Lately nih aku bz. Banyak mender nak kena setel. Maklumler... La nih kitorang tengah buat bumper. Aku rasa cam dah tak cukup kaki tangan. Keje pending pun banyak. Tu pasal la bila malam jer aku cepat ngantuk. Tak sabarnya nak setelkan semua keje. Lepas tu amik cuti. Sabtu nih aku kena keje. 2 minggu lepas tu pulak aku kena gi kursus Sabtu ngan Ahad kat Flamingo. Nanti leh la aku claim balik cuti tiga hari. Tapi nak gi mana ek?? Erm... Lom ada idea lagi. Lagipun bos aku pun lom tentu akan luluskan. So, malas nak plan awal2.
Tadi siang aku sembang ngan sorang kaunselor kat Klang. Lama dah tak jumpa ngan sembang ngan dia. Tu yang sampai sejam lebih melepak kat opis dia. Macam2 yang kitorang sembang. Antaranya termasuklah program esq yang aku dah pernah pegi hari tu. Aku pun ada citer gak plan aku. Dia kata ok jer. Cuma tempat tu jer dia kasik cadangan suruh buat kat KL. Kalau tak pun kat Serdang. Erm... Aku rasa cam kurang berminat sikit. Tapi takper. Masih ada masa untuk aku pikirkan termasuk cadangan dia yang lagi satu. :)
Sebelum aku lupa... Hari tu ada member aku cakap, kalau buat fotografi kat taman macam kat Taman Botani, Putrajaya tu leh buat free jer. Tapi, meh sini aku nak citer.... Aku baru jer call diorang nak mengesahkan perkara ni. Dan jawapannya sama macam yang aku dah agak - kena bayar tu beb! (klik sini kalau nak tau). Kalau kat taman tu, diorang charge RM100 per hour. Mahal siot! Ish... ishh... Kat situ jer diorang dah leh buat duit. Kat Bukit Cherakah pun sama gak. Kat situ lagi best sebab dia bukan setakat charge tiket, tapi jugak kamera yang dibawak. Tapi takde la seteruk taman botani nih. Kat bukit Cherakah so far yang aku tau, still boleh negotiate. Tapi aku memang betol2 tak paham. Aku tolong kasi publisiti free pun kena charge gak ker? Adesss... Kedemat sungguh arr... Ida, tempat ko pun sama gak ker??
2 comments:
hak..hak...suma kena bayo ek..patut kan..derang caj gak kat pengantin2 yg amik gambo kat situ..lagi takde sebut pun kat mana tpt tu.
Tpt aku ni buleh nego kut azni..aku pun tak brapa nak tau sbb tu suma bhgn promosi yg uruskan.tp, tkpe..nati aku tnya balik kat org yg in charge tu..err..ko takmo dtg ke promosi kerja kawin ni..jln2 cari idea utk majalah ko ke, ke utk diri sendiri ke..awwww...huhu
ida, aku nak buat kat tempat ko next week. tapi en. ahmad (siap sebut nama orang tu. hehehe..) cakap tak leh sebab korang tengah bz ngan promo kawin. sadis toll... tapi aku tak tanya lak charge berapa. :(
Post a Comment