Pages

Wednesday, October 31, 2007

Simposium si penulis

Sehari suntuk aku tolong kakak aku kemas dan bersihkan umah dia. Naik letih badan aku. Kalau ikutkan hati aku nih, memang la aku malas. Tapi kalau aku tak tolong, saper lagi yang nak tolong dia? Mujurlah umah yang dia pindah tak jauh dari umah lama dia. Kalau tak, jenuh jugak nak angkat barang.

Aku sebenarnya baru jer balik dari Kuantan beberapa hari lepas. Kat Pahang ada sambutan Hari Sastera. Kebetulan pulak DBP ada buat Simposium Penulis Pelbagai Kaum sempena hari tersebut. So, diorang invite aku pegi sana. Memandangkan semuanya under sponsor, aku pun pergila menyemakkan diri aku kat sana. Bos aku tak kasi cuti. So, aku pegi atas urusan keje. Dia suruh aku buat story pasal event tu. Aku bertolak ke sana Jumaat pagi. Stay kat Hotel Seri Malaysia Kuantan. Malam tu ada upacara perasmian Hari Sastera merangkap makan2 kat Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Dia kasi kitorang makanan kampung. Boleh tahan gak la rasanya. Tapi yang aku tak tahan sangat bila ada sorang pakcik nih bagi speech panjang lebar. Tak pasal2 event habih dekat kol 12. Lupa lak nak citer. Malam tu MB Pahang, Dato' Sri Haji Adnan Haji Yaakob nyanyi berduet dengan penyanyi dari Majlis Daerah Kuantan. Dua lagu lak tu. Ish... Masa tu baru la aku tau yang MB sorang nih suka menyanyi. Heheh...

Ramai penulis datang masa simposium tu. Naik segan lak aku. Maklumlah... Saperla aku kalau nak compare ngan diorang. Masa event tu aku dapat la tengok muka Datuk Kemala. Lagi best aku dapat amik gambar ngan Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said ngan wife dia dan jugak Faisal Tehrani. Selama tiga hari kat sana, aku dapatlah jalan2 kaki kat pekan Kuantan. Lenguh gak kaki aku menapak dari hotel ke pekan. Aku tak pegi shopping kat sana sebab gaji tak masuk lagi da masa tu. Tapi yang aku tau, harga makanan kat sana mahal. Nasi goreng kampung ngan nasi goreng ikan masin pun sampai RM4.50.

Sampai jer kat KL petang Ahad tu, aku gi ngan ery tengok ragbi lak kat Kelana Jaya. Aku tak tau apa2pun pasal ragbi. So, aku pun tengok la game tu dalam keadaan blur. Banyak gak mat salleh dan negro yang datang kat stadium. Masa game, aku tengok bersepah2 cawan plastik beer kat atas ngan tepi bangku. Pelik tol la diorang nih. Kalau dah minum, tak reti2 ker nak buang dalam tong sampah? Erm... Tapi yang paling aku hangin bila ramai betul yang merokok kat keliling aku. Tak pasal2 aku susah nak bernafas kejap.

Ok la. Dah ngantuk nih. Tido dulu. Gud nite....

Sunday, October 21, 2007

Al fatihah buat ida

Aku baru jer balik dari Ipoh. Jalan tak jem sangat. Agaknya sebab dah ramai yang balik kot. Raya nih aku tak gi mana-mana. Lepas sembahyang sunat raya, aku balik umah tok ngan nenek aku. Malam baru balik sini. Hari-hari lain aku lebih banyak lepak kat dapur umah aku.
Dalam seronok beraya nih, aku sedih gak sebab kakak aku tak balik raya. Lebih menyedihkan aku bila sorang kawan aku meninggal semalam. Aku tak rapat sangat ngan dia. Tapi terasa la jugak sebab aku baru jer jumpa ngan dia. Kitorang sempat borak-borak sebelum aku balik raya. Terkejut gak aku bila dapat tau dia dah takde. Sebab selama aku kenal dia, aku tengok dia sihat jer. Takde pun gaya cam orang sakit. Apa-apa pun aku doakan semoga roh Ida dicucuri rahmat oleh Allah serta ditempatkan di kalangan orang beriman. Aminn... ALFATIHAH..

Sunday, October 7, 2007

kad raya spesel :D

Tahun nih aku tak beli kad raya. Kad raya opis pun tak abih tulih lagi. Jadik, aku kasi yang aku buat sendiri la ek.. heheh...
Kepada semua member2... Aku ucapkan selamat hari raya. Terlebih terkurang aku mintak maap dan halalkan la apa yang patut. Nanti meh la datang ke rumah ek. Insya allah aku cuti seminggu :)
erm.. nih nak bagi pesan kat kak rusni... Jangan ngada2 nak raya sorang2! Nak tak nak, kena gak ikut balik raya kat ipoh... hehehe..

Sale!!!!

Sekarang nih JJ buat sales. Naik rambang biji mata aku menengokkan harganya semalam. Lebih-lebih lagi bila tengok harga jeans ngan baju. Rasa macam nak beli jer. Tapi bila pikirkan duit yang tak berapa nak cukup dalam poket nih, tak jadik aku nak beli. Hehe...
Adik aku cakap hari tu nak beli something untuk mak ngan bapak aku. so, aku ingat jap-jap lagi nak ajak dia pegi JJ kat Mid Valley. Sambil-sambil tu leh gak aku cuci mata lagi sekali.
Erm... Raya lagi seminggu jer. Naper aku cam takde feel nak raya jer nih ek.. konpius nih!

Wednesday, October 3, 2007

Sedihnyer pose...

Hari ni dah masuk hari ke 21 berpuasa. Tapi belum pernah lagi aku berbuka dan bersahur dengan mak ayah aku. Rindu gak nak makan masakan mak. Tapi setiap minggu ada jer benda nak kena settle kat sini. Kakak aku pulak hampir tiap-tiap minggu balik buka puasa dengan mak. Alahai... jelesnya aku!

Erm... Esok kena kerja. Malasnya.. :(