Yuhuu... Sebenarnya aku banyak keje nak buat. Tapi memandangkan aku dah ala2 blur plus malas, meh aku citer skit pasal pengalaman aku gi ikut Eksplorasi Amal Belia Selangor ngan ABIM ke selatan Thai hari tu. :D
Aku ke Tak Bai ikut Pengkalan Kubur. Dari situ aku kena seberang Sungai Golok naik bot. kecik. Tambangnya RM1. Sampai2 jer kat seberang, aku memang agak konpius skit. Mata aku dok melilau mencari, mana imegresen diorang nih? Bukan apa... Aku dah tak sabar nak suruh diorang cop kat pasport aku! Hahaha... poyos giler lak bunyinya.... :P
Cari punyer cari dan jalan punyer jalan.... at last aku jumpa gak satu bangunan kecik. Bangunan kayu jer.. Itulah tempat paspot aku kena cop. Hehehe...


Dari situ aku gi ke destinasi pertama aku - umah Anak Yatim Tabal atau lebih glamer ngan nama AYATA. Aku gi sana naik celo (betul kot ejaannya. not sure lak aku... heheh...). Celo tu motor biasa jer. Tapi kat sebelah kirinya ditambah supaya ada orang lain leh naik ataupun untuk dijadikan tempat letak barang.

Korang pun tau kan... Sini banyak sangat peristiwa 'kill2 die2'. Jadik masa aku datang ke sana agak 'seriau' gak aku. Tapi sepanjang aku kat sana cam ok jer. Takde tembak menembak apa pun. Pendek kata aman damai. Kat Tak Bai takde pulak aku jumpa askar jalan2 bawak senapang. Yang ada aku nampak kambing berjalan2 kat dalam kampung. Hehehe... Cuma tak bestnyer masa aku pegi, ujan lak turun.

Orang2 kat sana pun baik2 jer. Ada sorang pakcik tu siap bawak aku jalan2 lagi. Cuma susah sikit nak communicate ngan diorang. Ada gak orang2 tua yang leh cakap Melayu. Tapi Melayu-Kelantan yang aku tak berapa nak paham. Jadik, bila aku bercakap ngan diorang, sebijik macam ayam ngan ituk bercakap. Budak2nya pulak memang tak berapa pandai cakap Melayu-Kelantan. Diorang lebih kepada cakap Siam. Tapi aku rasalah, diorang still boleh paham bila kitorang cakap Melayu. Cuma nak cakap jer diorang fail skit.
AYATA @ Anak Yatim Tabal ni diuruskan oleh badan kebajikan yang mula beroperasi pada 29 April 2003. Tapi budak2 anak yatim tu cuma tido sana cuma hari Jumaat dan Sabtu. Yang tido kat situ pun cuma budak2 laki jer. Pengetuanya cakap, kat Tak Bai ada 157 orang anak yatim di Tak Bai. Tapi AYATA cuma amik 66 orang sahaja anak yatim. Dia bagi tau, asrama tu tak cukup duit. Sebab tu tak leh nak bagi diorang tinggal tiap2 hari kat situ. Tapi la ni diorang ada gak plan nak buat asrama untuk pompuan.
Program2 hari Sabtu Ahad tu biasa2 jer - baca quran, tahfiz, semayang jemaah. Cuma yang menariknya ialah program sebelum tido. Kalau bagi aku agak, agak scary gak la... hahahaha..
Kat sebelah AYATA tu ada kubur. So, sebelum tido, budak2 tu kena gi lepak kat kubur tu dulu. Saper2 yang mak @ bapaknya dikebumikan kat situ, dia kenalah pegi kat kubur mak bapaknya. Tapi kalau takde, leh pilih mana2 kubur yang dia suka. Lepas tu, diorang akan baca Quran dan berdoa di depan kubur tu. Kalau aku... ishh... Tak nak la aku lepak kat kubur malam2 cenggitu... takut wooo... hahahah...
Kata pengetua tu lagi, itulah tujuannya ATATA tu dibina kat sebelah kubur. Dia nak bagi budak2 tu kesedaran, insaf diri dan ingat mak ayah masing2. Baguskan? hehehe... Tapi kat Malaysia ni ada ke yang buat camtu.

Erm.. Okay la. Nak sambung buat keje. Lain kali kalau rajin, aku sambung citer.
Adios...
No comments:
Post a Comment