron baju banyak2. Lepas tu gi antar dry clean lak. Lepas tu iron lagi, dry clean lagi... Amat tak best! Erm... Takde saper2 ker nak ofer diri take over keje aku nih???

Sunday, July 5, 2009

Nak gi cuti!

Takde mender menarik yang aku nak citer. Hampir semuanya boring. Cuma yang bestnya aku sempat gak nengok ice age semalam sebelum gi LCCT amik anak buah kak Rusni. Tapi yang sadisnya sampai sekarang still lom berpeluang nengok Transformer. Erm... Takper la. Lom ada rezeki. :(

Semalam aku dapat tau ada sorang budak nih dah masuk team aku. Lega aku dengar. Harap2 leh la kurang skit beban keje kitorang. Takde la cam sekarang nih. Pening kepala aku ngan keje yang menimbun. Tapi cam biasala... Aku tak expect dia akan lama ngan kitorang. Erm... iyer la... Bukannya aku tak biasa ngan fiil opis aku. Apa2 pun leh berlaku...

Kepala otak aku serabut arr... Tak sabarnya nak gi bercuti. Nak jalan puas2. Nak tido puas2. Nak lepak puas2. Bestnyer....

Thursday, July 2, 2009

Erm.......

Lately nih aku bz. Banyak mender nak kena setel. Maklumler... La nih kitorang tengah buat bumper. Aku rasa cam dah tak cukup kaki tangan. Keje pending pun banyak. Tu pasal la bila malam jer aku cepat ngantuk. Tak sabarnya nak setelkan semua keje. Lepas tu amik cuti. Sabtu nih aku kena keje. 2 minggu lepas tu pulak aku kena gi kursus Sabtu ngan Ahad kat Flamingo. Nanti leh la aku claim balik cuti tiga hari. Tapi nak gi mana ek?? Erm... Lom ada idea lagi. Lagipun bos aku pun lom tentu akan luluskan. So, malas nak plan awal2.

Tadi siang aku sembang ngan sorang kaunselor kat Klang. Lama dah tak jumpa ngan sembang ngan dia. Tu yang sampai sejam lebih melepak kat opis dia. Macam2 yang kitorang sembang. Antaranya termasuklah program esq yang aku dah pernah pegi hari tu. Aku pun ada citer gak plan aku. Dia kata ok jer. Cuma tempat tu jer dia kasik cadangan suruh buat kat KL. Kalau tak pun kat Serdang. Erm... Aku rasa cam kurang berminat sikit. Tapi takper. Masih ada masa untuk aku pikirkan termasuk cadangan dia yang lagi satu. :)

Sebelum aku lupa... Hari tu ada member aku cakap, kalau buat fotografi kat taman macam kat Taman Botani, Putrajaya tu leh buat free jer. Tapi, meh sini aku nak citer.... Aku baru jer call diorang nak mengesahkan perkara ni. Dan jawapannya sama macam yang aku dah agak - kena bayar tu beb! (klik
sini kalau nak tau). Kalau kat taman tu, diorang charge RM100 per hour. Mahal siot! Ish... ishh... Kat situ jer diorang dah leh buat duit. Kat Bukit Cherakah pun sama gak. Kat situ lagi best sebab dia bukan setakat charge tiket, tapi jugak kamera yang dibawak. Tapi takde la seteruk taman botani nih. Kat bukit Cherakah so far yang aku tau, still boleh negotiate. Tapi aku memang betol2 tak paham. Aku tolong kasi publisiti free pun kena charge gak ker? Adesss... Kedemat sungguh arr... Ida, tempat ko pun sama gak ker??

Tuesday, June 30, 2009

Aku yang kebosanan

La ni aku rasa takde mood la. Rasa cam nak marah orang pun ada. Adess... Nth apa2 jer aku nih. Erm... Nak tengok tv pun takde citer best. Nak gi basuh keta, lagi la aku rasa sangat2 malas. Tapi keta aku tu dah kotor sangat. Sian lak aku menengoknya. Takper la. Tengok la esok camana.

Tak best betol rasanya bila teringatkan keje yang berlambak2 kat opis tu. Banyaknyer tak setel lagi. Contact belum dapat. Location pun cam ada tak ada. Model pun aku lom talipon. Arghhh.... Aku betul2 tensen la. Tu belum masuk resipi ngan client punyer hal lagi. Adess... Naper la aku tetiba jadik gini? Rasa cam dah diserang kecelaruan minda lak. Hahaha... Padan ngan muka aku!

Jam baru kol 9.15 pm. Tapi tetiba jer mata aku ngantuk tak tentu hala. Agaknya dia pun paham gak tuannya dah letih berfikir plus melayan kebengongan. So, aku nak gi melentok kejap. Kalau rajin aku bangun balik. Gud nite everibodi.... :)

Sunday, June 28, 2009

Tak tau nak citer apa daa...

Tak tau naper lately nih aku malas nak update blog. Nak kata takde citer tak jugak. Cuma yang paling ketara aku betul2 malas plus takde mood. Agaknya boring pon ada gak kot. Hahaha... Ntah apa2 jer aku nih.

Erm... Aku sebenarnya teringin nak nengok Transformer. Tapi lom ada kesempatan lagi. Nak ajak orang temankan aku cam susah jer. Ada yang malas nak pegi. Ada gak yang dah nengok ngan orang lain. Erm... Tak best tol! Takper la. Tengok la nanti camana. Ada rezeki aku, ada la kot. Lagipon, kalau dipikir2kan sangat, nanti hati aku gak yang sakit. Tu lagi2 tak best.

Aku baru jer tau ada sate samuri kat PKNS. Petang semalam aku lalu kat depan kedai tu. Rasa cam nak beli je. Tapi sebabkan banyak lagi tempat lain aku nak singgah, so nak tak nak aku terpaksa la mengcancelkan niat murni aku tu. Tapi dah sampai umah pun kepala otak aku leh ingat sate je. Ntah apa2 jer aku. Mengalahkan orang mengidam lak. :P Walau apa2pun yang bestnya,petang tadi dengan jayanya aku dah gi makan sate tu. Alah... Bukan banyak pun. Aku makan 6 cucuk jer. Sate ayam campur ngan sate daging. Saiznya takdela besar mana. Tapi memandangkan aku nih tak kuat makan, so tu pun dah cukup mengenyangkan perut aku :D

Aiseh... Dah tak tau nak story apa. So, permisi dulu la ek. Adiossss.......

Monday, June 22, 2009

Terima kasih dan maaf

Aku sebenarnya tertarik ngan statement kak Ki - dalam bersahabat, takde perkataan terima kasih dan maaf sebab dalam bersahabat kita kena saling menghargai.

Aku tak tau apa pendapat korang. Tapi aku rasa ada gak betulnya ngan statement tu. :) Apabila sahabat menghargai kita (dengan tindak tanduk dan perlakuannya), itu sudah cukup untuk menunjukkan yang dia berterima kasih dan meminta maaf dengan kita. Bukankah itu lebih baik dan bermakna berbanding kata2 yang lahir dari ketidakikhlasan hati?

Sunday, June 21, 2009

....

Kalau dia bertanya kepadamu
kenapa aku membisu
maka jawabkanlah untuk ku
‘aku ingin bersendiri
menghitung kembali salah silapku
menimbang semula kedangkalan hatiku
agar aku bisa tahu
agar aku bisa faham
kenapa ada yang sanggup merobek
kepercayaan yang kubina dulu
keikhlasan yang kusemai semalam
dan kejujuran yang kubajai kelmarin
agar aku tidak lagi tersalah catur
dalam sebuah hubungan
dengan insan bergelar sahabat’.


1.20 pm

Jalan2

Aku suka berjalan kaki dan aku juga kaki berjalan. Dari dulu sampai sekarang, memang itu fiil aku - meredah mana2 tempat yang aku pegi ikut sesuka hati aku. Dan pada masa yang sama amat jarang untuk mengkontrol ayukan diri aku yang sememangnya tak berapa nak ayu nih (melainkan kalau dalam keadaan tertentu yang memerlukan aku untuk bersopan-santun dan bertatasusila... hehehe...). Bagi aku, buat camtu memang seronok. Aku rasa bebas. Bebas daripada macam2 perkara termasuklah masalah dan stress yang menyemakkan kepala otak aku. Cuma sayangnya, bila umur aku semakin meningkat, aku semakin jauh daripada aktiviti2 macam tu. Bukan aku tak mau. Tapi aku semakin tak cukup masa dan semakin takde geng untuk melakukannya. Sian kat aku kan?? Hehehe... Tapi pengalaman siang tadi memang best. Aku memang enjoy giler walaupun letih dan berpanas. Tiba2 jer aku rasa muda balik cam dolu2 lak. Hahahah...

Kat member yang susah payah melayan kerenah dan keemosionalan aku siang tadi, tima kasih bebanyak ek. Lain kali leh lagi ek :D

Buat Jepun lak, insya-Allah aku akan selalu ada untuk ko:) Ko kan laling kesayangan aku! Jaga diri bebaik beb! Luv u... muahhsss.... Hehehe...

Thursday, June 18, 2009

Kawin

Baru jap tadi sorang kawan baik aku mintak alamat aku. Mula2 dia kata nak antar surat. Aku pelik gak. Surat apa dia nak pos kat aku. Rupa2nya kad kawin. Hehehe... Bagus ler cenggitu. Aku memang seronok bila dengar member aku lepas sorang2 nak kawin. Dengan kata aku lain aku tumpang hepi ngan perkahwinan korang semua. Doa dari aku semoga korang semua bahagia hingga ke anak cucu. Tapi korang pun kena gak doakan aku cepat2 kawin gak ek. Hahaha.... (getek lak kejap :). Tapi ada satu mender yang buat aku rasa pelik plus sedikit terasa hati. Naper masa aku tanya hari tu, mamat nih kata dia lom tunang lagi? Ish... issshh... Naper nak berahsia ngan aku?? Kita kan kawan??

Wednesday, June 17, 2009

Hari nih

Pagi nih aku pening. Serabut tol kepala otak aku. Mana idaknya... Tarikh mati dah dekat. Tapi nak buat story lak tak leh. Nak tau naper? Sebabnya keadaan kat dalam opis aku nih dah macam kat pasar tani. Bising toll!! Semuanya nak bercakap kuat.
-9.30am-

Aku rasa cam migrain dah memanggil2 aku. Baru pegang skit kat kepala sebelah kiri, aku dah leh rasa sakitnya. Mujurlah denyutnya tak kuat sangat. Ish... Agaknya aku stress giler masa diorang bising2 tadi kot. Mana taknya, masa tu aku tengah dok buat story pasal VTE, time tu ler diorang bising pasal nak cari mekapla, baju la, nasi lemak la... bla... bla... Hangin tol! Tu belum campur ngan mak aku membebel marahkan aku. Betul2 kena penderaan mental aku pagi nih. Hahaha... Tapi takper... yang penting VTE aku dah siap. Text untuk client pun aku dah submit. Leh lega skit. Tapi banyak lagi pending nih.. Stop dulu... Gi makan nasi lemak.
-1pm-

Petang nih aku bz giler. Rasa cam tak cukup kaki tangan jer. Mula2 tadi bz menyetelkan masalah lesen sorang kakak nih. Lepas tu dok mengadjust resipi (naik berpinar mata aku!). Lepas tu menyetelkan gambar yang tak cukup (still blom setel). Lepas tu sambung balik menaip mender lain lak. Adess.... berapa banyak lepas tu daaa.....
-5.20pm-

Balik umah nengok tv. Rest!

7pm

Tuesday, June 16, 2009

Julai

Julai dah makin dekat. Rasa cam tak sabar lak aku. Gabra pun ada. Hehehe... Ada something yang aku nak buat sebenarnya - dah lama sangat aku rancang. So, hopefully menjadik :) Aku tak tau adakah itu yang terbaik untuk aku. Tapi aku selalu berharap itulah yang terbaik untuk aku. Aku rasa kali nih aku dah nekad. Walau apapun yang berlaku dalam tahun nih, aku tetap nak teruskan. Aku dah letih mengutamakan sesuatu yang tak pasti. Jadik kali ini biarlah aku buat mender yang aku nak, mender yang aku suka, mender yang impikan. Pls.... Jangan halang aku.... Tapi, restuilah aku... Doakan aku....

Monday, June 15, 2009

Pantai

Tengah2 dinihari nih tetiba jer aku rasa cam nak gi lepak kat pantai. Nthla... Dari dulu lagi aku memang suka sangat ngan pantai walaupun pernah terlemas masa mandi kat laut 20 tahun dulu. Bagi aku, menengok dan mendengar bunyi pantai dan laut amat seronok dan meralitkan. Dapat pulak kalau masa tu kepala otak aku tengah serabut ataupun jiwa aku tengah galau. Berjam2 pun aku sanggup.

Aku ingat lagi masa gi Langkawi waktu part 6, aku pernah paksa Zila ngan Fauziah teman aku lepak kat pantai sampai dekat2 kol 11pm lebih. Beberapa tahun sudah aku selalu gak paksa Ery teman aku gi Tanjung Gila semata2 nak tengok laut sedangkan viewnya memang tak cantik mana pun. Masa ngan Jepun kat Teluk Batik lak, kitorang dengan bestnya menyantaikan diri sambil berbaring kat tepi pantai tu. Mentang2 la masa tu hari keje, bukan main lagi kitorang beraksi sakan kat teluk batik tu. Silap tol aku tak bawak kamera masa tu. Hehehe... Pengalaman naik kapal kat area Tengku Abdul Rahman Park kat Sabah adalah yang paling best. Waktu tu aku rasa cam dalam citer Titanic lak. Hahaha...

Dulu Zila selalu tanya aku, naper aku suka pantai. Erm.... Naper agak2nya ek? Hehehe...

Sebenarnya banyak mender yang menarik pada laut dan pantai. Anginnya sangat mesra dan nyaman. Bunyinya pulak cukup ramah dan menghiburkan. Pasirnya halus. Buih2nya putih dan kemudian berselerakan bila pecah. Di pantai, kita boleh tengok betapa akrabnya langit dan bumi. Kedua2nya nampak saling bertaut menjadi satu. Dari pantai jugak kita boleh nampak pemandangan indah yang lengkap dengan banyak layer.

Laut dan pantai bukan cuma untuk jadik tempat cuci mata. Banyak mender yang boleh kita belajar kat sana. Biasanya bila kat sana, aku tak suka pikir banyak mender. Aku kosongkan kepala dan ketepikan semua prob. Syoknya masa tu...

Friday, June 12, 2009

Citer pasal makcik...

Semalam aku terjumpa ngan sorang makcik kerek. Selamber jer mengamuk tak tentu hala kat depan public. Tak tau malu tol! Lupa lak nak bagi tau... Dia mengamok sekali kat depan anaknya. (Bangga tol dia mengajar anak dia supaya buat perangai mengada2). Kalau yer pun tensen ngan anak dia (agak aku ler... ) dan tak puas hati ngan aku, tak yah la buat perangai buruk camtu. Kita kan sama melayu. Islam lak tu. Tak leh ke cakap bebaik? Sian gomen... Sia2 jer buat kempen budi bahasa, tapi ada gak orang yang tak reti berbahasa... Nengok kan perangainya tu, mendidih gak la aku. Tapi maleh aku nak melayan dia. Daripada berhangin dan berasap cam dia, baik aku setelkan keje aku. Ada gak paedahnya.

Kepada makcik yang berkenaan, kalau terbaca ni, aku nak bagi tau kat makcik yang perangai makcik sangat huduh dah buruk. Kalau esok lusa anak makcik yang mengada2 tu buat perangai camtu gak kat makcik, maka makcik leh berbangga sebab itu tandanya makcik dah berjaya didik anak makcik jadik sebijik macam makcik. So, tahniah seiklasnya dari aku (in advance)....