Pages

Friday, April 3, 2009

Dendam...

Tadi aku jumpa ngan dr. mariani. (opss... actually prof.madya. dr. mariani. heheh...)lama dah aku tak jumpa ngan dia. tak tahu naper. tapi aku memang suka sembang ngan dia compare ngan yang lain2. tadi kitorang sembang pasal dendam. ermm... langsung aku teringat masa kat chulan dulu. :D

dolu2 ada sorang budak chulan nih selalu cakap aku nih pendendam. tak tahu la naper dia cakap camtu. dulu banyak kali gak aku berpikir, apa yang aku dah buat sampai dia kata aku camtu? memang la dulu2 banyak mende yang aku dah pernah kena... erm... kena fitnah, kena kutuk, kena caci, kena aniaya dan ntah apa2 lagi... aku pun dah terlupa. (actually malas nak ingat sebenarnya. hehehe...)tapi sesedar aku la, aku tak balas apa2 pun kat orang tu. aku buat bodo jer... memang aku sakit hati. standard la tu. kita kan manusia.. aku ingat lagi azam pernah cakap ngan aku, biar orang buat kita, jangan kita balas balik. sebab secara tak sengaja, kita sebenarnya meletak dan menjadikan diri kita sama seperti orang tu. erm... tak berbaloikan buat macam tu, kan? heheh... tapi kepada mana2 kengkawan yang terasa aku pernah buat camtu kat dia, aku mintak maap sangat2. sejujurnya, aku betul2 tak berniat dan tak sengaja. sori sangat2 ek... kosong2 tau! :D

sambung balik pasal sembang aku ngan dr. mariani... ramai orang sebenarnya tak sedar dia sebenarnya seorang pendendam. dan ramai orang tak sedar gak yang sebenarnya sifat dendam nih boleh timbul sejak zaman budak2 lagi. cuma bila budak2 kecik ada menunjukkan sifat2 itu, biasanya ibu bapa malas nak layan. dan ayat yang selalu keluar ialah : 'biasalah, budak2...' dengan kata lain, orang dewasa menganggap budak2bebas daripada sifat dendam ataupun takde istilah dendam dalam diri budak2. kata dr. mariani, budak2 memang bukan pendendam. tapi kalau tidak dimonitor, ia sebenarnya boleh tertanam dalam diri budak2 terutamanya di kalangan kanak2 yang egocentrik plus pemarah.

memendam perasaan marah dan tidak puas hati boleh membawa kepada dendam. tetapi orang itu hanya boleh dipanggil pendendam kalau ia melakukan sesuatu dengan niat untuk menyakitkan orang. contohnya, apabila A terasa dirinya disakiti oleh B, A akan melakukan sesuatu untuk menyakiti B dengan tujuan 'membalas'. itulah yang dipanggil pendendam. kalau setakat menyimpan dan mengenangkannya hanya di dalam hati tanpa berbuat apa2, bagi aku ia bukanlah pendendam. tetapi lebih layak dipanggil memendam :D hehehe...

kepada kengkawan semua... tolong maapkan segala keterlanjuran aku...

No comments: