Pages

Sunday, July 19, 2009

Kursus

Hari nih aku sangat2 letih. Semalam pun sama gak. Lama duduk atas lantai betul2 buat badan aku jadik sengal semacam. Dapat massage pun sedap gak nih. Hehehe...

Semalam dan hari nih aku gi kursus MCB kat Ampang. Dari kol 8 pagi sampai 7.30 malam. Semalam aku sampai kol 9pm sebab federal highway jem. Hari ni aku sampai umah awal skit kol 8.30 pm. Bukan main laju lagi aku keluar dari dewan tadi. Maklum ler... Dah tak sabar sangat2 nak ninggalkan Ampang dan balik umah. Teruja giler! Hahaha...

Hampir sepanjang masa kursus tu kena dok atas lantai - satu mender yang paling aku tak suka. Dari dulu lagi aku tertanya2, naper diorang tak nak kasi jer kitorang semua dok atas bangku? Kan lagi selesa. Takde ler pinggang sampai ke kaki aku sengal dan sakit semacam. Kursus yang aku pegi nih agak lain skit dari kebanyakan kursus yang aku ataupun mungkin jugak korang dah pegi. Kursus nih tak habis2 dengan menangis. Tapi mujur la kali nih part menangis tak sekerap previous punyer kursus. (Untuk pengetahuan korang, kursus nih adalah sambungan dari kursus ESQ yang aku pernah pegi dulu).

Masa kursus yang dulu, aku cuba nak menangis. Maklum ler masa tu ramai sangat yang menangis sebab terlalu menghayati agaknya. Jadi aku pun berusaha la menghayati bersungguh2. Bila dia suruh aku bayangkan sesuatu, aku cuba bayangkan. Aku bayangkan dengan bersungguh2. Tapi nthlah... Camana cara pun aku buat, air mata aku tetap tak leh kluar. Erm... Adalah dua tiga titis. Itu pun sebab aku paksa dia keluar. Hahaha... (Ntah apa2 jer aku :P). Dua hari aku mencuba. Masuk hari ketiga, aku dah malas sebab hasilnya tetap sama. Member aku cakap aku tak menangis sebab aku tak dapat hidayah. Ada yang lain cakap sebab aku nih jenis keras hati. Erm.... Tapi aku tak rasa pun camtu.

Sebenarnya ada banyak sebab aku tak leh nangis.
1. Aku bukan jenis yang boleh dipaksa2 atau disuruh2 untuk melakukan sesuatu termasuk menangis
2. Aku dah tau teknik (psikologi) yang diorang pakai walaupun bukan keseluruhan
3. Setiap waktu untuk menangis telah diatur dan disengajakan lebih awal oleh trainer. Keadaan yang sengaja dicipta membuatkan aku rasa cam ia tak ori. Sebabnya tangisan itu mungkin bukan datang dari jiwa yang betul2 menyesal dan insaf, tapi cuma disebabkan minda bawah sedar yang terpengaruh dengan kata2 trainer.
4. Pendekatan yang digunakan terutamanya masa menyuakan mic oleh assistant trainer kat orang yang sedang menangis amat aku tidak berkenan. Mendengar suara orang ala2 merintih dan hampir2 meraung membuangkan aku rasa macam rimas ya amat

Kursus hari nih dan semalam tak banyak beza ngan yang aku pegi dulu. Macam aku bagi tau tadi, sesi menangis dah tak sebanyak dulu. Dan kali ini aku tak mau dah memaksa diri aku menangis. Aku nak jadik diri aku yang betul2. Aku tak mau jadik plastik. Lantakla orang nak kata aku hati keras ke, takde hati ke, takde hidayah ker... aku betul2 tak peduli. Seperti yang aku jangka, aku memang tak menangis sepanjang dua hari kursus tu.

Aku tak tau korang dah pernah pegi ke tak kursus nih. Tapi aku tau, sama ada korang pernah pegi ke atau tak pernah pegi ker, korang punyer pendapat dan pandangan dengan aku kemungkinan besar tak akan sama. Dan aku pun tak pernah harap pun korang mempunyai pendapat dan pandangan yang sama dengan aku. Jadik jangan amik kisah ataupun terpengaruh dengan apa yang aku tulih kat sini. Cukup la setakat baca. Tak yah sampai masuk kat kepala. Sebab apa yang aku tulih kat sini cuma luahan aku secara peribadi dan takde kena mengena ngan orang lain. :)

Bagi aku la.. personally.... aku sebenarnya kurang tertarik dengan kursus nih. Bagi aku, pendekatannya kurang menyenangkan aku. Aku tau trainernya adalah orang Indonesia. Tapi sepatutnya apabila dia membuat training di Malaysia, dia mesti menyesuaikan cara presentationnya dengan 'Malaysia' sebab target audiencenya adalah orang Malaysia. Aku paham dia mungkin susah untuk bercakap bahasa Melayu macam kita bercakap. Jadik, bila dia cakap bahasa Indon, aku masih boleh terima. Tapi aku tak nampak alasan kenapa dia tidak boleh menukarkan bahan siarannya dan juga kertas kerja yang diberikan dalam bahasa Melayu. Aku jugak agak musykil, kenapa banyak betul nilai dan budaya Indonesia yang dimasukkan dalam training ini? Sebenarnya ada beberapa lagi perkara lain yang aku tak berapa berkenan. Tapi tak yah la kot aku citer. Bukan penting pon. Iye tak?? Hehehe...

Ok la. Dah lewat malam nih. Time to sleep bebeh...

Gud nite. Adiosss....

1 comment:

Bluesunshine said...

Aku rasa aku paham apa yg ko ckp ni...sebab aku pun tak suka benda2 plastik...contoh macam di suruh ketawa atau menangis..kadang2 senyum pun x boleh dibuat-buat. Aku susah nak blakon mcm tu. Bagi aku..benda tu semua dtg dr hati. Semuanya bergantung dari hati. Jadi aku tak setuju dgr org kata x dpt hidayah keras hati dan sbgnya..sbb kalau dilihat pd situasi tu mgkn ko x dpt nk beri tumpuan

Perkara kedua yg aku setuju dgn ko psl trainer dekatkan mic pd org yg sedang mnangis tu. Aku pun tak setuju. Bagi aku, biarlah benda tu antara tuhan dengan kita. Kenapa nk ditunjuk2...btul x?