Pages

Wednesday, April 29, 2009

Cameron Highland

Semalam aku dok sibuk nak book hotel kat cameron. Ntah apa2 jer aku nih. Jumaat nih aku nak pegi, selasa baru la terhegeh2 nak mencari. Padan ngan muka aku sebab hotel dah penuh. Tapi takper.. Apa2pun, plan nak ke sana tetap gak jalan walaupun terpaksa balik hari. Dah nekad nih... Hehehe...

Masa aku surf kat internet, aku adalah bukak website satu hotel kat cameron nih. Bila nengok jer website tu, teringat aku ngan sorang mamat Negeri Sembilan nih. Tak tau la naper. Dalam aku hangin giler ngan dia, aku leh pulak la dok berdating ngan dia kat luar hotel tu beberapa tahun sudah. Dah la malam tu sejuk betul. Erm... tapi mungkin gak aku setuju lepak ngan dia masa tu sebab aku tau itu adalah date aku ngan dia yang terakhir. Aku ingat lagi, bila aku masuk jer kat dalam hotel tu, semua bebudak opis aku nengok kitorang semacam (masa tu gi sana ramai2 atas urusan keje.). Ada yang nak tanya, tapi segan2. ada gak yang tak abih2 bagi hint suruh aku citer. Tapi cam biasa la. Aku buat bodo jer... Aku tau diorang pelik; apa hubungan aku ngan mamat tu? Dan sampai sekarang pun, diorang memang tak tau dan tak akan tahu. Jangan harap aku nak citer ngan diorang. Nanti kantoi beb! Hehehe...


Tapi ada satu pengalaman yang memang aku tak leh lupa - aku ngan segerombolan yang lain (beberapa tahun sebelum tu) numpang mandi plus semayang kat balai polis cameron highlands. Aku tak tau la saper punyer idea tu. Tapi memang bestt! Rasa cam nak kasi tabik spring jer kat orang tu! Hahahahh....

Aku ingat minggu lagi depan aku nak gi bukit tinggi lak. Tapi tu pun blom konfem lagi. Sebab sehari sebelum tu aku kena keje sehari suntuk kat nikko. Adess... sure letih. Mesti banyak mender nak kena jaga. Almaklum ler... permaisuri agong ada masa event kat nikko tu nanti. Masa meeting semalam, aku nengok bos aku dah cam gabra jer. Berpeluh tu beb... Hehehe... kalau aku jadik dia pun aku gabra gak. Banyak protokol kena jaga tu. Silap sikit pon kalau ikutkan tak boleh. Lupa lak. Aku nak pakai baju apa ek masa event tu nanti? Adess... poning kepala aku. Bab nih la yang paling aku menyampah! Ok la ek. Time to go home. Adioss...

No comments: